“Dia, asyik sebut perkataan cerai dan nama perempuan tu. Dia tak sabar nak ceraikan ana lagi dua bulan. Sebab dia kahwin dengan ana atas dasar nak rebut jawatan CEO, kerana harta. Jadi, dia dah berazam setelah setahun, dia akan ceraikan ana dan kahwin lain. Ana tak sanggup sebab ana dah jatuh cinta pada dia. Dan ana tak sanggup nak robohkan masjid ni.” Dalam tersedu-sedan, Aisyah mencurahkan segala-galanya. Dadanya terasa lapang setelah diluahkan. Pipinya dikesat kasar lantas melepaskan pelukan.

            “Ya Allah. Aisyah, tabah lah ya. *Qowiy lillahi ta’ala. In shaa Allah, semua ni ada hikmahnya. Ana hanya mampu mendoakan supaya Allah berikan kekuatan pada enti,” balas Sumayyah. Hiba mendengar cerita Aisyah. Aisyah tersenyum hambar.

            “Sumayyah, enti janji pada ana ya, supaya tak akan ceritakan perkara ni pada sesiapa pun. Sebab ni rahsia kami suami isteri. Ana tak nak mereka terluka dengan perkara ni. Ana tak sanggup.” Jatuh lagi mutiara jernih itu. Bibirnya ditekup. Sumayyah memegang jemari itu.

            “In shaa Allah. Ana akan simpan rahsia ni. Yang penting, enti kena sabar. Allah nak uji enti, nak hapuskan dosa enti.” Aisyah hanya mengangguk.

***********************

Jam di dinding dipandang. Pukul 3 pagi. Mata tak boleh terlelap lagi sebab dia tidur awal sejurus selepas solat Isya’. Penat pergi ke berulang alik dari JB dan Kedah semalam. Perutnya tiba-tiba berbunyi. Aduh, laparlah pulak. Posisi diubah daripada baring ke duduk lalu bangun dan turun dari katil. Pintu dibuka, melihat pintu bilik sebelah yang masih terkatup dan gelap. Fuh, line clear.

        Adam melangkah perlahan menuju ke dapur dan menghidupkan lampu. Tudung saji diangkat. Eh, kosong? Dia melihat di bahagian dapur. Penutup periuk dibuka. Peh, sedapnya! Ayam masak merah. Api dapur dihidupkan untuk memanaskan lauk tersebut. Pinggan dicapai perlahan tanpa sebarang bunyi lantas nasi dicedokkan. Kemudian, dia mencedok lauk tersebut apabila sudah panas. Api dapur dimatikan semula lantas dia mula menyuapkan makanan tersebut di mulut setelah melabuhkan punggung di meja makan. Dan, itulah rutin hariannya selama mereka berkahwin. Kalau perut terasa lapar, dia akan makan tanpa pengetahuan Aisyah.

        Aisyah menggeliat perlahan. Jam dipandang sebelum  bangkit dari pembaringan. Malas terasa ingin menunaikan solat tahajjud. Namun, diri digagahkan untuk pergi ke bilik mandi dan mengambil wudhu. Kemudian, dia menghamparkan sejadah. Tanpa memandang ke ampai mini tersebut, tangan diraba untuk mengambil telekung. Eh, kosong? Oh, baru basuh semalam. Aduh, malasnya nak pergi ke bilik sebelah untuk ambil telekungnya yang lagi satu. Hmm.

        Langkahnya malas diorak ke keluar dari bilik itu. Telekung diambil di bilik yang penuh dengan gantungan pakaian kerjanya dan Adam. Pada saat dia keluar dari bilik itu, dia ternampak lampu dapur yang terbuka. Eh, rasanya dia dah tutup lampu dapur malam tadi. Ish, malasnya. Dia melangkah ke dapur. Dan sebelum masuk ke ruangan tersebut, dia terpaku melihat satu tubuh yang sedang membelakanginya. Eh eh eh, apa dia buat dekat situ! Ish, soalan kau ni Aisyah. Mestilah tengah makan. Tapi, dia makan pukul 3? Oh, jadi selama ni yang dia pelik dengan makanan yang terusik tu, angkara suaminya itulah? Ish, dasar ego punya suami. Jual mahal konon.

        “Fuh, sedapnya!” ujar Adam lantas berlalu ke sinki dan membasuh pinggan tersebut. Aisyah pantas masuk ke kamarnya semula, khuatir kalau-kalau Adam perasan akan kelibatnya. Dia tersenyum bangga sambil menyarungkan telekung. Oh, selama ni senyap-senyap dia curi makanan eh. Hihi. Aisyah tersenyum bangga, dan bahagia. Meski Adam sombong dan kasar dengannya, tapi dia taklah jijik dengan masakan Aisyah. Malah memuji lagi dalam diam. Oh, ini rupanya kerja dia selama ni. Dia menggeleng lantas mengangkat takbir dan menunaikan beberapa solat sunat dengan perasaan lega dan bahagia.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now