"Tak cukup buat Safa keguguran. Ini dia seksa perasaan anak kita pula! Apa dia ingat perasaan Safa ni macam batu boleh buat sesuka hati?!" Bengang suara Dato' Azham kedengaran.

Sudah sebulan dia bawa Safa pulagng ke rumah mereka, tidak seharipun Thaqif datang menemui dan melihat keadaan isterinya. Apa dia ingat dengan telefon bertanya khabar cukup untuk tunjuk diri tu suami Safa?

Dan dua hari yang lalu, Dato' Azham menghantar borang penceraian pada lelaki itu bagi pihak anaknya. Dan dengan lagak lelaki paling terbaik, Thaqif menolak dengan alasan dia masih sayangkan Safa dan tak berniat mahu bercerai dari awalpun.

Mana tak mengamuk lelaki tua itu. Ego rasa tercabar dengan menantu yang berlagak baik hakikatnya manusia bertalam!

"Saya tak kira Khadijah, saya akan paksa juga mereka bercerai! Saya dah tak sanggup tengok keadaan Safa macam ni. Saya nak anak saya yang dulu kembali."

"Bukan yang macam ni!"

"Abang..." Datin Khadijah hela nafas berat mendengar esakan kuat Safa kedengaran. Mata beralih memandang Safiya yang menunduk kepala tidak berani menyampuk perbualan orang tuanya.

"Safiya, bawa Kak Safa ke bilik sayang.." arah Datin Khadijah.

"Baik mama." Safiya akur menarik lembut kakak Safanya dari pelukan mamanya lalu berlalu menuju ke bilik Safa.

"Kalau keadaan Safa terus berlarutan macam ni, kita terpaksa guna cara lama untuk pulihkan dia. Walau saya dah tak sanggu bagi dia makan ubat tu lagi." Datin Khadijah tarik nafas panjang memandang suaminya.

Sebulan berlalu dan sebulan juga Safa kembali pada dirinya yang dulu, banyak termenung dan menangis. Hidup dalam memori duka yang dilakar Thaqif. Sungguh dia orang tua sudah tidak sanggup melihatnya.

"Safa cakap dia ikhlas Saqif dan Thaqif tinggalkan dia, tapi dia tak.."

"Habis awak nak kita serah Safa pada Thaqif balik? Biarkan anak kita terseksa dengan kepalsuan lelaki tu? Kononnya cintakan Safa tapi gunakan Safa untuk harta! Kononnya dia tak akan duakan Safa tapi senang hati kahwin dengan orang lain. Dan sekarang apa pula?"

"Dia buat perasaan anak kita porak peranda sebabkan kepentingan dia sendiri!" Dato' Azham tahan diri dari meninggikan suara.

Kata-kata Dato' Azham buat mata Datin Khadijah berkaca, bukan dia berduka tapi sebak mengenangkan rasa bertarung di hati suaminya.

"Bertahun-tahun kita usaha nak pulihkan Safa dulu Khadijah. Bertahuna-tahun." Dato' Azham rebahkan punggung di atas sofa lantas meraup wajahnya.

"Tak kan saya nak sia-siakan usaha kita dulu. Tak kan saya nak biarkan Safa sakit lagi." Bergetar suara si ayah meluah sakit mengingat memori duka mereka suami isteri melihat keadaan Safa tragis dibuli sahabatnya dan dituduh membunuh.

Waktu terlalu muda untuk Safa rasa sakit itu.

Datin Khadijah kemam bibir dan melangkah mendekati si suami. Tanpa kata tubuh Dato' Azham diusap-usap.

"Apa pun pilihan abang, saya akan ikut. Saya tahu, abang seorang ayah yang terbaik untuk anak-anak kita." Dia perasan setitis air mata jatuh di peha suaminya. Datin Khadijah senyum tipis lantas menarik si suami dalam pelukan.

Keputusan yang kejam itu mungkin terbaik untuk Safa, dan dia yakin. Lambat laun Safa akan faham.

•••

"THAQIF..." Tersentak sedikit Thaqif dibuatnya apabila tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Heyy.. Kan aku dah cakap rehat kat atas. Nanti dah siap aku panggil." Thaqif berpaling menolak sedikit tubuh Safa dan bahu isterinya dipaut kedua belah.

"Kenapa kau masak, kan aku dah cakap kalau tak ada kita boleh cari esok." Serba salah Safa pandang Thaqif dihadapan.

"Kat kedai makan dah tak ada tapi kat pasaraya ada jual. Aku boleh buat setakat Bihun Sup je." Bangga Thaqif membalas buat Safa memuncung mulut tidak puas hati. Jam sudah ke angka 12.30 malam, esok lelaki itu ada mesyuarat penting di pejabat.

"Nak aku tolong?"

"Tak tak, kau tolong duduk. Dan nak siap ni. Sikit lagi." Thaqif bawa tubuh isterinya duduk di kaunter island.

"Okay.. baik kapten!"

"Tunggu kejap tau baby. Papa dah nak siap." Thaqif usap perut Safa dan serentak itu dia tersenyum merasa tendangan terhasil.

"Tengok dia kick! Dia cakap baik Papa! Baby boleh tunggu!" Ceria Safa membalas buat Thaqif tergelak kecil.

"Ya.. ya.. sekejap tau,,"

"Jangan lama-lama tau papa."

"Baik madam.."

Berat helaan nafas terhembus, mata dilempar kosong keluar jendela bilik pejabat.

Hari-hari sangat menyakitkan untuk seorang Thaqif, paginya hening, malamnya sunyi. Segala rasa tidak sempurna kerap menyinggah buat seleranya hilang. Berat badannya susut. Sakit kepala kerap kali menyerang kerana tertekan.

Entah sampai bila, bila lagi dia harus menunggu.

Dalam sesaat dia hilang tempat sempurnanya..

Ktok ktok!

"Masuk." Mendatar suara Thaqif memberi arahan tanpa berkutik melempar pandang keluar tingkap kaca bilik.

"Encik Thaqif, Dato' Azham ada kirimkan surat penceraian lagi sekali dan minta Encik Thaqif datang ke mahkamah isnin depan." Serba salah pembantu Thaqif sampaikan pesan.

"Err Encik Thaqif nak saya tolak surat ni lagi sekali?" Kekok si pembantu bertanya bila ruang sunyi tiada balasan dari majikannya.

"Tak perlu." Si pembantu tersentak. Mata sedikit membulat memandang belakang majikannya. Sudah 5 tahun bekerja dengan Thaqif ini kali pertama dia melihat Thaqif lelah dengan pilihannya.

"Ma-maksud Encik?"

"Letak surat tu atas meja saya. Dan saya akan hadir ke mahkamah isnin ni." Lemah lutut si pembantu mendengar jawapan majikannya. Tak mungkin semudah itu Thaqif mengalah untuk Safanya?

"Ba-baik." Perlahan-lahan dia melangkah mendekati meja kerja Thaqif, surat kemas terletak di dalam sampul di letak di atas meja Thaqif.

Bunyi pintu bilik pejabat dikatup buat Thaqif berpaling memandang sampul di atas mejanya. Langkah diatur menghempas punggung di atas kerusi. Isi di dalam sampul dibuka terketar-ketar.

Ada tandatangan Safa siap diatas kepingan itu makin buat hatinya lelah.

Gigi diketap sebelum..
"Arghhh!!!" Segala barang di atas mejanya ditolak kasar hingga bertaburan di atas lantai.

Turun naik dada lelaki itu.

______

👍🏻

Siap sedia dengan plot twist😌

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now