"Mungkin cuma kebetulan Tuan dengar nama tu." Jawab Ace kerana dia tidak mahu orang luar tahu tentang dirinya.

"Hmm mungkin, lagipula tidak penting untuk aku ingati." Ujarnya lagi.

"Apakata kita duduk kembali." Kata Wayami.

Hachiro pun kembali duduk namun mata nya tidak melepaskan pandangan terhadap Ace membuat Kazuke agak panas.

Ace juga turut duduk di kerusi yang kosong iaitu tepat di hadapan Hachiro. Kazuke, Raizo, Shiro, Sai dan Asyura pula berdiri di belakang Ace.

Hachiro memandang Kazuke.

"Apa kau Nakano Kazuke, pemuda yang menolak pertunangan dengan Puteri kerajaan Sakura?" Tanya Hachiro.

Kazuke hanya mengangguk.

"Harus ku akui kau memang tampan, tapi mata merah mu itu sungguh menjijikkan. Aku sendiri tidak mengerti kenapa Puteri kerajaan ku menginginkan mu." Katanya dengan nada bergurau namun hal itu membuat yang lain memandang tajam ke arahnya.

"Bukan seharusnya Tuan tanya persoalan tu kepada Puteri kerajaan Tuan sendiri?" Balas Ace dengan pandangan kosong membuat semuanya tercengang.

Wayami memandang Ace dan Ace memandang nya kembali. Wayami menggelengkan kepala nya sebagai tanda agar Ace tidak mengucapkan apa apa.

"Hahahahaha, sungguh gadis yang berani. Aku menyukai sifat mu, apa kau mau mengikut ku kembali ke kerajaan Sakura dan menikahi ku?" Ujar Hachiro.

Ace hanya diam namun para hunters yang mengawal petinggi mereka memandang dengan sorot mata yang tajam kepada Hachiro, mana kah tidak nya, Ace adalah orang yang mereka hormati bahkan lebih dari petinggi mereka sendiri.

"Lagipula mata merah mu itu juga menjijikkan, siapa lagi yang akan menerima mu selain aku." Kata Hachiro sambil tertawa hambar. Kazuke hanya tersenyum sinis seketika apabila tunang nya direndahkan.

Yang lain pula hanya diam..

"Apa tujuan Tuan datang ke sini sebenarnya?" Tanya Katsuki.

"Oh iya, aku baru mengingati soal itu." Balasnya.

"Sebenarnya, aku datang untuk menemui Kiyomizu Ace." Sambung nya lagi membuat yang lain terkejut.

"Ada urusan apa Tuan dengan Kiyomizu Ace?" Tanya Wayami.

"Aku ingin memperisterikan nya, aku dengar dia belum menerima mana mana undangan perjumpaan pertunangan diplomatik bukan?" Ujar Hachiro.

Kata katanya itu membuat yang lain terkejut, mereka memandang kepada Ace beberapa kali.

"Tapi bukan kah Tuan sudah beristeri?" Tanya Gama..

"Jadi? Adakah tidak bisa aku memperisterikan nya jika aku sudah memiliki isteri?" Tanya Hachiro.

"Bukan begitu Tuan..."

"Apa saat ini kalian cuba merendah kan ku!!" Katanya dengan kasar.

"Maaf Tuan, saya sama sekali tidak berniat..."

"Aku sungguh benci orang yang suka merendahkan." Kata nya lagi.

Ace tersenyum sinis kerana ucapan tidak sedar diri Hachiro itu.

"Hei gadis kecil? Apa kau barusan tersenyum sinis kepada ku?" Tanya Hachiro.

Ace memandang tajam ke arah matanya.

"Apa apaan sorot mata mu itu? Berani berani nya kau...!!!" Ucapnya kemudian berdiri dan menghunus pedang kepada Ace membuat semuanya terkejut.

"Apa yang Tuan cuba buat?" Ucap Sai.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now