𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 64 | berharap

15.6K 1.6K 411
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"Wah. Terima kasih abang Ian," ucap April dengan mata bersinar teruja melihat makanan yang dihantar oleh abang iparnya itu."Menyusahkan abang Ian je beli ni untuk saya." Terselit perasaan segan kerana telah banyak menyusahkan Ian selama hampir 8 bulan ni. Lelaki itu sudah banyak menghulurkan bantuan kepadanya.

Ian tersenyum segaris. Dia sudah mengganggap April Qaseh seperti adiknya sendiri. Ditambah pula wanita itu sedang sarat mengandung tanpa ada suami di sisi. Dia sangat mengkagumi seorang April Qaseh kerana wanita itu ternyata kuat. Mampu bertahan seorang diri.

"April kan tengah mengandung. Abang tahu yang April dah lama mengidam nak makan tomyam. Kesian anak dalam perut tu. Jadi abang beli la dalam perjalanan balik dari kerja tadi. Abang singgah sini. Hana dan Irdina pun nak sangat jumpa mak su dia."

Hana dan Irdina serentak tersengih lebar kepada April. Hehe.

"Be... be... besar," kata Hana penuh ceria memaksudkan kepada perut April yang sudah membukit besar itu. Besar macam belon la! Nanti meletop! Boom!

"Besar m... ma...macam belon! Wow..." Tambah Irdina pula yang sudah reti bercakap.

April geli hati mendengar bicara pasangan kembar itu. Alahai...

"Dalam perut mak su ni ada baby. Nanti dia akan keluar. Tak lama lagi..."

Mata Hana dan Irdina membulat besar. "B... ba... Baby?!!"

Ouh jadinya dalam perut mak su ada baby. Patutlah besar. Erm. Baby comel. Hehe. Tashabar nak gigit-gigit nanti.

"Hana dan Irdina nak tengok tak anak mak su nanti?"

"Nakkkk! Nak peyuk uwuuu," balas Hana laju. Kemudian, dia memeluk tubuhnya sendiri seakan membayangkan memeluk tubuh kecil bayi. Dia memejam matanya rapat. Mulalah berangan.

"Meh bagi tangan Hana dan Irdina. Mak Su nak bagi korang rasa baby dalam perut ni tengah menendang."

Pasangan kembar itu berkerut dahi, tidak mengerti dengan kata-kata April. Terus mereka memandang wajah babanya, meminta penjelasan.

Ian meraih lembut kedua-dua tangan anaknya lalu diletakkan di bahagian perut April.

Dush!

Dush!

"Aaaaa... Ber... bergeraklah!" Hana terlompat suka.

"Mestilah. Baby ni aktif dan nakal sangat macam arwah daddy dia. Suka menendang dalam perut mak su. Baby ni nampaknya suka la dekat kakak-kakak dia yang cantik ni. Excited semacam je. Baby mesti tak sabar kan nak jumpa kakak Hana dan Irdina." Suara April bertukar sayu.Anak dalam perutnya sangat aktif tak kira siang malam. Renungan matanya juga tidak seceria tadi. Pejam celik pejam celik sudah lapan bulan berlalu dia membawa anak ini di dalam perut.

Nyata, bukan mudah untuk dia melalui semua fasa ini seorang diri tanpa seorang suami di sisi. Sudah beberapa kali dia dimasukkan ke dalam hospital disebabkan keadaan kandungannya. Dia sangat bersyukur kerana Munirah, Muhammad dan Ian sentiasa ada di sisinya.

Sayang... Dia aktif dan nakal macam kau. Anak kita lelaki. Aku selalu berharap dia akan jadi seperti kau kerana dengan cara itu saja aku dapat lepaskan rindu aku.

"Ba... baba. N... nanak, baby! Erm. Bab... babyyyy." Irdina mula meminta baby kepada babanya. Nampak macam best je ada baby ni. Dia mengelipkan matanya beberapa kali kepada Ian.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now