chapter 8 : mencari Boboiboy

297 19 0
                                    

"Kau dah dapat semua maklumat?" Rupanya ada orang lain yang menguping perbicaraan mereka berdua.

"Dah,jangan risau aku akan siapkan bantuan" kata seseorang.
"Terima kasih, Maksmana"

..................
................................


Sementara di tempat lain

Terdapat sekumpulan manusia di sebuah planet asing. Kesemuanya berjumlah 8 orang.

"Signalnya berhenti dekat sini" kata Solaria kepada ahli ahli kumpulan yang lain.

"Mesti dia ada dekat dekat sini" kata Blazy. Thunder hanya berdecit kesal. "Haih,kau ni. Itu pun semut taulah" kata Cyclone sambil menyepak batu yang berada di tanah.

Tiba tiba Reverse berkata. "Wahai abang abang ku yang lembab. Aku kan ada" semuanya memandang Reverse dan berkata "ouh.."

Disebabkan Reverse sebahagian daripada Boboiboy. Dia boleh menjejak dimanakah dia berada.

Macam main sorok sorok QwQ

Setelah berpuluh abad(jam) merentasi hutan lipur,gunung ganang dan lautan yang dalam. Akhirnya mereka sampai disebuah gua.

"Jejak dia berhenti dekat sini" kata Reverse sambil menunding jari ke arah gua.

"Mak,aih. Dalam gua ni? Kau biar betul? Dalam gua yang gelap ni! Macam mana Boboi boleh masuk!" Blazy buat drama yang tidak ada seorang pun tengok.

"Aku masuk dulu" Solaria terus memasuki ke dalam gua yang gelap itu. "Jap!tunggulah aku!" Thornie pun langsung mengikuti langkah Solariak :v

"Jomlah Snow,manalah tau boleh jumpa hantu ke" Blazy terus menyeret Snow masuk ke dalam gua tersebut.

Quake dan Reverse terus masuk dengan selamba ke dalam gua manakala si Cyclone "weh!tunggu woi!-Thunder kau nak masuk tak!kalau tak nak aku tinggal!"

Cyclone terus meluru masuk ke dalam gua dan meninggalkan Thunder yang masih sendirian di luar.

Thunder masih lagi dengan muka datarnya tetapi air mata membasahi membasahi pipinya.

'Help me'

Di dalam gua

Kesemuanya telah masuk ke dalam gua. Termasuk Thunder."Aku rasa ni penghujungnya.." kata Snow dengan ragu.


"Tak, aku dapat rasakan disebalik batu ni ada lagi ruang" kata Reverse. "Mungkin..ada bilik rahsia?" Kata Blazy dengan selamba.


"Hah tu lah banyak sangat tengok kartun. Kan dah terpengaruh" kata Quake.

"Wei,Thunder pahal kau senyap je dari tadi" kata Cyclone yang merasa agak pelik dengan kelakuan kembarnya.

"Tengok ni" Thunder pergi ke depan batu yang menutupi laluan tersebut. Dia menarik batu yang ada terlekat di dinding.

Tiba tiba batu itu secara perlahan membuka laluan.

"Woah!"
"Macam mana kau buat tu?" Cyclone berminat untuk tahu. Bagaimana Thunder tahu di situ ada laluan rahsia? Padahal mereka baru sampai di planet itu.

"Adalah. Lagipun si mata empat ni pun tak boleh buat" kata Thunder dengan muka datarnya sambil mengejek.

Mereka semua masuk kedalam laluan tersebut. Tetapi..

BERMULANYA MASALAH (Boboiboy Fanfiction) > END <Where stories live. Discover now