BAB 1

563 59 19
                                    

BAGASI merah jambu diangkat keluar dari but kereta dan diletakkan di atas troli bagasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAGASI merah jambu diangkat keluar dari but kereta dan diletakkan di atas troli bagasi. Rambut dirapikan. Telefon dikeluarkan dari kocek blouse yang dipakainya. Nombor rakan baiknya didail. Namun tidak ada yang angkat.

"Ishh kau ni kalau tak off phone memang tak boleh hidup ek! Hmm mungkin dia dalam meeting. Call uncle lah!" Nombor Dato Ehsan pula didail.

"Hello uncle!" Sapanya riang.

"Amboi Misya ni dah stay Korea 2 tahun tak pandai bagi salam dah ke cik?" Usik Dato Ehsan.

"Hehe assalamualaikum uncle. By the way Misya dah dekat airport. Nak bertolak balik Malaysia dah. Lagi 6 jam Misya sampai lah. Nanti uncle tolong bagi tahu dekat Iman tau. Misya call dia tak angkat pulak!" Pesan Misya panjang lebar.

"Okay! Hati - hati tau. Nanti uncle pesan dekat Iman. Bye assalamualaikum Misya." Misya menjawab salam dan terus mematikan talian. Kaunter check - in dituju.

Iman yang sedang tekun menaip pada komputer ribanya terhenti apabila pintu biliknya diketuk seseorang dari luar.

TOK! TOK! TOK!

Iman melihat setiausahanya yang sedang berdiri di depan pintu biliknya terus membenarkannya masuk.

"MASUK!" Dingin dia menjawab.

"Tuan Iman." Sapa gadis yang memakai skirt paras lutut itu.

"Yes Adriana? Any new meeting today?" Soal Iman dengan matanya masih tertumpu pada skrin komputer ribanya itu.

"Tadi Tuan Ehsan minta saya maklumkan dekat Tuan Iman yang Cik Misya akan sampai Malaysia dalam pukul 2:45 petang hari ni."

"Misya? Bukan dia masih ada dekat Korea?" Soal Iman hairan. Mengikut apa yang Misya beritahunya semalam dia akan tinggal di Korea lagi beberapa hari. Mata terus dialihkan dari skrin itu dan melihat gadis itu.

"Ohh Cik Misya sebenarnya nak buat kejutan untuk Tuan Iman. Jadi dia sengaja cakap yang dia balik lambat." Terang Adriana.

"Baik Adriana. Saya tak akan masuk office balik lepas lunch hour. Kalau ada meeting just cancel it. Saya ada apa - apa meeting penting tak?"

"Tak ada Tuan. Hari ni Tuan free."

"Okay thanks. Awak boleh keluar."

Iman hanya tersenyum apabila diberitahu bahawa sahabatnya misya bakal tiba di Malaysia lagi beberapa jam. Dia menyambung kerjanya yang perlu disiapkan sebelum dia meninggalkan pejabatnya pada hari itu. Iman sudah merancang apa yang akan dilakukan sebaik sahaja Misya sampai di tanah air.

***

Jam sudah menunjukkan jam 12:30 tengah hari. Iman segera mengambil kunci keretanya dan terus keluar dari bangunan syarikat keluarganya. Kedai hadiah dan coklat dituju. Dia ingin membeli chocolate basket untuk rakannya. Pelbagai idea untuk kejutan sudah dirancang. Cuma tunggu masa untuk dijalankan sahaja.

Mrs. Iman Darwish (Lekluu, aku focus study bye:)Where stories live. Discover now