"Okay. Terima kasih Ihsan sudi datang. Maaf susahkan kau," Safa turut bangun menghantar lelaki itu.

Thaqif pula tersenyum sendiri di atas katil. Risau juga Safa pada dia ya? Entah kenapa walau dia sedang sakit sekarang, dia rasa bahagia. Tak pernah dia rasa sebahagia sekarang.

Safa jelas masih sayangkan dia..

"Tengok Thaqif macam tu teringat pula zaman kami muda-muda dulu." Ihsan tergelak kecil menuruni tangga.

"Zaman bila tu." Safa yang membawa perut turut perlahan-lahan membontoti lelaki itu. Lihat Safa yang susah payah, Ihsan memperlahankan langkah menunggu wanita itu.

"Zaman kami student dulu. Ada satu hari tu Thaqif demam teruk! Mungkin sebab dia dah all out tenaga dia masa final exam, lepas je final, kami terus fly pergi Santorini." Dengar sahaja Santorini, langkah Safa terhenti di hujung tangga.

"Pergi Santorini?" Safa kerut dahi cuba mengingat sesuatu. Kenapa dia pernah rasa Thaqif pernah cerita tentang perjalanan lelaki itu ke Santorini dahulu? Tapi versi yang berbeza.

"Ya, kami dah suruh dia tak payah join, demam dia teruk. Tapi tulah, Thaqif tu kan degil. Mana dia nak dengar cakap orang selain bini kesayangan dia ni." Sekali lagi Ihsan tertawa mendongak memandanf Safa dihujung tangga.

"Oh, siapa lagi yang pergi?"

"Kawan-kawan kami je. Kawan kampus. Orang cakap, zaman-zaman menyetankan diri sendiri."

"Pula dulu, si Thaqif ni dia memang cerewet tak suka kongsi bilik dengan orang. Bajet anak Sultan, melancong pun nak duduk bilik sorang-sorang. Itu yang susahkan aku terpaksa pergi bilik dia sumbat penadol macam tadi."

"Dia tak suka share bilik dengan orang?" Seperti tahu fakta baru tentang suami sendiri. Safa agak pegun terkejut.

"La kau tak tahu ke? Dari zaman kampus sampai sekarang. Thaqif memang tak suka share bilik. Siapa yang berani nak tidur dengan dia memang kena terajang awal-awal. Sorang je yang special boleh tidur sekatil dengan dia sekarang." Ihsan tersenyum ikhlas memandang Safa masih pegun memandangnya.

Tak mahu menyoal siapa orang special itu, Safa tahu, itu dia. "Kau ada gambar dulu masa kau orang melancong dekat Santorini dulu?" Entah kenapa dia rasa teruja nak tengok wajah Thaqif masa zaman-zaman muda dulu.

"Ada! Jom duduk dulu." Ihsan depa tangan memberi laluan untuk Safa melangkah ke arah sofa diruang tamu.

"Ni.. kau tengok ni. Masa ni kami baru mendarat kat airport Santorini, kau tengok muka dia. Macam orang high, tapi dia demam! Dua tiga kali kena soal dengan guard sebab dia orang ingatkan Thaqif ni mabuk! Hahahaha." Safa tekup mulut dengan tapak tangan, badan siap bergegar menahan tawa melihat wajah hodoh Thaqif ditunjuk Ihsan.

"Kejap-kejap ada lagi." Ihsan gigih menilik kembali album gambar lama yang dia simpan di Google Photos.

"Ni! Maaf Safa, ni zaman Jahil kami. Masa ni kat kelab malam. Tapi orang demam ni ego nak mengikut juga. Nasib baik dia tak minum." Ihsan tunjuk sekeping demi sekeping gambar mereka di Santorini dahulu.

"Kau buat apa?" Ada satu suara garau mengganggu buat dua manusia itu serentak menoleh.

Ada Thaqif kelihatan lesu menuruni tangga dengan mata menjenggil melihat keakraban isterinya dengan sahabat sendiri.

"Mengulik kenangan lama." Ihsan bangun menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar.

"Kau comel masa muda-muda dulu." spontan Safa memuji buat mata Thaqif sedikit membesar tidak percaya.

"Betul ke?" Thaqif tak berkelip menyoal.

"Dah lah, macam ganggu keintiman rumah tangga orang. Aku balik dulu." Ihsan bangun dari sofa dengan senyum tipis.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now