"Betul okay semuanya?"mencerun mata Puan Fateema memandangnya.

"Nenda dengar Aleesya menangis malam tu,katanya Faleeq cuba nak buat benda tak baik dekat dia"

Tercekik Faleeq yang sedang mengunyah nasi goreng pagi itu.

Aku? Aku buat benda tak baik?

Benda apa yang tak baik tu?

Dia meneguk air putih di dalam gelas didepannya.

"Benda tak baik apanya nenda? Apa yang Faleeq buat?"soal Faleeq tak puas hati.

Kalau dia jumpa lagi minah tu memang eiii.

Sukati nenek kau je fitnah aku!

"Kau buat apa Faleeq? Kau betul ke ni adik aku ni? Sedarlah wahai Faleeq,berdosa kita sebagai lelaki menyakiti kaum wanita"Fahmi yang duduk di sebelah menggoncang bahunya. Terhambur ketawa dari bibir abangnya itu.

Faleeq menjeling,dasar kau wahai Fahmi!

"Bermakna Afrina lah yang tak mahu dengan Faleeq?"soal Puan Fateema lagi.

"Haah,dia cakap dengan Faleeq malam tu sebab Faleeq tak kasi dia pegang lengan Faleeq"Faleeq jujur. Kang makin diputar belit dengan perempuan tu.

"Ish,ish,ishhh. Ada ke patut kau tak bagi?"

Fahmi mengangkat muka bila dia rasa ada mata yang memandangnya.

Bukan sepasang,dua pasang mata sedang tepat memandangnya.

Alamak,salah cakap ke?

"Itulah lain kali nenda hantar pergi sekolah kau duduk dalam kelas elok-elok. Ini tidak merayau merata. Nak kata bodoh tengok result macam tak"

"Aku sengaja buat bodo-bodo gini. Kang aku buat pandai kang kau yang terkulat"

Faleeq mengguling mata. Menyampah aku!

Ingat aku tak pandai ke?

Dia menjeling jam tangannya.

Bingkas dia bangun dari kerusi.

"Faleeq pergi dulu nenda"tangan tua itu dicapai lalu dikucup.

"Hati-hati drive"

Fahmi menghulur tangan.

"Abang Palik,nak salam!"

"Nenda tengoklah along ni!"geli Faleeq melihat Fahmi menggoyang-goyang tangan kanannya.

"Lantak koranglah,malas nenda nak layan"

"Yeayy,abang Palik,abang Palik!"

"Faleeq pergi dulu nenda!"

"Bye Abang Palik!"bersungguh Fahmi melambai Faleeq.

Pasrah Faleeq memandangnya. Dah macam budak tak cukup sifat gayanya.

"Ayra!"

Ayra mencabut earbud di telinganya. Matanya memandang kawannya yang sudah berpeluh sakan itu.

"Engkau mandi ke nyah?"soal Ayra.

Ni bukan berpeluh dah ni,basah satu badan.

"Hm"

"Nak apa?"Ayra menyoal lagi.

"Hm"Nisrin menongkat dagu.

Ayra melirik ke arah tempat yang Nisrin pergi tadi.

"Hensemnya empat orang tu Ayra. Apa aku nak buat ni Ayra?"soal Nisrin.

Ayra menggeleng. Tak sudah lagi dengan crush gelapnya itu.

Asal jumpa yang baru terus dicop dia punya. Banyak cantik!

"MashaAllah abs dia Ayra. Ayra tolong aku do aku takut"Nisrin menutup mata namun tetap melihat di celahan jari.

Kepalanya disekeh Ayra.

Nisrin mengaduh. Ish Ayra ni.

"Ajarkan saya cara bernafas.."Nisrin dah tak tentu arah bila lelaki itu mengangkat dumbbell.

Ayra turut memandang. Takdelah hensem mana pun.

Nisrin ni buta ke apa?

"Alamak! Henfon aku kat situ Ayra!"

Ayra menyumbat earbud ke dalam telinga. Malas nak layan.

Ayra menghabiskan larian minit terakhir sebelum treadmill itu berhenti sendiri.

Dia sedikit tidak selesa di gim ini tapi gim di tempat biasa dia pergi itu tutup. Terpaksala berkampung dekat sini dulu.

Ayra meneguk air yang dia beli tadi. Oversized hoodie dia kibas sedikit.

Banjir di dalam ini.

Nisrin kata orang gila je pergi gim pakai hoodie. Dia la orang gila itu,takde yang lain dah.

Biarlah,dia suka. Nak buat macamana.

Mana Nisrin ni,desis Ayra. Tadi nampak dekat sini.

Meliar matanya mencari Nisrin namun orang lain pula yang datang.

"Hai,sorang je?"

Ayra tidak memandang lelaki itu. Dia tak berapa dengar sebenarnya.

Yela,kita kalau fokus benda lain takde maknanya nak tengok benda lain.

Lelaki itu tersenyum sedikit. Sombong gilo Puan Ayra ni.

Ayra hanya menunduk sedikit lalu terus bergerak ke arah Nisrin.

Lelaki itu masih tersenyum sebelum perlahan-lahan keluar dari pusat gim itu.

Settle.





Sorryy cerita ni macam slow update sebab author awak ni busy.


























FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now