Kazuke terus keluar dari kelas itu tanpa mengucapkan sepatah kata pun.

"Aku salah cakap ke?" Tanya Asyura.

"Kau boleh tak peka sikit. Apasal kau ungkit benda tu depan Kazuke. " ujar Sai.

"Kenapa? " Tanya Asyura kebingungan.

"Takkan kau tak tahu selama ni?" Tanya Shiro.

"Tahu apa?" Tanya Asyura lagi.

Mereka bergeleng kepala terhadap ketidakpekaan Asyura.

****

Ace dan Zenmaru tiba dibalai hunters, para hunters yang berada di luar bangunan organisasi benar benar terkejut kerana kedatangan Ace.

Ace terpegun melihat bangunan organisasi hunters kerana terlalu besar, bahkan lebih besar dari istana.

"Zen, kenapa kau bawa dia?" Tanya salah satu hunters.

Beberapa hunters pula kelihatan tidak suka kepada Zenmaru namun dia tidak memperdulikan hal itu sama sekali.

"Tuan Kagura yang suruh, dia taknak si gagak hitam ni sendiri kat rumah." Jawab Zenmaru.

"Ohh erm.." balas nya.

"Aku ada kerja, tengok tengok kan dia boleh?" Tanya Zenmaru.

"Tak payah suruh pun semua dah tengok dia."

"Huh famous juga gagak hitam ni." Ujar Zenmaru

"Memang lah, semua anggap dia dewi tau."

"Hahahahaha dewi? Kau tak dengar lagi dia membebel." Ujar Zenmaru.

Ace mencubit belakang Zenmaru.

"Auu, sakit lah budak tengik." Ujar Zenmaru terkejut.

"Kalau nak kutuk pun jangan lah depan depan." Bisik Ace.

"Eleh daripada aku cakap belakang." Balas Zenmaru.

Ace hanya menatap dengan pandangan dingin.

Para hunters tercengang melihat sikap Ace kerana dari apa yang mereka dengar Ace adalah seorang gadis polos.

"Aku kena betugas, kau pergi lah mana kau nak tapi jangan keluar dari balai ni. Tak pasal pasal Tuan Kagura marah aku kalau kau hilang nanti." Kata Zenmaru.

"Ermm yela." Balas Ace.

Zenmaru pun pergi meninggalkan Ace.

Ace merasa janggal diperhati ramai orang di tengah perkarangan balai itu.

Tiba tiba bawahan Wayami iaitu Shoto menghampiri Ace. Shoto seorang hunters muda berusia 25 tahun dan orang terpercaya kapten divisi 1 iaitu Wayami. Sebelum nya dia ditugaskan menjaga Ace senyap senyap sewaktu Wayami dan yang lain di hantar ke luar kerajaan.

"Kiyomizu Ace?" Tanya Shoto.

Ace mengangguk.

"Kenapa kau ada kat sini?" Tanya Shoto

"Atok Kagura suruh ikut Zenmaru." Jawab Ace .

"Ohhh."

Ace hanya terangguk angguk.

"Kau nak masuk dalam?" Tanya Shoto.

"Boleh masuk ke?" Tanya Ace kembali.

"Sebenarnya tak boleh tapi kau takpe kot, lagipun Tuan Kagura yang suruh kau pergi sini kan." Ujar Shoto.

Ace mengangguk.

"Ikut aku." Katanya kemudian mereka pun masuk ke dalam bangunan organisasi hunters itu.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now