"Hmm Nafis dah tak boleh peluk kak Nell lepas ni"kata Nafis lalu memeluk tubuh kakaknya itu

"Suap"kata Nafis

Nell menyuap nasi ke dalam mulut Nafis

"Amboi bukan main ya yang tu manja sampai nak bersuap"kata Along

Nafis menoleh lalu berkata"sebok je , biarlah"

"Lewat Nell balik, tak penat ke?"soal Kak min

"Penat lah jugak"balas Nell

"Ummi suruh balik pagi, dia balik malam, mana tak penatnya"balas Ummi

Nell tersengih

Selesai makan, mereka ke bilik untuk memakaikan inai kepada Nell

"Yeay ,Nell nak kahwin, aku pulak yang teruja"kata Dino

"Tak sangka kau dah nak kahwin Nell"meyra acah acah mengelap air matanya

"Menyampah"balas Nell membuatkan rakan rakannya tertawa

"Kau mesti tak sabar kan nak tengok tunang kau , eh bakal suami"kata Rara

"Habis lah kau Nell, lepas kahwin nanti dia tak bagi kau keluar rumah"kata Meyra

Nell membuat muka

"Mengarut lah kau, tak payah dengar cakap Meyra tiga suku ni"kata Dino

Meyra tergelak

"Ish aku taknak kahwin la, aku lari je la esok"ujar Nell

"Woin gila ke"Meyra menumbuk bahu Nell perlahan

"Jom kita pakai Inai"kata Kak Min

"Yeyyy, Nell nak kahwin"kata Dino teruja

Nell hanya mengeluh , tidak sangka esok dia akan bergelar seorang isteri

____________________

11:30 am

Debaran di hati usah kitakan, rasa seperti ingin lari dari pernikahan ini

Uish Nell jangan buat hal boleh tak, malu ummi nanti kalau kau lari

Tangannya Nell yang sejuk itu di pegang Ummi

"Nell jangan risau, ummi tahu ini yang terbaik"kata Ummi

Nell tersenyum kepada Ummi

Ya , apa yang orang tua kini ingin ialah yang terbaik untuk kita

Klik klik klik

Gambar Nell di ambil oleh Dino

"Cantik gila kau Nell"bisik meyra kepadanya

Kini mereka sedang menunggu perbincangan tok kadi dengan pihak lelaki

Wajah tunangnya itu masih tidak dapat dilihat kerana dia tidak menghala ke arah Nell

"Kau nervous eh?"soal Rara sambil memegang Nell

Nell menganggukkan lalu memandang ke arah Rara

"Relax Nell, tarik Nafasss "kata Rara cuba menenangkan rakannya itu

Setelah itu , terdengar suara tok kadi memberi salam

"Baiklah, kita mulakan"kata Tok kadi, pengantin lelaki mengangguk

"Aku nikah akan dikau dengan Nellya Safura binti mohd Nadir dengan mas kahwin nya.............."

"Aku terima nikahnya Nellya safura binti Mohd Nadir dengan mas kahwin nya ..............." Suara pengantin lelaki

Nell terpaku

Tak mungkin

Semua ini hanya mimpi kan?

"Sah"suara tok kadi mengesahkan bahawa mereka berdua kini bergelar suami isteri

"Alhamdulillah"suara suara orang yang bersyukur

"Yey kawan saya dah kahwin"suara Daeng kedengaran

Habis tergelak semua akibat jeritan Daeng

Nell memandang wajah ummi, jelas wajah ummi sangat bahagia

Terus ummi memeluk badan anak dara kesayangannya itu

"Sampai hati korang"kata Nell lalu memandang ke arah Rara dan Meyra

Setitis air matanya jatuh

"Nell jangan lah menangis "kata Meyra cuba memujuk Nell

Setelah membaca doa , pengantin lelaki mulai bangun ke arahnya untuk menyarungkan cinin

Dengan debaran di hati

Akhirnya pengantin lelaki tiba di hadapannya dengan berpakaian baju melayu berwarna putih itu

Meyra , Rara dan Ummi menjauh, meninggalkan Nell bersama suaminya

Jimmy mengelap air mata di wajah isterinya itu

"Nell salam"Kata Ummi dari jauh kepadanya

Terus dia menyalam tangan suaminya itu , walaupun terketar ketar

"Jangan menangis , sayang"kata Jimmy sambil menyarungkan cincin di jarinya itu

"Senyum sikit "Kata Dino yang ingin mengambil gambar

Setelah menyarungkan cincin , Dahinya dicium oleh Jimmy

Klik klik klik

Semua kamera terhala ke arah mereka berdua

Pinggang Nell di tarik dekat ke arahnya lalu dahi mereka bercantum

"Woah , lama sikit nak tangkap gambar nii"kata Dino

Debaran di hatinya cuba di kawal

Ya Allah rasa nak pensan sekarang ni , ummi tolong Nell

"Thank you"suara Jimmy kedengaran

"Thank you?"soal Nell pelik apabila lelaki itu berterima kasih

"Sebab tak lari dari wedding ni"balas Jimmy

Macam mana dia tahu aku nak lari?

Nell tergelak kecil membuatkan Jimmy pula yang berdebar

Terus bibir lelaki itu mengukir senyuman, bersyukur kerana Nell tersenyum di hari pernikahan mereka berdua

"Ehem ,sweet betul"tegur Nafis kepada kakak dan abang iparnya

Jujur hatinya sedikit sebak melihat kakaknya yang sudah berkahwin

Siapa nak suapkan dia makan lagi lepasni ?

Mau di tumbuk oleh abang iparnya nanti kalau nampak

"Tahniah bro , akhirnya dapat kahwin dengan crush "kata Daeng sambil menepuk bahu Jimmy

Nell mengerutkan dahi, crush?

"Hmm pecah temerlang, mamat ni minat kak akak masa sekolah dulu"kata Nafis lalu tergelak

Jimmy memandang ke arah lain, mampus kantoi

"Tepi kau, aku nak peluk kakak aku"Nafis menarik Nell ke dalam pelukan

Setelah beberapa saat , pelukan di lepaskan

Jimmy pula terus menarik pinggang isterinya

"Pergi makan la"laju dia menghalau rakan rakannya itu sebelum benda lain terbongkar

"Tahniah anak mama, hmm akhirnya kahwin juga ya"kata Mama

Nell memandang ke arah mak mertuanya itu

Macam mana aku boleh tak tahu Datinsri ni mama Jimmy

Tubuh Nell di peluk oleh wanita itu erat

"Terima kasih sebab terima anak mama yang degil ni"kata Mama

Nell tersenyum

Hmm terpaksa terima la mama

Nak sahaja di balas begitu



Tbc


Lah dah kahwin???

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now