"Boss cari Makcik Ejah dulu, risau kalau dia cedera—" Adrian memandang wajah Arya dan Arya juga memandangnya.

"Kau duduk sini kejap. Aku cari Makcik Ejah. Kau boleh tahan tak ni?" soal Arya sambil menyuruh Adrian untuk duduk pada sofa di ruang tamu itu.

"Aku boleh tahan lah. Boss cari dekat kawasan bilik Makcik Ejah. Aku cari dekat kawasan dapur" arah Adrian. Tanpa buang masa Arya hanya angguk dan melangkah laju mencari Makcik Ejah berada.

Kaki Arya mula melangkah laju. Degupan jantung mula berdetak dengan laju. Entah kenapa rasanya sungguh tidak tenang.

Pintu bilik Makcik Ejah Arya tolak cepat. Arya masuk kemudian memandang sekeliling. Matanya jatuh pada atas lantai bersebelahan dengan katil.

"Makcik Ejah—" Arya mula memanggil saat melihat Makcik Ejah sudah terbaring di atas lantai itu. Kedua tangan Arya mula menyentuh badannya. Wajahnya di sentuh perlahan. Wajahnya kelihatan pucat. Air mata Arya mula bertakung.

Hatinya risau.

"Makcik Ejah, bangun. Macik Ejah kenapa ni? Jangan main-main dengan Arya—" Arya menggoncang tubuh kaku itu kemudian memeriksa nadi di leher Makcik Ejah. Arya manarik nafas berat. Arya tidak puas hati. Tangan Makcik Ejah, Arya pegang dan denyutan nadi tidak dapat rasakan.

"Boss, dekat dapur takda—" Adrian sudah muncul di hadapan bilik Makcik Ejah. Arya memandang wajah Adrian dan air matanya mula mengalir. Adrian melangkah masuk perlahan ke dalam bilik itu lalu duduk di sebelah Makcik Ejah.

"Makcik Ejah? " Adrian mula memanggil lalu memandang wajah Arya. Arya menggeleng perlahan kemudian tertunduk. Arya tak mampu untuk bercakap.

Adrian memeriksa keadaan Makcik Ejah lagi untuk memastikannya. Adrian dapat lihat ada kesan jerutan di leher Makcik Ejah. Dia menghembus berat kerana dia sudah terlambat.

"Boss? Adrian? dekat sini rupanya korang. Aku panggil dari tadi tak jawab pun" kelihatan Hayden sudah muncul. Hayden memandang pelik ke arah mereka dan anak matanya jatuh pada tubuh Makcik Ejah yang terbaring kaku di atas lantai itu.

"Kenapa Makcik Ejah baring dekat atas lantai?" soal Hayden yang tertanya.

"Hayden­, Makcik Ejah dah takde" Adrian bersuara. Hayden yang ingin melangkah masuk membuatkan dia terhenti. Air liurnya di telan kelat.

Arya sudah menangis sambil tertunduk di sisi Makcik Ejah yang sudah meninggal dunia itu. Adrian dan Hayden memandang simpati ke arah Arya. Dia tahu yang Makcik Ejah adalah segalanya untuk dia. Sekarang orang yang dia sangat sayang sudah pergi menjauh darinya.

🔱🔱🔱

Dua orang lelaki berpakaian hitam sedang menunggu kehadiran seseorang. Mereka berdua sedang berada di hadapan pagar rumah banglo seseorang. Waktu malam mungkin membuatkan orang tidak perasan akan kewujudan mereka di situ.

kelihatan pintu pagar di tolak sedikit. Seorang wanita keluar dari situ sambil membawa satu sampul bewarna coklat. Wanita itu memandang kiri kanan agar tiada siapa yang nampak akan dirinya.

"Amboi, macam nak merompak aja gayanya" ujar salah sorang dari lelaki itu.

Pakk!

Sampul berwana coklat yang di isi duit itu selamat mendarat di atas kepala lelaki yang berkata itu.

"Mulut kau boleh diam sikit tak?" balas wanita itu.

"Betul apa yang dia cakap" sorang lagi lelaki bersetuju dengan ayat yang diberikan oleh kawannya itu.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now