"Salah nama tu bang"jawab Ayra sebelum menolak lelaki itu.

Tak kuat,tak perlahan.

Ayra tunduk mengutip pisau yang terjatuh di atas jalan itu lalu dia melangkah ke arah lelaki tadi.

"Nah,amik balik. Aku dah lambat nak solat maghrib tak sempat nak solat jenazah"Ayra melempar pisau itu.

Lelaki itu mengerang bila pisau itu terhiris sedikit di lengannya.

Ayra memandang.

"Sorry not sorry"

"Chaw lu!"

Nisrin yang sedari tadi berada di dalam kereta hanya memandang. Broken sangat tak boleh cari gaduh la tu.

"Jom,gerak balik"

"Dahtu kau nak suruh aku buat apa dekat sini? Joget lambak?"bidas Ayra.

Bertambah-tambah broken lah orang tu.

"Doktor Faleeq"

Faleeq mengangkat muka,memandang gerangan yang memanggilnya tadi.

"Ya saya?"tiada senyuman menghiasi di wajah itu.

"Sa-saya nak ajak doktor lunch.. Doktor sudi tak?"soal doktor wanita di hadapannya itu,malu-malu.

Faleeq meletakkan pen di atas meja sebelum menongkat dagu.

"I'm sorry but aren't you someone's fiancee?"soal Faleeq.

"Just a lunch will not harm"yakin sekali suara wanita itu.

"Yes just a lunch but im sorry,not with me"Faleeq mengerling ke arah jam di dinding.

"Excuse me Doctor Marlina"Faleeq berdiri sambil membetulkan kot putih di tubuhnya.

Doktor Marlina hanya memerhati tubuh maskulin itu.

"Oh if im not mistaken,i saw your fiancee with other girl at the VIP ward. You sure you don't want to pay a visit?"

Dia bukanlah mahu sibuk hal orang lain,cuma kes ni macam lain saja.

Dia nampak doktor Marlina terus keluar dari biliknya. Pandai pun keluar. Ingat dah tak ingat pintu keluar.

Faleeq melangkah keluar dari biliknya. Bersendirian.

Dia sudah biasa.

Tidak seperti kebiasaan lelaki,Faleeq berjalan sambil menundukkan kepalanya. Sebab apa dia begitu pun dia tidak pasti.

Yang pasti dia lagi suka tengok lantai dari kerenah manusia. Yang berbagai ragam.

Apa orang kata? Seorang lelaki harus menundukkan pandangan.

Dah kalau laki dah tunduk,perempuan tak payah sibuk nak tayang.

Easy.

Faleeq turun ke Kafeteria di tingkat bawah. Tak kuasa dia nak berebut-rebut makan dekat kedai kat luar tu.

Sedang dia menatang dulang makanannya,dia tersepak sesuatu.

Dulang makanannya? Wassalam atas lantai.

"Hey!"

Terpana sekejap Faleeq melihatnya. Habislah dia dah buat masalah.

Dekat seorang perempuan pula tu! Ya Allah!

Apa aku nak buat ni?

Perempuan yang bermask hitam itu sibuk membersihkan sisa makanan yang terlekat di hoodienya. Habis rosak segala mood nak pergi jumpa doktor.

FALEEQ QAYDERHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin