Nell hanya mengangguk kepalanya

Jimmy di sebelah Along di pandang sekilas

"Bye kak min"lambainya kepada Kak min

Setelah Itu , Nell masuk ke dalam rumahnya

"Meyra !"jeritnya

"Alamak , Nell err aku baru nak ambil kau, tapi tadi aku along kau call ha dia cakap dia nak ambil kau"balas Meyra

"Ish yang kau dengar sangat cakap dia tu kenapa, kau tahu tak tadi aku jumpa mamat bad boy lama tu"kata Nell

"Siapa?"soal Rara

"Jimmy, aku tak tahu pulak along kerja dengan mamat tu"kata Nell

Meyra Dino dan Rara saling berpandangan

"Jodoh tu"kata Meyra sambil tersenyum

"Banyak lah jodoh kau"balas Nell lalu memberi satu jelingan menyampah

"Hensem ke?"soal Dino

"Er..jujur la, makin hensem"balas Nell

Rara tergelak

"Kalau dah jodoh tak kemana"kata Rara

"Dah la minggu depan kena balik , minggu depan aku ada netball , lawan dengan budak budak sutra tu"kata Nell

"Eh , kau tak balik la minggu depan ?"soal Meyra

"Aku ada netball"balas Nell

"Tak baik la, kau balik eh Nell, ummi rindu dekat kau tu "balas Dino

"Haah , balik la Nell , alah netball tu tarik diri je"kata Rara

Jelas rakan rakannya itu mahu dia pulang

"Tengok la dulu"balas Nell

"Ni Nell , petang tadi aku jumpa TUNANG kau...lepastu kan..dia suruh aku berhenti kan kau"kata Dino

Nell membulatkan matanya

"Kau jumpa dia dekat mana? Asal beehenti kan aku pula?"soal Nell

"Dia...dia cakap dia tak nak kau kerja, ..lepastu pasal laptop yang kau kene ganti tu , dia dah bayarkan "kata Dino

nell terlopong

"Untunglahhh"kata Meyra sambil tersengih

"Ish mana adil macam tu, kau dapat jumpa dia..aku tak dapat"kata Nell

"Alah kau jangan risau la..dia hensem...lagi hensem dari Jimmy"usik Dino

Nell menjeling

"Ni , minggu ni kau exam kan..kalau lulus kau graduate la kan?"soal Meyra

"Haah..harap lulus la sebab orang tua tu asyik ajak aku keluar ..ee lambat lagi la"kata Nell

"HAHAHAHHA susah betul jadi Nellya Safura ni"kata Rara

"Weh kau bagitahu la nama tunang aku tu..."kata Nell cuba memujuk

"Tak boleh ...kitorang dah berjanji dengan ummi"kata Dino

"Sampai hati, tak pe tak pe kata member"balas Nell

Mereka tergelak

"Nanti kau kahwin, kau tahu la nama dia, muka dia "balas Meyra sambil memandang ke arah tv

"Lambat lagi"balas Nell

"Kau bertunang dengan dia dah lama Nell ...kau beruntung tau dapat lelaki macam tunang kau tu..dia setia tunggu kau habis belajar "kata Meyra

Lelaki Untuk NellyaWhere stories live. Discover now