🌹Chapter 8 : NIGHTMARE 🔪

440 17 0
                                    

Faris mengangkat beg pakaian Arfa kemudian memasukkan ke dalam kereta. Arfa bersalaman dengan ibu bapanya. "Mama dengan papa take care tau. Abang tolong jaga mama dengan papa, " kata Arfa. "Yes boss, " kata Danial. Arfa tergelak kecil. "Kami balik dulu papa, mama, " kata Faris lalu bersalaman dengan keluarga Arfa. Faris dan Arfa masuk ke dalam kereta kemudian bertolak pulang ke rumah.

Akhirnya Faris dan Arfa tiba di rumah mereka. Faris membuka pintu kemudian membawa Arfa masuk ke dalam rumah. Rumah Faris sangat besar dan mewah. Rumahnya dihiasi dengan pelbagai barang perhiasan mewah dari luar negara. Arfa melihat sekeliling rumah tersebut. "Besarnya rumah ni, " kata Arfa. "Kita tinggal berapa minggu je dekat sini. Next month kita pindah, " kata Faris lalu membawa beg pakaian Arfa ke bilik mereka. "Pindah ? Pindah mana ? " Soal Arfa. "Seoul, " jawab Faris. "Seoul ?! " Arfa terkejut. Seoul, segala memori indahnya bersama Soobin bermula di situ. Saat mereka berdua berjumpa buat kali pertama sehingga pada hari terakhir sebelum Arfa pulang ke Malaysia. Arfa mula teringat semula kenangannya bersama Soobin dan Da eun.

Arfa baring di atas katil sambil memandang ke arah siling. "Seoul..., " Arfa memejamkan matanya. Tiba- tiba dia berasa seperti berada di suatu tempat yang agak gelap dan sunyi. Arfa cuba untuk bangun namun kaki dan tangannya diikat. Dia cuba untuk menjerit tetapi tiada sesiapa yang mendengar. Arfa melihat seorang lelaki datang ke arahnya. "Are you awake ? " Soal lelaki itu. "Who are you ? " Soal Arfa. Dia berasa sangat takut. Lelaki itu memegang sebilah pisau. "I am here to kill you... Chagiya " kata lelaki itu sambil ketawa.

Arfa menggelengkan kepalanya. Dia menangis teresak- esak. Faris terdengar suara Arfa menangis. Dia segera berlari ke bilik. "Don't kill me ! " Jerit arfa sambil menangis. "Arfa, Arfa bangun sayang, " Arfa bangun dari tidur lalu memeluk Faris. "Dia nak bunuh saya ! " Arfa menangis teresak- esak. "Siapa ? " Soal Faris. Dia cuba menenangkan isterinya.

Arfa turun ke bawah untuk masak makan malam. Dia melihat seorang perempuan lingkungan 50-an sedang menyediakan makanan. Arfa datang ke arah perempuan tersebut. "Miss, " kata perempuan tersebut. Dia mengangkat makanan itu ke meja makan. Arfa turut mengangkat dulang air ke meja makan. "Tak apa miss, biar saya yang buat, " kata wanita itu. "Tak apa, biar saya tolong, " kata Arfa. "Tak boleh miss, nanti Tuan Faris nampak dia marah, " kata wanita itu. Arfa hanya mengangguk.

Faris duduk di hadapan Arfa. Suasana menjadi sepi sehinggal Faris berkata, "Are you okay ? " Soal Faris. "Yeah, " jawab Arfa. Faris mengerutkan dahinya. "Are you sure ? " Soal Faris sekali lagi. "Yeah, i am okay, " kata Arfa.

Arfa masuk ke dalam bilik yang berada bersebelahan dengan bilik utama. Dia membawa pakaiannya ke dalam bilik itu. Arfa menukar pakaiannya kemudian menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Arfa melihat Faris sedang menonton televisyen. Faris yang sedang fokus menonton perlawanan bola tidak menyedari Arfa duduk di sebelahnya. Arfa mengambil alat kawalan jauh kemudian menukar saluran. "Hey ! " Faris menoleh ke arah Arfa. Arfa tidak menghiraukan Faris. Faris mengambil semula alat kawalan jauh tersebut daripada Arfa. "Give me back ! " Kata Arfa. "Saya sampai sini dulu, " kata Faris. Arfa terdiam. Dia menjeling ke arah Faris kemudian menuju ke biliknya.

"Bosannya, ". Arfa hanya baring di atas katil sambil memandang ke arah siling. Dia ternampak sebuah kotak di atas meja. Arfa hendak membuka kotak tersebut. Tiba- tiba, dia terdengar sesorang membuka pintu biliknya. "Sayang buat apa dalam bilik ni ? " Soal Faris. "Arfa... Tidur sini malam ni, " kata Arfa. "Kenapa nak tidur sini ? Kan dah ada master room, " kata Faris. "Tak apalah. Faris tidur je dekat sana biar Arfa tidur sini, " kata Arfa. Faris menarik tangan Arfa perlahan. Dia membawa Arfa ke bilik mereka. "Arfa kena tidur sini, " kata Faris. Arfa tidak berkata apa- apa. Dia menarik selimutnya kemudian baring. Faris baring di sebelah Arfa. "Tak lama lagi kita nak pindah, " kata Faris. Arfa memandang ke arah Faris. "Kenapa kita kena tinggal dekat sana ? " Soal Arfa. "It's my job dear, " kata Faris. Arfa mengerutkan dahinya. "Job ? Seoul ? " Faris hanya mengangguk. "One day saya akan explain dekat awak, goodnight, " .

My Husband Is A MafiaWhere stories live. Discover now