🌹Chapter 2 : GOODBYE CHAGIYA🔪

406 13 0
                                    

Arfa terbangun pada pukul 5 pagi. Dia tidak dapat tidur lena kerana masih memikirkan tentang Soobin. Dia keluar rumah untuk berjalan- jalan di taman. Arfa menukar pakaiannya lalu keluar menuju ke taman.

Selepas 2 jam berjoging, dia pulang semula ke rumah. Dia melihat Puan Aisha sedang menyediakan sarapan manakala Tuan Arif sedang membaca surat khabar. Arfa menuju ke meja makan lalu duduk di sebelah Danial. "Good morning papa, abang, " kata Arfa. "Morning, " jawab Danial dan Tuan Arif serentak. Arfa hanya makan sekeping roti dan secawan teh. Dia naik semula ke bilik untuk membersihkan diri.

Selepas mandi, Arfa bersiap untuk pergi ke pusat membeli- belah. Arfa tidak mempunyai ramai kawan. Dia membuat keputusan untuk membeli- belah seorang diri. Arfa turun ke bawah lalu mencium pipi Puan Aisha. Dia meminta izin ibunya untuk keluar.

Setelah tiba di pusat membeli- belah, Arfa pergi ke beberapa kedai pakaian dan kasut. Dia membeli beberapa helai baju dan pasang kasut. Dia melihat sebuah kedai menjual kasut berjenama Nike. Arfa tahu Soobin sangat menyukai kasut dan pakaian daripada Nike. Dia membeli sepasang kasut bewarna biru iaitu warna kesukaan Soobin. Dia keluar dari kedai lalu mengambil telefonnya.

-Arfa 🐣-
Annyeong unnie

-Da eun unnie 🐰-
Annyeong. How r u dear ?

-Arfa 🐣-
I am good. I miss u so much.

-Da eun unnie 🐰-
I miss u too. What r u doing ?

-Arfa 🐣-
I am shopping rn. I bought shoes for Soobin. It's surprise ✨.

Tiba- tiba seorang lelaki telah terlanggar Arfa. Arfa hampir terjatuh namun lelaki itu memegang tangannya. "I am sorry, are you okay miss ? " Soal lelaki tersebut. "Yeah, i am okay. I am sorry, " kata Arfa. Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut. "No it's okay, " kata lelaki tersebut. "I am Faris, " lelaki tersebut menghulurkan tanganya. "Arfa, " jawab Arfa. "I am sorry. I have to go, " kata Arfa lalu meninggalkan Faris.

Arfa menaiki kereta lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia tidak sempat membaca mesej yang dihantar oleh Da eun tadi. Air matanya tiba- tiba mengalir apabila membaca mesej yang diberikan oleh Da eun.

-Da eun unnie 🐰-
I am sorry dear I didn't tell you that Soobin has engaged.

-Arfa 🐣-
What ?! What r u talking about unnie ? Are you kidding me right ?

-Da eun unnie 🐰-
I am sorry but Soobin told me to keep this secret. After I know about this, I really angry. How could he did it like that.

-Arfa 🐣-
I am very disappointed unnie. I love him but he...

Arfa menangis teresak- esak. Dia mengelap air matanya. Arfa terus pulang ke rumahnya.

Arfa berlari terus ke bilik lalu mengunci pintu. Dia duduk di atas katil kemudian memeluk bantal sambil menangis. Tiba- tiba, telefon Arfa berbunyi. Dia melihat nama Soobin tertera di skrin telefonnya. Dia mencampak telefon itu. Arfa tidak mahu mengangkat panggilan itu. Dia melihat gambar- gambarnya bersama Soobin. Air matanya tidak berhenti mengalir.

🔪🔪🔪🔪❤️❤️❤️❤️❤️🔪🔪🔪🔪

Faris tiba ke rumah pada pukul 3 pagi. Dia menuju ke biliknya lalu menukar pakaian. Dia baring di atas katil. "Arfa Zahirah, " Faris melihat seutas rantai yang tertulis nama Arfa di loket. Arfa telah cicirkan rantainya ketika dia terlanggar Faris. Faris menyimpan rantai tersebut ke dalam lacinya.

Faris bangun pagi seperti biasa. Dia mencapai telefonnya lalu menelefon pengawal peribadinya. "Adam, aku nak kau tolong cari perempuan nama dia Arfa Zahirah, " kata Faris. Dia kemudian menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

🔪🔪🔪🔪❤️❤️❤️❤️❤️🔪🔪🔪🔪

Sudah tiga hari Arfa tidak keluar dari biliknya. Puan Aisha dan Tuan Arif mula risau akan keadaan anak mereka. "Arfa, buka pintu sayang, " kata Puan Aisha. Arfa membuka pintu biliknya. Puan Aisha terkejut melihat keadaan Arfa. Wajahnya agak pucat dan tidak bermaya. Danial juga turut terkejut melihat keadaan adiknya. Arfa memeluk Danial sambil menangis.

"Shhh... Abang ada, " kata Danial. Arfa meletakkan kepalanya di atas bahu Danial. Air matanya masih mengalir. "Kita makan sikit okey ? " Kata Puan Aisha. Arfa hanya mengangguk perlahan. Puan Aisha menyuap bubur ke mulut Arfa. Arfa hanya makan sedikit kemudian minum seteguk air kosong. Dia baring semula lalu melelapkan matanya.

Sudah 3 bulan berlalu. Arfa dan Soobin sudah tidak berhubung manakala Da eun jarang mesej Arfa. Arfa membuat keputusan untuk melupakan kekasihnya. Dia bekerja membantu Puan Aisha di butik. Arfa sangat pandai dalam melakar busana pengantin. Puan Aisha berasa gembira apabila melihat keadaan anaknya bertambah baik.

My Husband Is A MafiaKde žijí příběhy. Začni objevovat