BAB 5

18 2 5
                                    

Selamat membaca!

KEPALA disandar pada dinding lalu melepaskan keluhan. Dia masih tidak mampu melupakan Yeonjin walaupun sudah hampir sebulan Yeonjin memutuskan hubungan mereka. Dia tidak boleh menipu diri sendiri, dia memang benar-benar rindukan gadis itu. Cuma sekarang di hadapan Taehyung dia tidak boleh menunjukkan riak sedih begini, kerana muka sedihnya bakal membuat Taehyung membebel lagi dan lagi.

Sudah letih telinganya mendengar segala macam bebelan Taehyung padanya. Sampai kadang-kadang terasa mahu saja dia jahit mulut Taehyung supaya tidak boleh membebel padanya lagi. Nasib baik sekarang dia sudah pandai nak sorokkan perasaan sebenar apabila berhadapan dengan Kim Taehyung.

Buku nota yang berada dalam pegangan di pandang seketika. Waktu petang begini tidak terlalu ramai orang datang makan di kedai makan dia bekerja, jadi dia boleh duduk berehat sebentar sambil melayan perasaan sendirian.

"Berangan apa kau ni?" bahunya di tepuk.

Jungkook tersentak, pantas dia menoleh. Kelihatan rakan sekerjanya sudah duduk di sebelah dan sudah bersandar sama sepertinya.

"Mana aku berangan, kan aku tengah rehat kejap ni. Memandai aje cakap aku berangan petang-petang macam ni." Jungkook senyum bagi menutup perasaannya.

"Hello, ni Dooyoung tau. Kau jangan nak tipu akulah." Dooyoung menoleh pada Jungkook. "Masih fikirkan Yeonjin lah tu. Macamlah aku tak tahu."

Jungkook tunduk.

"Nak buat macam mana kalau orang dah tak ingin dengan kita ni? Kau patut lepaskan dia pergi, dan kau boleh cari yang betul-betul ditakdirkan untuk kau. Mungkin bukan sekarang, tapi suatu hari nanti kau akan jumpa seorang gadis yang betul-betul akan sayangkan kau dan terima kau seikhlas hati dia." Lembut Dooyoung memberi nasihat kepada Jungkook.

Perlahan Jungkook anggukan kepala.

Bahu Jungkook ditepuk perlahan. Dia selalu dengar Taehyung bercerita dengannya tentang Jungkook yang masih mengharapkan Yeonjin. Sanggup Taehyung telefon malam-malam untuk mengadu dan meminta dia tolong nasihatkan juga Jungkook itu.

Apapun dia hanya mampu memberikan nasihat, kalau tak jalan juga dia tidak boleh nak buat apa-apa.

"Aku nak pergi ambil pesanan, ada pelanggan tu." Kata-kata Jungkook itu menyentakkan Dooyoung.

Perlahan dia mengangguk. Membiar Jungkook menyambung kerjanya.

SENYUMAN manis terukir di bibir saat melihat mesej romantik daripada lelaki yang disayangi. Tersipu-sipu malu dia membaca bait-bait itu. Tetapi dia cepat-cepat mengawalnya apabila omma datang menghampiri dengan senyuman sukar untuk ditafsirkan.

"Omma, ada apa-apa ke senyum tu?" Irene jongket kening sebelah.

Puan Bae melebarkan senyum lalu di cuit bahu si anak. "Patut omma yang tanya, yang kamu tersenyum-senyum tadi kenapa? Ada apa dalam telefon tu sampai senyum bukan main." Usik Puan Bae.

Cepat saja Irene kerutkan dahi sambil menggeleng beberapa kali. Cuba menidakkan apa omma nampak sebentar tadi. Mana boleh cerita lagi, dia malu. Terasa macam gatal pula apabila difikirkan dia sudah ada boyfriend sekarang.

"Alah nak berahsia lah konon. Omma ni dah nampak tau, jadi tak payah lah nak bohong. Boyfriend lah tu, kan?" sekali lagi bahu Irene dicuit Puan Bae.

Irene buat-buat tidak peka. Langsung tidak membalas seperti apa yang diperkata omma bukan ditujukan kepadanya.

"Dah berapa lama bercinta dengan si Taeyong tu?"

Pertanyaan Puan Bae membuatkan dia terpinga-pinga.

"Tak sangka eh diam-diam bercinta dengan Taeyong?" tambah Puan Bae.

Kedua-dua belah tangan di angkat. Kepala di geleng-geleng.

"Siapa cakap Irene bercinta dengan Taeyong pulak ni omma?"

Melebar senyuman Puan Bae kerana berjalan menarik perhatian Irene kembali. Memang sengaja dia membuat tekaan begitu, ia sekadar mahu menarik perhatian Irene saja.

"Habis tu siapa?"

"Aaa..." Irene terjeda.

Matanya berkelip-kelip sendiri. Dia seperti sudah memecahkan rahsia sendiri.

"Bagitahulah omma, tak payah nak malu sangat. Kamu bukannya budak-budak lagi nak takut-takut. Omma ni lagi suka tau kalau tau anak omma seorang ni ada orang nak, tak adalah omma pening kepala fikir anak omma ni tak laku."

Membulat mata Irene dengar omma kata begitu kepadanya. Apa, tak cukup cantik ke dia sampai tidak laku. Dia mencebik, sampai hati omma cakap dia begitu tadi.

"Berapa lama dah kenal?"

Tanpa mempedulikan cebik Irene Puan Bae menyoal lagi.

"Dalam setahun jugaklah. Tapi dia tak tinggal dekat-dekat sini. Jauh jugak," beritahunya perlahan.

"Macam mana kenal?" Puan Bae kelihatan begitu berminat mahu mendengar.

"Kenal masa pergi bercuti dengan Taeyong dua tahun lepas. Mula-mula kawan je, lepastu baru jauh sikit perginya." Malu-malu Irene bercerita.

Terangguk-angguk Puan Bae dengar cerita pendek anaknya. Tiba-tiba terasa teringin pula mahu bertemu mata dengan lelaki yang berjaya memikat seorang anak perempuan a.k.a anak bongsunya ini.

"Bila agaknya boleh bawa dia jumpa dengan omma appa?"

"Siapa nak jumpa omma appa ni?" suara yang datang entah dari mana menarik perhatian mereka.

Irene memandang sesaat sebelum pantas memberi isyarat supaya omma tidak membuka mulut tentang perkara itu. Dia belum bersedia mahu berkongsi dengan lebih ramai orang walaupun orang itu kakaknya sendiri. Biarlah lambat sedikit.

"Adik kamu ni dah ada boyfriend sekarang." Tanpa mempedulikan isyarat itu, Puan Bae memberitahu anak perempuannya seorang lagi.

Dua orang sajalah anak dia dan suaminya ada. Bae Taeyeon dan Bae Irene.

Rapat Irene memejamkan mata. Omma memanglah tidak boleh menyimpan rahsia. Taeyong pun pandai simpan rahsia cintanya itu. Tidak pula sibuk dia mahu memberitahu orang tentang perkara itu.

Taeyeon mendekati Irene dan memeluk. Tidak sangka adik dia ni sudah ada seseorang dalam diam. Langsung tidak bercerita dengan dia. Pandai betul simpan rahsia. Kalau omma mereka tidak beritahu pasti dia tidak akan tahu lagi tentang ini.

"Dah kenal dua tahun, bercinta hampir setahun. Nanti bila dah sampai masa Irene bawa datang jumpa keluarga kita semua. Dia bukan tinggal dekat-dekat sini. Kenal dengan dia masa bercuti dengan Taeyong dulu. Jadi, jangan tanya apa-apa lagi, terima kasih." Laju Irene membuka bicara.

Terlepas tawa Puan Bae dan Taeyeon saat Irene memberi penjelasan tanpa di pinta. Pasti Irene malas nak melayan soalan yang mungkin akan ada mengarutnya.

"Okey, Irene naik atas dulu."

Tanpa tunggu lagi, Irene larikan diri.

DESTINY Where stories live. Discover now