BAB 4

8 2 10
                                    

Hai! Dah lama sangat rasanya saya tak update ff kan? Sorry, tak ada mood nak menulis sekarang, ada banyak benda berlaku seminggu dua ni.

"MULAI sekarang kau jangan telefon, cari, jumpa atau apa-apa lagi perempuan tu. Aku memang tak boleh dengan perempuan jenis tak pandai nak menghargai orang ni. Angin, tahu tak angin!" mana Taehyung tidak angin kalau sudah dia tangkap Jungkook masih cuba menghubungi Yeonjin untuk memujuk gadis itu untuk kembali kepadanya.

Dia bercekak pinggang di depan Jungkook yang langsung tidak memandang Taehyung. Pandangannya terarah pada telefon yang sudah gelap dengan sendirinya apabila tidak disentuh.

Telefon dalam genggaman Jungkook di rampas lalu membukanya. Nombor telefon perempuan seorang itu harus dihapuskan dengan kadar segera. Kenapalah dia tidak memadam sejak awal lagi, jika tidak pasti dia tidak akan melihat Jungkook sibuk ingin menghubungi perempuan itu.

"Nombor dia aku dah padam, kau jangan pandai-pandai nak cari balik! Kalau tak kau beli telefon sendiri!" Taehyung memberi amaran dengan nada ditekan.

Geram betul dia tengok Jungkook, sudah seperti orang tidak betul. Susah benar Jungkook mahu membuka mulut sekarang. Dia rindukan kawannya yang banyak celoteh dan suka tersenyum, bukan yang diam dan beriak kosong seperti ini.

"Lagi satu, sampai bila kau nak cuti ni? Kang kena buang kerja macam mana?" soal Taehyung.

Bulan ini saja entah berapa banyak kali si Jungkook sudah tidak masuk kerja. Nasiblah dapat bos yang baik. Kalau bos lain rasanya sudah lama Jungkook di tendang keluar.

"Aku ada duit pun untuk apa? Aku bukan ada tanggungjawab." Baru kini dia mendengar suara Jungkook.

"Amboi, senangnya kalau bercakap. Kau tu kena ingat keluarga kau kat kampung tu. Dia orang tu tanggungjawab kau, bukan perempuan tu!" saat ini seperti mahu sahaja dia cekik Jungkook.

Kecewa, kecewa juga tapi melampaulah kalau dah sampai lupa orang tua sendiri yang tinggal di kampung.

Jungkook pandang Taehyung. Ya, dia masih mempunyai keluarga untuk di jaga. Siapa lagi mahu menjaga mereka jika bukan dia, dia anak tunggal. Mana ada adik beradik lain. Dia meraup mukanya dengan kedua tangannya. Bagaimana dia boleh lupa tentang orang tuanya di kampung. Nampak sangat dia terlalu melayan perasaan kecewa. Nasib baik Taehyung mengingatkan dia tadi.

"Jungkook, dahlah tu fikir pasal dia. Dia tak ingat lagi pada kau. Cukuplah layan kecewa yang tak ke mana tu. Ramai lagi perempuan lain kau boleh jadikan isteri selain daripada dia." Kali ini Taehyung bersuara lembut memberi nasihat.

"Aku nak keluar sekejap. Kau berhenti fikir pasal perempuan tu, ada baiknya kau fikirkan keluarga kau."

Ikutkan dia tidak mahu tinggalkan Jungkook sendirian, tapi dia sudah berjanji jadi terpaksa jugalah dia keluar.
        
       
         
IRENE memasukkan begnya ke dalam kereta bahagian belakang lalu menutup rapat. Beberapa helai pakaian yang dia jual di masukkan ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu. Pakaian itu akan dia bawa pulang ke rumah keluarganya untuk diberikan kepada kakaknya.

Taeyong memandang dari rumahnya. Dia memuncungkan mulut kerana Irene mahu meninggalkan dia sendirian di sini untuk beberapa hari. Bosanlah dia nanti apabila pulang dari kerja. Tiada teman dia boleh habiskan masa bersama nanti. Terperuk sajalah dia di dalam rumah sementara Irene tiada di rumah. Bercakaplah dia dengan dinding rumah sendiri.

Irene toleh pandang Taeyong seraya ketawa kecil saat melihat muka Taeyong yang agak kelakar pada pandangannya.

Tawa Irene itu membuat Taeyong menjeling tajam.

"Kau tak payah nak gelak sangatlah. Nanti bila dah sampai jangan lupa telefon atau mesej aku. Ada apa-apa jangan lupa nak terus telefon aku, pandu kereta tu biar berhemah sikit. Jangan fikir nak sampai cepat je, nyawa kau tu bukan kebal." Pesannya prihatin.

Irene mencebik. "Aku tahulah. Kau tu jagq diri duduk sorang ni, jangan jadi orang gila pulak tak ada kawan nak bersembang macam selalu." Perlinya seraya mengenyitkan mata.

Taeyong buat gaya mahu termuntah.

"Okeylah, aku gerak dulu. Kang lambat pulak sampai rumah keluarga aku tu. Bising pulak diaorang aku sampai lewat,"

Taeyong mencebik menyampah. "Jangan nak over sangat boleh tak? Rumah family kau tu sejam berapa minit je dari sini. Cakap macam berjam-jam kena memandu. Pirahh!!!"

Meledak tawa Irene dibuatnya.

"Dah pergilah. Penat pulak aku tunggu kau nak bertolak pun."

Irene angguk beberapa kali. Sebelum tutup pintu kereta, sempat lagi dia melambaikan tangan pada Taeyong. Ala kadar saja Taeyong membalas lambaian tersebut.

DESTINY Where stories live. Discover now