Tangan diletakkan di bahu seakan-akan sedang berfikir. Senyuman nakal terbit di bibir. Kepala mengangguk laju. "Nak! Rasa macam best pulak ada orang rindu kita." Ketawa dilepaskan.

"Amboi! Syok eh gelakkan abang? Meh sini."

Naura yang melihat lelaki itu ingin menariknya pantas melarikan diri. Pintu bilik dibuka dan kaki melangkah menuruni anak tangga. Mujur saja dia tidak menanggalkan tudungnya lagi. "Tak dapat." Ejek Naura berlari ke dapur.

Tubuh tua Mak Ina yang berada di dapur itu dipeluk untuk melindungi diri. "Mak! Tolong!"

"Ya Allah! Budak-budak ni! Hey! Orang nak masak dia boleh main lari-lari pulak!" Marah mak Ina dengan nada yang dibuat garang.

"Abang tu kejar Ika." Adu Naura di belakang wanita itu.

"Ayden, sudah. Mak nak masak ni."

Naura berlari ke halaman rumah. "Love! Jangan lari!"

Naura menjelirkan lidahnya. Sekian lama mengejar akhirnya Rayqarl dapat menangkap tubuh Naura. "Nak lari mana hm?" Soal Rayqarl sebaik sahaja memeluk tubuh gadis itu. Naura ketawa bahagia. Petang itu, mereka meluangkan masa bersama keluarga.

Sungguh mereka rindu akan suasana seperti itu. Semua menayangkan raut wajah gembira. Mereka bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama dengan gadis itu lagi.

°•~━━✥❖✥━━~•°

HARI-HARI mereka dilalui seperti biasa. Mereka kini telah pulang ke rumah sendiri. Seperti biasa, Naura menyediakan sarapan untuk dia dan juga Rayqarl. Ada masa dia membuat lebih untuk bekal mereka.

"Abang... Petang ni kita pergi beli barang dapur nak?" Cadang Naura semasa di dalam kereta.

Kini, Rayqarl yang menghantar dan mengambilnya dari butik. Jimat minyak katanya.

"Boleh, love. Nanti love tunggu abang ambik tau." Jawab Rayqarl lembut.

"Memang lah tunggu abang. Kalau tak macam mana nak pergi?"

Rayqarl hanya menjeling manja isterinya di sebelah. Naura hanya ketawa. Sampai sahaja di hadapan butik itu, Naura pantas mencium tangan suaminya dan seperti biasa, Rayqarl akan mengucup dahi gadis itu. "I love you, my love," itulah ungkapan Rayqarl setiap hari.

"I love you more, abang." Balas Naura lembut. Dia melangkah turun dari kereta itu. Kakinya melangkah ke pintu butik itu. Rayqarl menunggu gadis itu masuk ke dalam sebagai langkah keselamatan. Setelah memastikan Naura masuk ke dalam butik, Rayqarl menekan pedal minyaknya membelah jalan raya.

PINTU pejabat itu ditolak perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi empuknya. Senyuman bahagia terlakar bibir. Haih... Tak habis-habis lagi angau mamat ni.

PAK!

Mejanya yang ditepuk kuat mematikan senyumannya. Pandangan dihalakan ke hadapan. "Korang ni asal? Tak reti ketuk pintu?" Soal Rayqarl geram akan sikap sahabatnya itu.

"Lahhh! Kitorang pulak kena? Kau tu yang dah kenapa gila. Kau kata kitorang tak reti ketuk pintu? Hey pakcik! Kitorang ni ketuk pintu tu macam nak pecah kau tau tak?" Bidas Harris.

"Entah! Tau lah tengah bahagia tapi time kerja tu kerja lah. Harris ni lagi 'pengantin baru' dari kau tapi takde lah angau macam kau." Tempelak Zafriel.

Rayqarl memandang Zafriel. "Kau jealous sebenarnya kan?" Kening dijongket berkali-kali.

"Takde masa lah aku nak jealous." Nafi Zafriel.

"Eleh! Mengaku jelah kau tu dengki sebab kau tak kahwin-kahwin lagi kan?" Celah Harris pula.

Zafriel hanya menjeling sahaja dua orang rakannya itu. "Dah lah! Daripada layan korang ni jom masuk meeting. Semua dah tunggu tu." Kakinya menapak keluar meninggalkan dua lelaki itu. Rayqarl dan Harris hanya ketawa melihat Zafriel. Mereka turut melangkah ke bilik mesyuarat.

PETANG itu, sebaik sahaja tamat waktu kerja, Naura mengemas mejanya. Beg tangan disangkut ke bahu. Dia melangkah keluar dari bilik kerjanya itu. Pintu bilik Raihah ditolak perlahan. "Kau lambat lagi ke balik Rai?" Soalnya memandang Raihah.

"Sikit lagi." Jawab Raihah sambil menyiapkan lakarannya.

"Kalau macam tu aku keluar dulu tau." Raihah mengangguk bersama senyuman. Naura melangkah keluar dari butik itu.

Baru sahaja dia menapak keluar, kepalanya dipukul dari belakang membuatkan dia jatuh ke lantai. Tubuhnya kemudian dicempung masuk ke dalam sebuah kereta. Beberapa minit kemudian, Rayqarl tiba di hadapan butik itu.

Rayqarl melangkah turun dari kereta. Kakinya melangkah masuk ke butik. Bilik Naura dituju. "Eh! Angah nak pergi mana tu?" Soal Raihah yang baru keluar dari bilik.

"Nak tengok Naura lah." Jawab Rayqarl lembut.

Raihah berkerut dahi memandang abangnya. "Ika bukan dah keluar ke?" Soal Raihah hairan.

Rayqarl menggeleng kepala. "Mana ada. Takde siapa pun kat luar tu."

"Eh... Dia dah keluar lah tadi angah. Baru je lebih kurang 10 minit lepas." Nyata Raihah membuat Rayqarl terkedu. Dia melangkah keluar dari butik itu.

Kiri dan kanan kawasan itu dipandang bersilih ganti. "Naura? Love?" Panggil Rayqarl melilaukan matanya mencari Naura.

Dia melangkah ke tepi bangunan itu memandangkan butik Naura terletak di bahagian paling hujung. Rayqarl tergamam tatkala melihat sebatang kayu yang mempunyai sedikit kesan darah dan sebelah kasut milik Naura menyapa pandangan. Kasut itu diambil. Mindanya ligat berfikir sebelum matanya membulat. Tangannya digenggam erat. "Tak guna!" Laung Rayqarl sedikit kuat.

"Angah, kenapa ni?" Soal Raihah yang risau setelah mendengar jeritan abangnya itu.

"Ikut angah balik rumah mama." Kakinya laju melangkah ke kereta sambil menarik tangan Raihah.

Raihah yang keliru hanya menurut sahaja suruhan abangnya. "Call along." Arah Rayqarl dengan suara yang tegas sebaik sahaja keretanya membelah jalan raya.

Raihah pantas mengeluarkan telefonnya. Nombor abang sulungnya didail. Simbol pembesar suara ditekan. "Hello. Han... Tolong cari Naura Han. Aku rasa dia kena culik." Ujar Rayqarl sebaik sahaja panggilan itu diangkat. Raihah yang mendengar kata-kata lelaki itu terkedu.

"Kau biar betul Ayden? Dah cari ke?" Soal Rayhan dengan nada terkejut.

"Aku dengan Raihah dah cari tapi dia takde!" Jawab Rayqarl membuat Rayhan terdiam. "Please Han. Tolong cari dia." Pinta Rayqarl lembut. Kereta itu memecut laju membelah jalan raya. Raihah yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri menahan rasa gerun melihat cara abangnya memandu.

"Slow lah sikit angah. Kang tak pasal-pasal kita yang gone." Ujar Raihah nanmun tidak dihiraukan. Raihah hanya memejam mata akur dengan tindakan abangnya itu.

VOUS DETESTWhere stories live. Discover now