VD | 42

6.3K 383 124
                                    

SUDAH dua hari Naura menghilang. Pihak polis tidak dapat menjejak keberadaan gadis itu dek kerana lokasi terakhir telefon itu adalah di butik Naura. Rayqarl tidak duduk diam memikirkan keselamatan Naura. Sekejap dia duduk sekejap dia bangun. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Naik pening orang yang melihatnya.

"Weyh! Kau ni tak reti duduk diam ke? Pening dowh aku tengok." ujar Zafriel.

"Entah angah ni. Cuba tenangkan diri tu." Raihah menggelengkan kepala memandang abangnya.

"Tenangkan diri? Korang nak aku tenangkan diri dalam keadaan bini aku kena culik? Tak tau dekat mana? Dengan sape? Makan ke tak? Okey ke tak? Macam tu korang nak aku relax? Korang tak risaukan dia ke? Kau Raihah! Tak risaukan dia? Dia tu kawan baik kau tau. Tak risau?" Wajah semua orang yang ada di ruang tamu itu diperhatikan. Raihah hanya mendiamkan diri.

Tengku Azlina bangun dan pergi ke arah anak keduanya itu. "Ya. Kitorang tau Ayden risau. Kitorang pun risau. Tapi kan Ashraf dengan Rayhan tengah cari lokasi Ika. insya-Allah kejap lagi kita tau kedudukan dia okey? Ayden kena banyak berdoa supaya Allah lindungi Ika tak kira kat mana pun dia. Okey?" Pujuk Tengku Azlina lembut. Belakang anaknya digosok perlahan. Rayqarl memandang mamanya dengan pandangan sayu.

"Han, Ash. Macam mana? Dapat kesan tak?" Soal Rayqarl sebaik sahaja nampak kelibat kembar dan rakannya itu. Mereka berdua hanya menggeleng. Rayqarl meraup kasar wajahnya. "Argh!!!" Dia menumbuk dinding yang berdekatan dengannya.

Rayhan yang melihat perbuatan adik kembarnya itu pantas menghalang. "Ayden sabar Ayden. Jangan macam ni. Ingat Allah," badan Rayqarl dipegang dari belakang. "Adik," Rayqarl yang mendengar panggilan itu pantas memandang Rayhan. Panggilan itu hanya digunakan untuk menenangkan atau memujuknya.

"Naura, bang. Isteri Ayden," airmata lelakinya menitis di pipi. Panggilan Rayqarl juga turut berubah. Itulah panggilan yang mereka gunakan apabila salah seorang dari mereka bersedih. Rayhan yang melihat Rayqarl menitiskan airmata turut berasa sebak.

"Ya. Abang tau. Tapi Ayden tak boleh macam ni. Sepatutnya kita kena cari jalan macam mana nak selamatkan Ika. Pape pun kita doa je supaya dia selamat. Okey? Jangan macam ni," tubuh Rayqarl dipeluk dan bahu lelaki itu diusap perlahan. Rayqarl masih teresak-esak di bahu Rayhan. Mereka yang melihat turut berasa kasihan dengan Rayqarl.

Bunyi telefon yang berdering itu menyentakkan semua orang. Tanpa melengahkan masa Ashraf menjawab panggilan itu. "Hello. Macam mana?" Sapa Ashraf.

Mata dialihkan memandang yang lain. Selama beberapa minit berbual di talian, Ashraf menamatkan panggilan dan bergerak ke arah yang lain semula.

"Okey. Kitorang dah tau location Ika," Rayqarl memandang sahabatnya itu.

"Dia dekat mana? Dia selamat ke?" Soal Rayqarl risau.

"Dia selamat. Dia ada dekat satu bangunan lama tak jauh dari sekolah kita dulu. Kat situ ada tiga orang. Ika, sorang perempuan dan sorang lelaki." Terang Ashraf.

"Jomlah kita selamatkan dia cepat," ajak Rayqarl.

"Sabar dulu Den. Kita kena plan betul-betul sebab..." Pandangan Ashraf dihalakan memandang yang lain.

"Sebab apa?" Desak Rayqarl.

"Sebab... Penculik tu ada senjata api," kenyataan yang dikeluarkan Ashraf membuatkan semua orang semakin risau. Rayqarl meraup kasar wajahnya sebelum bangun dan mengurut dahi dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mencekak pinggang. Airmata mengalir semakin deras.

"Then, apa plan kita sekarang ni?" Soal Rayqarl lemah. Mata memandang Ashraf dengan pandangan sayu.

"Okey. Macam ni," langkah dibawa merapati Rayqarl dengan yang lain.

VOUS DETESTWhere stories live. Discover now