"Perempuan lain yang kau hancurkan tapi kenapa perempuan lain yang kau bahagiakan? Jawab Thaqif.."

"Cukup Najla.." Berat nafas Thaqif terhembus, kaki berundur beberapa tapak kebelakang. Dadanya rasa sempit dengan berbagai perkara.

"Jangan ganggu Safa,, itu je yang aku minta dari kau." Sebaik menutur ayat itu Thaqif berpaling dan melangkah pergi dengan gigi diketap kuat.

Buk!

Bunyi seseorang terduduk buat Thaqif berpaling separuh.

"Kau jahat Thaqif.. Kau jahat pada aku.. tsk tsk.." Esakan Najla kedengaran kuat. Langkah Thaqif berhenti seketika.

Mulut terbuka menarik nafas dalam. "Aku tak sama, aku bukan Thaqif yang dulu. Maafkan aku Najla." Sebaik mengungkap ayat itu Thaqif melangkah pergi tanpa berpaling lagi. Itu lebih baik untuk menjaga hatinya.

BUNYI pintu kereta dihempas kuat buat Safa yang jauh termenung sambil mengusap perutnya tergamam. Bulat mata melihat Thaqif sudah disebelah dengan wajah kusut seperti orang mati anak.

Baru sahaja dia ingin menegur sekali lagi Safa tersentak.

Buk buk buk!!

"Kau dah kenapa?" Terkebil-kebil Safa dibuatnya melihat Thaqif menghentak dahi di stereng kereta secara mengejut.

"Thaqif!" Baru sahaja lelaki itu mengangkat wajah mahu menghentak dahi ke stereng kereta. Laju Safa melekap tapak tangan di dahi suaminya. Cukup buat Thaqif diam menghentikan tindakannya tadi.

"Kau kenapa? Janganlah macam ni.." Mungkin emosi ibu mengandung yang sekarang agak berterabur. Cepat sahaja mata Safa berair melihat keadaan suaminya.

"Safa.." Seperti kembali ke alam nyata. Thaqif sedikit tergamam melihat Safa disebelah. Kenapa dia boleh lupa isterinya ada di dalam kereta?

Terketar-ketar tangan naik menyentuh pipi isterinya. Bibir turut bergetar melihat air mata Safa yang sudah mengalir jatuh kepipi.

"Safa.."

"Ya aku kat sini.. tsk tsk.. Kau kenapa? Kenapa kau takutkan aku.." Teresak-esak membalas buat Thaqif teguk air liur lantas menarik wanita itu ke dalam pelukan. Mata dipejam rapat memadam segala bayangan silam. Gigi pula diketap dengan nafas ditarik dalam.

"Kenapa..."

"Stop.. Jangan tanya kenapa lagi." Celahan Thaqif buat Safa terdiam membiarkan Thaqif mengusap-ngusap belakangnya. Apa yang berlaku pada lelaki itu sebenarnya? Siapa perempuan yang dikejar Thaqif tadi?

Apa yang mereka bualkan sampai Thaqif jadi seperti sekarang?

"Maaf Safa. Aku buat kau risau." Thaqif lerai pelukan, mata redup menatap jauh ke dalam mata isterinya.

"Kau menangis." Tercebik-cebik bibir wanita itu sambil tangan naik mengusap air mata Thaqif dipipi.

"Kau pun." Ibu jari Thaqif bergerak mengelus pipi tembam isterinya. Senyuman terukir dibibir buat isterinya.

"Aku pregnant memang lah aku sensitif. Kau pun satu buat aku terkejut!" Marah Safa.

"Maaf.. Sorry baby. Papa buat awak terkejut." Dari mengusap pipi tembam isteri, tangan Thaqif turun menyentuh perut isterinya.

"Kenapa aku tak dapat layanan yang sama Thaqif. Kenapa kau bagi aku duit untuk gugurkan anak kau sendiri?"

Kata-kata tadi kembali bergema di ruang memori buat Thaqif kaku menatap perut Safa. Mata lelaki itu turut membesar,  sakit yang cuba dibuang kembali menyerang.

"Thaqif.." Safa sentuh bahu suaminya.

"Y-ya? Kau ada nak apa-apa sebelum kita balik?" Thaqif menyoal, lihat dari gaya lelaki itu betul-betul sedang mengawal riak wajah.

"Tak. Aku terus nak balik. Rehat." Ringkas Safa membalas.

"Okay." Dan seperti biasa, riak wajah Thaqif cepat terkawal dalam beberapa saat. Entah apa agaknya sedang difikirkan lelaki itu.

"Safa?" Sambil menarik tali pinggang untuk isterinya. Thaqif menyeru.

"Ya?"

"Jaga anak kita baik-baik." Thaqif sentuh perut Safa kembali.

"Kau dah kenapa? Mestilah aku jaga." Safa tergelak kecil cuba membuang kejanggalan.

"Thank you." Thaqif senyum tipis lantas berpaling kehadapan.

Safa hela nafas berat. kepalanya mula berperang dengan persoalan. Patutkah dia ambil tahu? Atau biarkan sahaja ia tinggal sebagai persoalan. Dia cuma takut jawapan kelak akan menyakitkan dia. Tapi..

Safa berpaling memandang Thaqif yang sudah memulakan pemanduan.

Dia cuma ingin tahu.. Apa ada dihati lelaki itu.

•••

"Kau rasa kau layak ke dapat kesakitan ni Najla?" Soalan seseorang buat Najla yang masih terduduk berpaling. Air mata yang tadi mengalir dipipi diseka dengan jari.

"Apa yang aku mampu buat lagi Azrul. Aku cuma wanita murahan dimata dia.. Sakit manapun aku, dia tak akan pernah faham." Najla bangun menarik nafas dalam. Mata dipejam cuba memupus rasa sakit.

"Kau patut tuntut hak kau. Kesakitkan kau perlu berbayar. Hidup kau yang hancur tak ada gantinya lagi Najla.. Sebab tu aku jemput kau datang untuk bagi peluang pada kau dapatkan hak kau lagi."

"Tapi dia dah beristeri.."

"Kau sepatutnya yang dijadikan isteri, kalau dia mampu layan isteri dia sebaik sekarang. Aku yakin Thaqif mampu bertanggungjawab dengan hidup kau."

"Percayalah.. Dia lelaki yang cepat rasa bersalah, dia masih lelaki naif yang berusaha untuk raih kemaafan kau." Azril senyum ikhlas buat Najla diam merenung lelaki dihadapannya.

"Gunakan semua tu sebaik mungkin. Kau berhak untuk ada kehidupan yang sempurna. Dan Thaqif akan datang pada kau, untuk selamanya..."

Tempat SempurnaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon