Sempat Auliya ketawa melihat chat yang di hantar oleh Faliq. Haih Faliq ni ada-ada je lah.

'Kahwin lah cepat. Siti masih single tu' balasnya.

Selepas itu dia terus keluar dari aplikasi berkenaan. Kini Aplikasi instagram pula di tekan.

Setelah beberapa minit meluangkan masa bersama aplikasi itu dia melihat jam. Sudah jam 7.45 pagi.

Dia segera mengejutkan Fayadh yang masih lena.

Fayadh bangun dari tidurnya dan terus pergi ke bilik air. Auliya pula bangun untuk menggosok baju Fayadh.

Ni semua salah Fayadh. Tengok sekarang ni dah kelam-kabut.

Baju kemeja berwarna putih di gosok kemas. Setelah itu dia letak di atas katil dengan rapi.

Kaki berjalan menuju kearah ruang pakaian di bilik besar itu.

Kot berwarna biru tua di ambil begitu juga dengan sehelai seluar yang sudag siap digosok olehnya kelmarin.

Dia meletakkan baju yang perlu di pakai oleh Fayadh di atas katil sebelum keluar.

Dia pergi ke bilik sebelah. Dia juga perlu mencuci muka dan memberus gigi.

Setelah itu, dia turun ke dapur untuk membuat sarapan.

Jam di dinding di pandang.

Sudah pukul 8.10 a.m.

Alamatnya lambat sampai office lah laki aku hari ni. Haih. Apa punya bos lah.

Auliya hanya sempat menyediakan roti telur untuk suaminya hari ini. Takpelah lunch nanti dia masak special untuk Fayadh. Boleh tak macam tu?

Hot chocolate di letak di sebelah pinggan.

Dia melihat Fayadh turun dengan tergesa-gesa sambil memakai tie di leher.

Dia duduk dan makan dengan cepat. Sesekali melihat kearah jam di tangan.
Walaupun dia tahu dia sudah betul-betul lambat.

"Tu lah. Tadi saya kejut awal-awal tak nak" ujar Auliya.

"Hehe. Takpe, Saya kan CEO. Takde yang nak marah pun saya datang lambat. Sayang je yang marah" sengih Fayadh.

"Memanglah saya marah, awak tu mana boleh suka-suka je datang lewat. Tak elok pekerja nampak nanti" dah mula dah Auliya ni nak membebel.

"Sorry okey. Saya penat lah. Entah kenapa. Dua tiga hari ni rasa macam nak tidur je" ujar Fayadh.

"Awak penat sangat lah kot. Jangan kerja kuat sangat"

"Okey sayang"

"Dah 8.30 dah ni. Cepatlah pergi kerja tu" halau Auliya.

"Nak halau ke macam mana ni" Fayadh tunjuk muka tak puas hati.

"Bukanlah abang sayang, awak kan dah lambat. Nanti masa lunch saya datang office awak okey" ujar Auliya.

"Ye lah kalau macam tu, sayang awak ni nak jalan dulu tau. Salam" Fayadh menghulurkan tangannya.

Auliya mengambut salaman itu.

Fayadh senyum manis.

Auliya menghantar suaminya sehingga ke depan pintu. Menunggu sehingga Fayadh keluar dari perkarangan rumah mewah itu.

Dia melambai kearah Fayadh.

Haihlah Fayadh. Pelik-pelik je dua tiga hari ni. Mengada pun ada. Rasa macam nak hempuk je kepala dia.

Mana entah Fayadh Omar yang dia kenal dulu. Garang, muka ketat, tak suka layan orang. Mana perginya perangai dia tu dulu.

*****

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now