Bab 38

12.6K 412 16
                                    

Hari ini, Auliya dan Fayadh pergi kerja seperti biasa. Pergi berasingan.

Puas juga Fayadh memujuk Auliya supaya pergi bersamanya. Tetapi Auliya menolak. Katanya dia belum sedia jika semua pekerja di syarikat Fayadh tahu tentang mereka berdua. Dia masih belum sedia fizikal dan mental untuk menjawab semua soalan yang ada di tanya oleh mereka semua. macam dia tak tau staff dekat sana tu macam mana. Kalah wartawan tau.

Auliya sudah keluar lebih Awal dari Fayadh. Selepas mereka bersalaman Auliya terus keluar.

Fayadh turun dari tangga. Kaki menapak ke arah dapun. Melihat sarapan yang sudah terhidang membuatkan dia tersenyum bahagia.

Seperti biasa ada nota yang ditinggalkan oleh Auliya untuknya.

Nota yang melekat pada cawan yang berisi ice chocolate itu dicabut. Dia membaca sambil tersenyum.

'Jangan lupa sarapan! See u!'

selepas membaca nota itu dia lipat kepada dua bahagian dan kemudian memasukkan di dalam poket suit kelabunya. Dia mula menikmati sarapan dengan penuh selera. Haih untungnya badan dapat isteri pandai masak ni.

****

Auliya sampai di hadapan bangunan tempat kerjanya. Kaki melangkah masuk.

Dia menapak ke arah Lift. Butang anak panah keatas di tekan. Sedang sibuk dia menunggu, Handphonenya berdering.

Nama Aziz tertera pada screen. Butang hijau ditekan.

"Haa kenapa Aziz?" Auliya memulakan perbualan. Takde angin takde ribut tiba nak call dah kenapa.

"Amboi garangnya. Asal? salah ke aku call? eleh" balas Aziz dari dalam talian.

"Dah kau call aku pagi-pagi macam ni tu yang aku marah. Orang semua nak pergi kerja tau" Kata Auliya. Tak pasal-pasal Aziz kena dengar ceramah dia pagi-pagi ni.

Lift terbuka. Dia menapak masuk ke dalam. Butang tingkat 7 di tekan. Setelah itu pintu Lift kembali tertutup.

"Ala sorry lah. Ni aku nak ajak kau lunch nanti boleh tak?" Tanya Aziz.

"Amboi kenapa tiba-tiba nak ajak aku lunch pula ni. Haritu sekali je kau ajak aku lepas tu senyap. Kurang asam kau kan" Kata Auliya.

Aziz tergelak.

"Sorrylah. Oh ya lunch kali ni bukan biasa-biasa tau. Aku ada kejutan boek punya untuk kau. Aku yakin kau mesti terkejut punya! Aku dah lama plan benda ni untuk kau tau" Kata Aziz. Hal itu membuatkan Auliya semakin tertanya-tanya.

"Kau biar betul. Kalau kau macam-macam siap eh. Aku hempuk kepala kau" Auliya memberi amaran.

"Aku yakin kau mesti tak sempat nak hempuk kepala aku sebab kau dah hempuk kepala orang lain dulu" Auliya kerut dahi. Apa ni? orang lain? Tak fahamlah.

"Okey will see my friend. Siap eh kalau pelik-pelik" Kata Auliya.

"Ye. Jangan lupa tau. Nanti aku jemput" Kata Aziz.

"Ehh tak payah. Nanti kau bagi location, Aku pergi sendiri" Cari nahas ke apa biar Aziz jemput dia kat sini. Kalau Fayadh nampak confirm ada perlawanan WWE kat depan bangunan ni.

Selepas sahaja panggilan tamat, pintu lift terbuka. Dia berjalan kearah meja kerjanya.

Siti dan Faleq dari depan lagi melihatnya berjalan sampailah dia duduk di meja.

Love You Mr Hot (Completed✔)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن