Bab 62

12.4K 404 23
                                    

2 bulan berlalu, Keadaan sudah kembali seperti sedia kala.

Bahagia.

Auliya sudah pun berhenti kerja di hotel dan mengikut Fayadh pulang semula ke rumah.

Kakinya juga sudah pulih.

Tetapi Fayadh masih tidak membenarkannya untuk berkerja di mana-mana syarikat walaupun syarikatnya sendiri. Dia mahu Auliya berehat.

Haih bosannya!

Lama dia termenung melihat syiling rumah mewah itu.

Kepala berpusing melihat Fayadh yang masih tidur di sebelah. Lelaki itu sedang memeluknya erat. Kepala pula dilentokkan di atas bahu Auliya.

Dia nak bergerak sikit pun tak boleh.

Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

Muncul idea jahat untuk mengenakan Fayadh.

Handphone di atas meja sebelahnya dia capai.

Dia menekan butang camera. Beberapa keping gambar Fayadh sedang tidur dia ambil.

Dia menahan ketawa melihat semua gambar suaminya bagitu.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Dia pergi ke bahagian Status. Sekeping gambar Lelaki itu sedang tidur lena di bahu Auliya ditekan.

Auliya menaip caption.

'Good morning from your bos😜'

Sempat dia ketawa sebelum menekan butang send.

Dia dah lah bagi tengok status dia dekat semua staff di syarikat. Takpelah.

Dia memang nak tunjuk dekat diorang semua pun. Jahat tak Auliya?

Handphone di letak semula di atas meja.

Rambut Fayadh diusap. Tidur lelaki itu nampak sedikit terganggu.

"Sayang, bangunlah. Awak nak pergi kerja kan harini" kejut Auliya.

"Emmm" itu sahaja suara yang keluar dari mulutnya.

"Sayang, bangunlah" Auliya menepuk bahu Fayadh perlahan.

"Dah pukul berapa?" Katanya dengan suara garau. Mata masih terpejam.

"7.30 pagi dah ni. Lagi 30 minit nak masuk office"

"Lama lagi. 7.45 kejut saya okey" kata Fayadh lalu dia senyap. Sambung tidurlah tu.

"Saya tak buat sarapan lagi tau. Baju awak tak gosok lagi. Lepas tu...." ayatnya terhenti apabila Fayadh menutup mulutnya.

"Shuuu, sokey, saya kan bos, datang lewat takde siapa nak marah. Awak boleh sambung tidur" kata Fayadh. Matanya masih terpejam. Dia pula yang menepuk bahu Auliya perlahan.

Fayadh masih memeluknya erat.

Auliya tepuk dahi. Sejak bila pula dia yang nak tidur. Sabar je lah.

Dia kembali memganbil handphonenya di sebelah.

Aplikasi WhatsApp ditekan. Ada beberapa chat yang masuk.

Nama Siti ditekan.

'OMG bos HAHAHA' dia membalas kepada status yang Auliya hantar tadi.

'Bos korang ni masuk lambat sikit. Kau tengok la tu masih kat dalam alam di sebalik mata' balas Auliya.

Ada beberapa lagi chat dari staff lain. Semuanya menghantar emoji ketawa kapadanya.

Nama Faliq pula di tekan.

Dia juga membalas status yang Auliya hantar tadi.

'Dah lah aku pun nak kahwin lah kalau macam ni🙃'

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now