Bab 15

209 14 5
                                    

"Sha! Nesyha Riana! Tunggu!" Jeritan seseorang menghentikan langkah Nesyha dan Farhan yang baru sahaja mahu melangkah kembali ke dalam restoran itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sha! Nesyha Riana! Tunggu!" Jeritan seseorang menghentikan langkah Nesyha dan Farhan yang baru sahaja mahu melangkah kembali ke dalam restoran itu.

Nesyha memalingkan kepala melihat gerangan yang memanggil. Automatik senyumannya terpadam melihat Danial yang berada di sebelah Diana. Fikirannya teringat akan ucapan Danial dahulu.

"Aku nak terangkan dekat kau ni. Jangan lari. Encik Farhan, sila masuk dahulu," Diana mengarah.

Farhan memandang Nesyha sekilas sebelum melangkah masuk ke dalam restoran kembali tanpa berkata apa-apa.

"Jangan cakap apa-apa pasal luahan abang kau haritu." Awal-awal Nesyha memperingat Diana agar tidak mengungkit hal tersebut.

"Ini bukan macam yang kau bayangkan. Abang, cepat terangkan!" Diana menolak-nolak bahu abangnya untuk menceritakan hal sebenar.

"Fine! Nesyha, abang nak minta maaf. Abang tanya macamtu untuk cubaan sahaja. Sebenarnya abang nak luah dekat rakan kerja abang. Sebabtu abang berlatih dekat Sha dulu. Sorry ye, Sha." Danial senyum kekok.

Nesyha sudah menepuk dahu sendiri. Banyak betul hal tak sangka berlaku.

"Dah kenapa abang tak bagitahu? Kan Sha dah salah anggap. Tak pasal-pasal Nesyha hampir nak benci abang dulu tau," ujar Nesyha.

Danial ketawa. "Kalau abang bagitahu, tak adalah reaksi spontan tu. Tak sangka kena tolak. Janganlah kawan abang tu tolak. Murung setahun kalau dia tolak," ujar Danial.

Diana menepuk bahu Nesyha. "Itulah kau, abang aku baru nak bagitahu hal sebenar, kau dah lari. Padanlah muka. Jangan risau. Aku dah penampar, penumbuk abang aku ni dah haritu," ujar Diana lalu menepuk dada bangga.

Nesyha ketawa lalu terus memeluk tubuh Diana. "Rindunya kau nii!"

"Gila ke? Tadi baru je jumpa, kan?" Diana menyoal dengan kerutan di dahi.

"Tadi jumpa dengan perasaan yang tak sedap. Sekarang jumpa dengan perasaan senang. Lain tu!" Nesyha berkata lalu ketawa.

Diana menggeleng kepalanya. Dia terus menarik tangan rakannya lalu masuk ke dalam restoran itu.

"Hai Encik Farhan, Izdan! Eh Reyhan pun ada? Hai!" ramah Diana menegur.

"Kau dah kenal Izdan?" Nesyha menyoal.

Diana mengangguk kepalanya. "Aku yang bagitahu dia kena buat kerja apa tadi."

Nesyha mengganguk paham. Matanya memandang wajah-wajah yang berada di kedai itu. Asalnya mahu bertiga sahaja tiba-tiba jadi berenam pula.

"Assalamualaikum! Reyhan mana Reyhan!" jeritan seseorang membuatkan keenam mata memerhati gerangan itu.

"Ibu!" Nesyha menjerit lantang. Terkejut bukan main dia apabila melihat susuk tubuh ibunya disitu. Lantas, Nesyha berlari menuju ke arah ibunya.

"Ibu buat apa dekat sini?" Nesyha bertanya pelik.

"Adik kamu tulah. Kata nak buat kerja sekolah dekat sini juga, tetapi ni tengoklah. Beg kerja sekolah tak bawa pun," Ibunya mengadu. Di tangannya terdapat satu beg sederhana berisi beberapa buku tulis.

Nesyha mula mencari kelibat adiknya di segenap ruang kedai tersebut. Susuk tubuh adiknya sudah tiada. Barangkali sudah pecut melarikan diri apabila ibunya datang.

"Ada jamuan apa ramai-ramai ni?" Ibu Nesyha bertanya lagi.

"Nak makan je. Tapi tiba-tiba jadi ramai pula," Nesyha menjawab sambil tersengih.

Ibu Nesyha hanya mengangguk kepalanya faham. Wajah seorang demi seorang yang berada di kedai itu ditatap.

"Ni anak ni nama apa?" tanya ibu Nesyha. Jari telunjuknya dihala kepada Irdan yang leka bermain telefon pintarnya.

"Saya Izdan Haidar. Pekerja baru di tempat yang sama dengan Nesyha," laju Izdan membalas.

Ibu Nesyha mengangguk kepalanya. Niatnya yang hendak mencari anak terunanya itu terbantut apabila Irdan kembali bersuara.

"Saya sebenarnya doktor di klinik. Saya kerja separuh masa dekat pasar raya tu sebab nak cari duit lebih. Saya nak kahwin dah ni. Mak mentua saya minta hantaran 10k mak cik! Boleh mati saya dibuatnya." Tanpa diminta, Izdan membuka cerita sendiri.

"Nasib baik," gumam Farhan perlahan. Buat penat sahaja dia cemburu akan lelaki itu. Rupanya dah nak berkahwin. Sekarang, tiada sudah saingannya!

"Maaf, tapi mak cik tak tanya," selamba ibu Nesyha membalas. Mata masih melilau mencari Reyhan yang bersembunyi entah dimana.

Laju Nesyha mencubit tangan ibunya lembut. Kemudian, dia ketawa kekok.

"Samalah bro! Aku nak kahwin juga. Cuma aku baru proses nak melamar," Danial berkata pula.

Izdan sudah berdiri. "Proses tu memang menakutkan! Takut perempuan tu tolak je. So, kau kena romantik sikit. Baru dia cair," ujar Izdan memberi cadangan.

Danial sudah mengangguk kepalanya faham. Dapat ilmu baru!

"Reyhan! Ibu bilang sampai tiga. Kalau Reyhan tak datang juga, ibu tak benarkan Reyhan kerja dah," ugut Ibu Nesyha.

"Satu"

Baru Ibu Nesyha mahu menyebut nombor dua, susuk tubuh Reyhan yang masih memakai apron itu berjalan pelahan merapati ibunya.

"Larikan diri ye?"

"Tak ibu! Tadi kucing tersesat. Reyhan tolong dia je," Reyhan menjawab laju.

Ibunya hanya mampu menggelengkan kepalanya. Mata memerhati pula Farhan dan Nesyha yang langsung tidak bercakap.

"Farhan dan Nesyha ada masalah ke?"

Serentak Farhan dan Nesyha menggeleng kepala mereka sambil menyebut 'tiada'.

"Pergilah bincang dulu. Jangan bergaduh macamni. Tak baik. Reyhan, kamu pergi teman kakak kamu," ibunya mengarah.

Reyhan tersentak. "Tapi, Reyhan nak kerja," kata Reyhan.

"Ibu tolong buat kerja kamu tu. Mari sini apron kamu. Nadia tak kisah kan?" Wajah berkerut Nadia dipandang pula.

"Eh tak kisah pon mak cik. Saya lagi suka!" Nadia berkata teruja.

Ibu Nesyha dan Reyhan menggangguk kepalanya. "Ha tunggu apa lagi. Pergila."

Dengan langkah malas Nesyha bergerak keluar dari kedai itu. Wajah Danial dan Irdan yang rancak berbual dipandang sekilas. Sempat dia melambai kepada Diana yang leka bermain telefonnya.

"Jom ikut aku," arah Farhan.

C | Ria, Jom Kahwin!Where stories live. Discover now