bab 50 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Doktor Alisha mengangguk.

"Alhamdulillah, Nash!"Datin Anna sudah menarik Adrian kedalam pelukan hangatnya.Syukur kepada hadrat ilahi, keturunannya bertambah lagi hari ini!

"Jaga isteri encik baik - baik tau? Sebab sekarang ni, kandungan puan Arin masih berada dalam fasa yang lemah.Jangan biarkan dia buat kerja yang berat - berat, dan yang paling penting jangan sampai isteri encik terjatuh.Encik faham juga kan apa yang saya sampaikan?"panjang lebar doktor Alisha menerangkan.Dari apa yang dia nampak, pesakitnya itu baru pertama kali mengandung.Jadi tidak salah jika dia memberi sedikit penjelasan buat suami gadis itu.

"Sure..Thanks again, doctor."

Doktor Alisha menganggukkan kepala sebelum beredar dari situ meninggalkan satu keluarga itu.Kerjanya sudah selesai.

"Kak Nasha, apa yang doktor tu cakap? Kitaorang tak reti lah bahasa alien ni!"

"Haah, entah apa - apa je dia cakap!"

Nasha melepaskan keluhan sebaik mendengar pertanyaan dari Black dengan Mark itu.Setahunya bahasa yang digunakan oleh doktor tadi sangat mudah difahami.Boleh pula dua ekor ni tak faham kan?Susah sangat kalau dah sengal ni!

"Tu bukan bahasa Alien! Tapi kau yang sengal tahap abadi..Punyalah senang nak faham apa doktor tu cakap..Carlos, kau terangkan dekat diorang ni..Buat habis liur aku je nanti menerangkan."kutuk Nasha sebelum berpeluk tubuh.Cakap doktor pun tak boleh faham, apa lagi dia yang hanya kerja menghabiskan duit suami ni..Hisy!

Carlos memandang wajah Black dengan Mark.Masing - masing menayangkan wajah ingin tahu.Satu keluhan terlepas dari mulutnya.

"Puan mengandung."

Black dengan Mark berpandangan antara satu sama lain.Kerutan pelik masih terukir pada wajah mereka.

"Mengandung? Mengandungi apa?"

"Aku tahu isi kandungan je lah!"

Carlos menggeleng kepala.Sah, dua lelaki itu tidak pergi sekolah waktu kecil! Tch..

"Pregnant! Pregnant you know?!"terang Carlos dengan nada yang tinggi.Beberapa orang lain yang turut ada dikawasan itu sedikit tersentak.

"What?! Puan preggy?"

"Tuan Adrian dah nak ada junior?!"

Adrian, Carlos, Datin Anna dan Nasha sudah menggeleng kepala.Satu keluhan berat meniti mulut mereka melihat aksi 'kepintaran' dua orang lelaki itu.

✪✪

"Daddy, Bella tetap nak kahwin dengan Nash..Bella tak kisah!"tegas Bella sambil bercekak pinggang dihadapan kedua orang tuanya.Wajahnya dipasang riak serius.

Dato' Badrul dan Datin Arissa hanya mampu menggeleng sambil mengeluh.

"Tak boleh, Bella..Kamu kan tahu juga yang Nash tu dah berumah tangga? Takkan kamu nak kahwin dengan dia juga? Masih banyak lelaki lain dekat luar sana..Kenapa nak Nash juga?"ujar Datuk Badrul bersama pandangan lembut nya.Dia pun baru tahu sebenarnya tentang perkahwinan anak kawannya itu.Kalau tidak, dia pun ingin Bella dan Nash berkahwin memandangkan dia dengan papa lelaki itu ialah kawan baik.

Tapi nak buat macam mana lagi kalau Nash sudah mempunyai isteri? Takkan dia rela Bella jadi isteri kedua? Ayah mana saja yang sanggup berbuat sedemikian?

Bella mendengus kasar.

"Susah sangat ke daddy nak faham cakap Bella ni? Bella dah tak kisah kalau jadi isteri kedua ke, ketiga ke, atau keempat sekalipun, Bella tetap nak kahwin dengan Nash!"bentak Bella dengan wajah yang merah menahan geram.

Geram bila daddy dan mummynya sudah tidak mahu dia berkahwin dengan Nash!

Ergh!

"Tak boleh, sayang..Berdosa besar tau jadi penganggu masjid orang! Bella nak ke jadi orang macam tu? Tak pe, kawan - kawan mummy masih ada banyak anak bujang.Semuanya kacak macam Nash.."

Bella mengusutkan rambutnya.

"Mummy faham tak?! Bella cuma nak Nash jadi suami Bella! It means, Bella tak nak lelaki lain! Hisy, bahasa apa lagi yang Bella patut guna ni supaya korang faham? Bahasa orang tua?!"tepi sofa yang berada dibelakangnya itu disepak - sepak kuat.Dia sudah seperti orang gila!

Dato' Badrul dan Datin Arissa jelas terkejut dengan tindakan agresif serta kata - kata biadap dari anak mereka itu.

"Bella, kamu dah kenapa ni? Kamu tahu tak kamu dah melebih sekarang ni?"

Bella memandang wajah Dato' Badrul.

"Bella jadi macam ni sebab korang tak faham apa yang Bella cakap! Boleh tak ikut cakap Bella sekali ni aje?!"

Dato' Badrul sudah berdiri.Marahnya tiba - tiba datang menyerang diri.Dia tidak suka perangai Bella yang begini!

"Kamu cakap begitu, macam kami ni tak pernah ikut cakap kamu! Kamu tahu tak selama ni semua cakap kamu tu kami ikut, dan bila benda buruk terjadi, kamu mulai salahkan kami! Daddy tak kisah, kalau kamu berkeras juga dengan kata - kata kamu tu, jangan hairan kalau kad kredit dengan kereta Bella daddy tarik semula! Ingat, Daddy berhak ajar kamu!"hambur Dato' Badrul sebelum beredar dari situ.Kalau lama - lama dia disitu, boleh sampai tangannya pada wajah anak gadisnya itu.

Bella pula menjadi kelu.Dia seperti baru tersedar dengan semua yang dia katakan tadi.Oh my god, kalau daddynya kotakan katanya, memang merempat dia!

"Bella, fikir - fikirkanlah nak."pesan Datin Arissa sebelum turut berlalu pergi dari situ.Dia pun sudah tidak tahu mahu cakap apa lagi dalam kes itu.

"Ergh! Rosak plan aku, shit!"















Adrian's junior is coming!
Btw, kesiankan daddy dgn mummy Bella? Ish ish ish ◖⚆ᴥ⚆◗

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️




LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now