Zenmaru menjadi bingung..

"Dah takde yang tanya." Jawab Zenmaru tanpa rasa bersalah.

Raizo menampar dahi nya sendiri..

"Macam mana kerajaan ni nak sediakan hunters yang sama banyak macam tu kalau kau tak cakap awal awal. Kerajaan ni mana ada hunters sampai cecah 350 000!!" Ucap Raizo.

"Aku tahu lah. Sebab tu aku sendiri latih korang." Balas Zenmaru.

"Kau tahu, habis tu kenapa tak bagitahu awal awal. Kalau macam ni kita dah kalah jumlah dah." Kata Raizo lagi. Dia mula menampakkan sifat kepimpinan nya sebagai seorang Putera dan bakal pemimpin kerajaan..

"Jumlah tak penting, yang penting kualiti." Kata Zenmaru dengan bangga nya.

"Kualiti? " Tanya Asyura kebingungan.

"Kekuatan korang berlima paling penting dalam peperangan ni, kalau korang berlatih lagi, mungkin korang berlima sapat kalahkan 30% musuh." Kata Zenmaru.

"Kitaorang berlima? Mustahil lah..." Kata Shiro.

"Dengan adanya aku, takde yang mustahil." Ujar Zenmaru dengan riak dan bangga.

"Eh sempat pula dia riak." Ujar Asyura.

"Tapi.. macam mana dengan iblis tingkat tinggi yang setara dengan kau? Dan yang lagi tinggi dari kau? Tak mungkin kitaorang dapat lawan, kau pun dah takde kekuatan kau kan." Kazuke mula bersuara.

"Aku yakin dorang takkan tunjukkan diri masa peperangan tu nanti, dan harus aku akui.. mustahil ada yang dapat kalahkan Raja iblis tingkat tinggi tu kecuali dengan cara penyegelan." Ungkap Zenmaru.

"Penyegelan? Macam yang puteri Hwayuki buat kat kau?" Tanya Asyura.

"Iya, nanti aku akan cakap kat Tuan Kagura untuk kumpulkan hunters penyegel." Kata Zenmaru.

"Kau betul betul ke nak selamatkan kerajaan ni?" Tanya Sai.

Zenmaru tersentak..

"Aku buat semua ni demi Hwayuki.." jawab nya.

"Kenapa?" Tanya sai lagi.

Zenmaru diam seketika..

"Kau jatuh cinta dengan Puteri Hwayuki ke?" Tanya Asyura selamba membuat mata Zenmaru terbeliak..

Wajah nya merona membuat mereka faham..

"Uuu Raja Iblis jatuh cintaaa...." Ejek Asyura.

Yang lain hanya menahan tawa membuat Zenmaru malu..

"Dah dah, teruskan latihan korang." Kata Zenmaru untuk mengalih perhatian mereka.

Kemudian mereka meneruskan latihan.. mereka berenam terlihat sudah mulai rapat antara satu sama lain.

***

DI KERAJAAN GESSHOKU.

Petang hari sekitar pukul 5.

Raja Eito telah berangkat ke kerajaan Kojima, dan Tertua Klan Tsukiko mengambil kesempatan untuk mendapatkan Ace sebagai tumbal untuk membangkitkan leluhur mereka Tsukiko Hwangko.

Jouda juga sedang mengikuti misi pemburuan saat ini, dan Kaito masih berada di kerajaan Kaichu.

Para pendeta datang ke istana dan tiada sesiapa yang dapat menghalang mereka masuk kerana para pendeta adalah orang terhormat bagi setiap kerajaan. Kononnya, mereka adalah orang yang membawa pesan dewa. Apalagi mereka menggunakan nama Tertua Klan untuk masuk ke istana. Tertua Klan adalah orang yang bahkan harus dihormati Raja.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now