bab 57

2.5K 218 37
                                    

    "PRINCESS DIANA DEAN ATAU PRINCESS DIANA GEORGE DAN PASANGANNYA, TUAN ROWAN CANON ATAU XAVIER CANON SUDAH SAH MENJADI SUAMI ISTERI PADA PUKUL 11 PAGI TADI."

    Diana yang tengah duduk di atas sofa itu hanya memandang Rowan yang baru sahaja keluar dari bilik persalinan selepas menukar pakaian di dalam bilik itu. Rowan membetulkan sikit rambutnya agar nampak lebih segak dan kemas. Dia sedar Diana dari tadi hanya memerhati dirinya.

    "Kenapa tuanku pandang saya macam tu? Saya handsome sangat ke?" 

    "Sampai bila kita nak berbahasakan diri kita macam ni. Kita kena la ubah. Kita kan dah sah jadi suami isteri."

    "Tuanku nak kita bahasakan diri kita macam mana?"

    "Aku nak panggil kau mi amor. Kau nak panggil aku apa?" Diana sudah menyatakan apa yang dia inginkan.

   "Saya nak panggil tuanku, bear la." Diana tersentak sekejap. 

   "Bagi nama lain, aku tak suka."

   "Cat?"

   "Kau fikir aku ni haiwan ke? Bagi la nama elok sikit. Aku punya la sweet."

   Rowan tergelak sebentar dan berjalan menghampiri Diana yang duduk di sofa, Rowan melabuhkan punggung bersebelahan dengan Diana dan memegang tangan Diana. Setahun juga mereka merancang perkhawinan mereka. Mula-mula, ingin tema warna biru tukar pula ke warna hijau. Akhir sekali, hanya la warna merah. Warna kebangsaan Alfa Kingdom. 

    Susah juga untuk fashion designer nak reka baju untuk Diana. Semua corak dan bentuk, Diana yang pilih. Tapi fashion designer itu memuji pilihan Diana. Simple tetapi nampak elegant. 

    "So, kau nak panggil aku apa? Tolong la jangan panggil aku dengan panggilan haiwan." Diana hanya membiarkan sahaja Rowan memegang tangannya. 

    "Can I call you Heartie?"

    Diana pandang Rowan dengan pandangan yang menarik. Nama panggilan tu sangat menarik. Heartie. 

    "Yes. So kita start now."

    "Okay."

    "So, mi amor apa perasaan mi amor selepas berkhawinan dengan heartie?" Diana tutup mulutnya menggunakan tangan. Kelakar la pulak. Rowan juga buat perkara yang sama. 

    "Rasa seronok la heartie, apa lagi." Diana tutup kembali mulutnya menggunakan tangan. Baru sahaja Diana nak balas ada orang yang mengetuk pintu. Diana membenarkan orang itu masuk.

    "Tuanku, tuan Rowan lagi dua jam sahaja majlis itu akan berlangsung."

    "Baiklah."

    Rowan dan Diana keluar dari bilik itu sambil berpegang tangan. Ada juga mereka ketawa dengan reaksi dayang-dayang di situ, ada yang sedih ada yang gembira. Ada juga yang tak teriak. Sampailah Diana berdiri di hadapan ahli keluarganya yang duduk sambil menjamah makanan.

    "Hai semua." Leona kembali menangis selepas dia melihat Diana yang sudah menukar pakaiannya ke baju pengantin. Semua di dalam bilik itu hanya memandang Leona pelik, bila la budak ni nak okay. Dari tadi Diana tengok Leona sikit nangis sahaja. 

    Pagi tadi waktu Diana menyarungkan baju pengantin untuk akad nikah pun Leona nangis, ni nangis lagi.

    "Dah, dah la tu Leona. Penat aku tengok kau sikit nangis je." Diana dan Rowan duduk di atas kerusi berhadapan dengan Leona dan Malique. Malique sudah mengosok badan Leona yang tengah nangis sakan. Nangis sambil makan itulah Leona. King Dean pun tak tahu nak cakap apa lagi dengan Leona.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now