bab 24

1.7K 166 4
                                    

     "Kau biar betul? Jangan main-main." Kalau betul la, rakyat mesti akan membencinya atau akan setuju dengan perhubungan yang tipu ini. Ni je jalan untuk semua penipuan ni. Beritahu kisah yang sebenarnya.

     "Betul la, aku tengok kat live wartawan yang famous ni. Kau tengok ni." Leona tidak menghulurkan telefonnya, hanya mengangkat dan tunjuk kepada Diana. Dalam live itu, ramai wartawan berada di luar pagar kediaman Aaron. Mungkin mengharapkan Aaron setuju untuk interview itu.

     "Kau call Aaron. Kalau dia tak angkat voice call, kau call pulak pakai video call." Leona terus mencari nama Aaron dalam list contact, Leona terus menghubungi Aaron menggunakan video call.

     Akhirnya dapat.

     "Helo, saya mintak maaf sebab tidak reply message cik Leona."

     "Tak apa, tak apa."

     "Leona bak sini telefon tu." Leona menghulurkan telefon miliknya kepada Diana.

     "Aaron kau dengar sini baik-baik, cara ni je yang aku sempat fikir. Selamat pun selamat dan tak berisiko."

     "Baik tuanku."

     "Kau benarkan diaorang interview kau. Nanti mesti first soalan yang keluar mesti diaorang nakkan kepastian betul ke kita ni bercinta, kau cakap tidak."

     "Baik tuanku. Tapi kalau wartawan tu tanya kenapa keluar together tu?"

      "Kau cakap la kita ada kerja berkumpulan. Pastu kau terus blah. Kau cakap la sebab dia kau nak pergi asrama balik. Yang penting kau jawab dua fakta yang aku bagi ni je. Jangan jawab lebih-lebih."

     "Baik tuanku. Saya gerak dulu." Talian dimatikan.

     "Leona, call Lewis."

     "Nah, Lewis dah angkat." Cepat kebenor mamat ni angkat telefon, the flash ke.

     "Helo, Diana. Kenapa?"

     "Aku nak kau siasat pasal aku dengan Aaron. Pergi mall yang aku pergi tu pastu kau tengok cctv kat sana."

     "Okay."

     "And one more thing, aku nak secepat yang mungkin. Okay?"

     "Okay, nanti apa-apa aku roger."

     "Great. Bye"

     "Bye."

     Diana beri semula telefon Leona. Leona memandang Diana dengan pandangan yang pelik. "Kau asal pandang aku macam tu?"

     "Ye la, dulu kau dengan Lewis kan tiba-tiba awkward." Diana senyum palsu. "Mana ada awkward. Kau ni main cakap je kan."

     "Ye la, lepas Lewis cakap dia suka kau terus kau jadi macam tak selesa dengan dia." Diana memandang Leona yang langsung tidak kesah dengan reaksi dia sekarang.

     "Macam mana kau tau? Lewis bagitau kau ke?"

     "Tak ada la, aku terdengar sendiri. Aku pun tak sangka yang abang aku suka kau. Bila aku dengar abang aku luahkan perasaan dia kat kau, aku happy. Ye la, finally abang aku dah tak single tapi tu la kau reject. Aku tak marah kau tau malah aku bangga dengan kau. Waktu muda ni la kita kena belajar erti cinta tapi kau cintakan kingdom kau."

     "Aku minta maaf, Leona."

     "Tak perlu, bukan salah kau. Sebenarnya, bukan salah sesiapa pun."

     "Betul jugak tu."

     "Diana, tengok. Live interview Aaron." Diana melihat  keluarga Aaron sedang duduk dikerusi masing-masing. Semua wartawan di situ ingin mengajukan soalan tetapi kena menunggu tuan punya badan dahulu. Bila Aaron masuk ke dalam bilik itu semua wartawan sudah bersedia ingin mengajukan soalan.

     "Tuan-puan, anda boleh mengajukan soalan sekarang." Terus semua wartawan bercakap serentak tapi Aaron kekal tenang kerana dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Diana tahu sebenarnya banyak lagi soalan yang keluar dari mulut wartawan tapi Diana nak tengok kenapa King Dean memilih Aaron sebagai pembantu dia.

     Soalan yang diajukan oleh wartawan macam

     'Dekat mana korang berjumpa?'
 
     'Bila ingin mendirikan rumah tangga?' Woi Diana muda lagi.

     'Macam mana boleh kenal?'

     Dan banyak lagi.

     Diana hanya menunggu apa yang Aaron akan buat, takkan la dia nak diam je sampai sudah.

     Aaron mencapai mikrofon dan mendekatkan dibibirnya. "Helo semua, saya cuma nak katakan." Aaron tarik nafas panjang-panjang. "Kami tak bercinta." Cukup dengan tiga patah perkataan itu semua wartawan kembali menjadi manusia yang tak kenal erti sabar. Semua tanya soalan serentak, ingat Aaron ada banyak mulut ke. Sabor je lah.

     "Mesti ramai tertanya-tanya, kalau tak couple macam mana boleh jumpa. Huhu. Kami sebenarnya classmate. Saya rasa ramai tahu saya bersekolah di Asrama Royal of Alfa Kingdom. Jadi, kami satu kelas."

     "Kalau korang classmate , kenapa korang jumpa luar asrama sekali?"

     "Sebab kami ada kerja berkumpulan. Sebenarnya kami bukan pergi berdua je. Orang kanan Princess Eryna pun ada. Saya harap menjelasan saya jelas. Saya minta diri dulu. Terima kasih." Keluarga Aaron termasuk Aaron sekali keluar dari bilik itu.

     Pandai juga King Dean pilihkan orang yang akan bantu Diana dan Leona di asrama. Sekarang siap bersedia untuk di-interview dekat asrama.

______________________________________

      Tiba juga Diana dan Leona di asrama. Dan seperti dapat diagak mesti akan ada mata-mata memerhati. Diana menarik beg rodanya dituruti dengan Leona. Nak buat macam mana kesian pulak kalau Leona tu tarik beg Diana sekali.

     "Kita nak buat apa ni, Diana?"

     "Buat tak tahu. Tu je benda yang patut kita buat sekarang."

     Diana melihat Leona sudah habis berbincang dengan pemandu kereta mereka. Diana terus memakai kaca mata hitam miliknya, walaupun betina tu dah pijak kaca mata dia sebelum ini. Tapi Diana orang kaya hahahaha, benda boleh beli. Setakat harga ratusan apalah sangat, celah gigi la wey.

     Masuk sahaja bilik, Diana terus menuju ke katil terlebih dahulu. Dapat terlelap sekejap ni mantap ni. Sedar tak sedar memang dah terlelap.

______________________________________

     "Princess Diana!" Aku penat. Aku dah hilang nafas. Sampai bila lagi aku perlu berlawan. Aku dah hilang tenaga. Tiba-tiba, ada anak panah mendarat betul-betul di sebelah ku. Aku terkejut lantas terus berdiri. Aku mencapai pedang aku dan kembali berlawan. Tiba-tiba,

     "HAA!" Anak panah yang lain menusuk paha kanan aku. Sakit ye hanya tuhan yang tahu. Aku terjatuh. Aku tak larat lagi nak berdiri. Tapi aku perlu buat ini demi kingdom. Aku bangkit. Betul aku perempuan tetapi itu bukan alasan untuk aku tidak berlawan.

     "Tuanku, saya tolong angkat tuanku tau. Saya bawak tuanku jauh dari sini."

     "Tak payah, aku dah dekat nak sampai." Aku menolak badan jejaka itu dan terus berdiri. Kali ni aku berlari. Sakit? Memang sakit. Tapi kingdom memgharapkan aku.

     Lagi sikit Diana kau boleh buat. Dah dekat dah. Tetapi ada tangan yang menolak aku.

     "Kau bodoh, Diana."

     Diana terjaga dari lenanya. Kali ini mimpi yang lain. Diana melihat jam tangannya. Terbeliak mata Diana dibuatnya sudah pukul 6 pagi. Lama betul dia tidur. Dari pukul 4 petang sampai pukul 6 pagi. Lebih 12 jam. Mungkin penat sangat. Diana bangun dari baring tadi. Masih memikirkan kenapa mimpi kali ni ini berbeza? Tapi kali ni betul-betul berbeza. Agak-agak la, berperang? Diana tak rasa yang tu cebisan dari memori lama dia. Takkan la dia sempat pergi medan peperangan. Peperangan yang terakhir pun dia tak dilahirkan lagi, King Dean dan Queen Dona pun tak lahir lagi.

      Diana berjalan menuju ke bilik air. Membersihkan diri. Sudah siap membersihkan diri, dia ingin menyiapkan kerja sekolah yang ditangguh kerana tertidur.

______________________________________

Maaf kali ni sikit sedikit daripada yang sebelum-sebelum ni. Don't forget to vote, comment and share.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now