bab 50

1.6K 213 65
                                    

    Hari ini ialah harinya. Diana akan berlawan sehingga darah terakhir demi negara yang tercinta. Diana, Leona, Leo, Lewis dan Aaron berada dibarisan hadapan sekali lagi-lagi Diana yang mengetuai peperangan itu. General-general itu juga berada di barisan hadapan kerana mereka perpegalaman dalam perkara begini. 

     Semua tentera berdiri mengikut stretegi yang telah ditetapkan walaupun jumlah tentera mereka tidak ramai tapi sekurang-kurang strategi kali ini boleh diguna pakai. Diana menunggu telefon itu bergetar menandakan pihak lawan sudah berada di dalam medan peperangan. Syarat-syarat perang ialah mereka ada tempat tersendiri. Mereka tidak boleh lebih daripada kawasan yang ditetapkan kalau tak Kingdom mereka boleh dikenakan saman. Ada limit berapa besar ruang untuk berperang itu tidak boleh lebih dari ruang itu.

    Sebab itu Alfa Kingdom selalu menyediakan cctv antibom. Cctv antibom ini selalunya menjadi bukti menunjukkan siapakah yang menang di peperangan dan pihak yang kalah tidak boleh  menidakkan perkara itu kerana cctv antibom tidak boleh di hack oleh mana-mana hacker kerana itu mustahil.

    Jadi cctv antibom itu benar dan nyata, siapa sahaja yang menindakkan kemenangan pihak yang lain dia akan didenda. Diana meletakkan semua cctv itu disemua tempat di dalam kawasan peperangan itu. Itu adalah bukti main tipu Beta Kingdom. 

    Telefon itu bergetar dan Diana mengangkat telefon itu. Diana tekan loud speaker supaya semua dengar perbualan itu. Sepatutnya pihak lawan yang ingin peperangan akan menghubungi pihak lawan yang lain yang tiada pilihan selain setuju untuk berlawan. Itu sudah menjadi salah satu syarat peperangan.

    "Kau yakin kau tak nak berserah sahaja?" Ujar manusia di seberang sana dengan nada yang sinis. Diana yang sentiasa bersedia untuk berlawan tidak akan ucap perkataan berserah itu.

    "Aku yakin yang kau akan kalah."

    "Sorry sikit, orang panggil tentera aku lion okay.HAHAH." Diana senyum sinis mendengarnya. Lion konon.

    "Lion and tiger are the strongest but you won't see a wolf at a circus. That is your weakness, Marcus." Ujar Diana sinis. Leona sudah ternganga mendengar ayat itu sangat hebat sekali. Marcus terdiam mendengarnya.

    "Kau yakin kau serigala?" Soal Marcus. 

    "Kau yakin kau singa?" Soalan berbalas soalan. Marcus terdiam buat kali kedua. Orang pangggil tentera dia Lion kerana Marcus mengawal mereka, sekiranya Marcus tidak mengawal mesti mereka akan kalah malah mungkin tiada langsung yang terselamat. 

    "Baiklah kalau macam tu. Kita mulakan." Marcus dengan perangai bongkaknya sentiasa mengawal diri.

    "Baiklah." Telefon itu sudah terbakar dan menjadi abu. Diana kembali bersedia dengan peperangan kali ini.

    "BAIKLAH KAMU SEMUA! KITA AKAN BERPERANG TAK LAMA LAGI! INGAT BERTARUNG SAMPAI KE TITISAN DARAH YANG TERKAHIR! KITA AKAN MENJADI SEJARAH! FAHAM SEMUA?!" Jerit salah satu general itu. 

    "FAHAM!" Jerit semua tentera itu dengan semangat. Diana duduk di atas satu motor elektrik canggih yang lajunya mengalahkan cheetah. Leo, Leona, Lewis, Aaron dan general itu juga dapat motor itu. Motor itu menggunakan cahaya matahari sebagai bateri dan dia tidak akan habis bateri dengan cepat. Beta Kingdom berlawan dengannya menggunakan teknik kotor, kenapa dia tidak boleh. Lagi-lagi teknik nya tidak lah terlalu kotor. 

    Diana memandang ke kanan dan kirinya. "Good luck korang. Jangan mati sudah." Ujar Diana kerana keadaan itu senyap jadi Leona, Leo, Lewis dan Aaron dapat mendengarnya.

    "Good luck jugak." Ujar Lewis.

    "Kami sudah nampak musuh, dalam tiga minit." Diana sudah mendengar messages itu di telinganya menggunakan earphone wireless. Diana memakai helmet dan pedang di tangan. Diana akan pergi dahulu. 

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now