Starting NewLife

535 22 0
                                    

Cuti semester sebulan panjangnya berlalu juga. Tiada lagi ruang untuk bergolek-golek di atas katil. Tiada lagi peluang menonton televisyen hingga larut malam. Sulli memeluk anak patung kesayangannya yang dihadiahkan daripada kawan baiknya, Luna sempena hari lahirnya yang ke-15. Sekarang usia Sulli telah mencecah 17 tahun, namun perangai masih keanak-anakkan.

"Selamat tinggal wahai baby.. Nanti saya balik cuti semester ketiga, saya peluk awak lagi. Muahh.." lalu segera Sulli meletakkan babynya ketempat asal.

Dia bangun lalu menarik beg pakaiannya dengan berat hati. Dia pandang katilnya bersaiz queen dan bercadar gebu itu dengan perasaan sayu. Gayanya macam tidak pulang setahun. Sulli tersengih sendiri. Berbanding katilnya di kampus dan di biliknya memang jauh berbeza. Di dalam fikiran yang berfikir mahu mengangkat katil ke kampusnya yang terletak di Incheon High School, Korea Selatan.

"Sulli!Apa lagi yang kamu buat dekat atas tu. Cepat! Nanti daddy bising kalau lambat" Suara Puan Yuna tiba-tiba menyentak lamunannya. Lekas lekas Sulli melangkah turun ke bawah.

Di ruang tamu. Encik Woo Bin sedang berdiri di tepi pintu sambil bercekak pinggang. Pintu itu ternganga luas. Seolah olah sedang turut sama menggesa pemergiannya. Sulli mengheret beg pakaiannya dengan longlai, seperti tidak menjamah nasi seminggu, tidaklah sekali dia gagal muncul di meja makan setiap kali tibanya masa untuk makan.

"Haa cepat makan nanti traffic jam kalau lambat bertolak" kata Puan Yuna. "Yaa mummy ya yaa.." jawabnya dengan malas.

Tiba tiba telefon bimbit Sulli kedengaran lagu "Sherlock" nyanyian dari kumpulan kegemarannya iaitu SHINee. Malah dikamar tidurnya penuh dengan koleksi barangan SHINee, sanggup berhabis ratusan ringgit hanya untuk memiliki kesemua barangan yang dijual dipasaran.

"Haa ada apa kau ni. Kejap lagi aku sampailah hostel" kata Sulli dengan tiba-tiba. "Woi llie kau ni aku takcakap apa apa lagi kau main redah je!" kata Krystal. Sulli tergelak perlahan. "Yela yela maafkan sahabatmu ini. Kenapa kau call pagi pagi ni macam ada berita panas je"

"Yahhh! Bagus betul otak kau ni. Hahaha kau nak tahu ada seorang budak lelaki masuk sekolah kita. Kalau kau tahu siapa dia mesti kau pengsan!" kata Krystal dengan penuh semangat.

"Yekee!! Siapa Krys?!" tanpa sempat menghabiskan kata katanya Puan Yuna mula bersuara agar segera menghabiskan makanan nya. "Krys nanti sambung. Aku nak breakfast ni. Jumpa kejap lagi! Annyeong!" segera menghabiskan perbualannya.

'Aihh dia ni kalau lah dia tahu siapa yang masuk sekolah ni mau tak gila dibuatnya. Ni pun dah penuh dewan sibuk nak tengok lelaki pujaan dunia' kata Krystal bersendirian.


You're My Sunshine (Minho SHINee & Sulli F(x)Where stories live. Discover now