Cerita Cinta Nadia - Siri 2

2.8K 4 0
                                    

"Hoi! ALN! Kau patut bersyukur ada orang nak bela kau. Aku pun tak tahu apa mak kau bomohkan Kak aku sebelum dia mampus," cerkah seorang perempuan pada Nadia.

Nadia hanya menunduk muka, mulutnya terkunci. Wajahnya mula terbit sedih.
Kedua tangan Nadia rapat di sisi tubuhnya. Kekal berdiri tegak.

"Kau dengan mak kau sama saja. Perangai pun aku agak sama, pelacur," kutuk perempuan itu lagi.

Nadia masih tidak bersuara, wajahnya menunduk melantai ke lantai.
Air mata jernihya mula mengalir lemah di pipi putihnya.

Nadia merasa sedih bila arwah ibunya di kutuk begitu rupa.

"Kau ingat ni ALN! Kalau kau tak pandai ambil hati Kak aku hidup merempatlah kau. Tak ada siapa nak bela kau lagi. Macam mana aku benci dengan mak kau, macam tu juga aku benci dengan kau. Faham tak!" Perempuan itu menuding jari ke arah Nadia. Serius wajah perempuan itu. Buntang matanya memandang Nadia.

"Baik Mak Lang," dalam muka tertunduk Nadia bersuara. Airmata Nadia kekal mengalir menitis pada baju kurungnya.

"Dah pergi sana kau, meluat pula aku tengok kau lama-lama," kata perempuan itu menyuruh Nadia masuk ke dalam rumah.

Nadia akur, terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sambil berjalan itu Nadia mengesat airmata di pipi. Tergerak-gerak tubuhnya menahan tangisan.

Perempuan itu nombor tiga dalam adik beradik Ibu Nadia. Di panggil Mak Lang.

ALN singakatan bagi Anak Luar Nikah.
Juga gelaran bagi Nadia.

Hampir semua saudara yang membenci Nadia akan menggunakan gelaran itu.
Walaupun sedih dengan panggilan itu tapi Nadia pasrah, Nadia terpaksa terima.

***

"Nadia, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tuhan tidak pernah menyusahkan hambanya. Tuhan hanya ingin menduga saja, jika hambanya sabar dan tabah pasti ada nikmat menjadi miliknya," nasihat seorang lelaki pada Nadia.

Nadia hanya merenung wajah lelaki itu. Kedut wajahnya terpamer jelas. Uban rambutnya merata bagaikan putih kapas.
Bingkai cermin mata terletak rapat dan kemas di matanya.

Sebatang gigi depannya telah hilang, tercabut mungkin faktor usia tapi senyuman yang dilontarkan jujur dan ikhlas. Semuanya dalam tatapan Nadia.

Nadia terharu walaupun dirinya di hina, dikeji dan dikutuk namun masih ada insan yang baik mendampingi hatinya. Insan yang ikhlas mendepa tangan menerima dirinya seadanya.

"Baik Pak Ngah, Nadia akan bersabar dan tabah semampu yang boleh. Terima kasih baik dengan Nadia, Pak Ngah,"

"Nadia, Nadia, kamu tu anak saudara Pak Ngah. Anggapan mereka pada kamu semuanya tak ada bukti. Begitu juga anggapan mereka pada ibu kamu. Mereka yang reka cerita semuanya berdosa besar. Tapi biasalah kan mulut manusia ni susah nak di tutup. Kalau pintu rumah senangkan nak tutup, betul tak," kata Pak Ngah di depan Nadia. Ada senyuman kecil yang dilontarkan. Akhirnya Pak Ngah mengukir senyuman ikhlas kepada anak saudaranya.

Nadia faham apa yang dikatakan oleh Pak Ngah. Pak Ngah, abang kepada ibunya. Nombor dua dalam adik beradik ibunya.

Pak Ngah tidak pernah memandang rendah pada Nadia. Sebaliknya Pak Ngah juga banyak membantu semasa ibu Nadia masih hidup.

Puas Pak Ngah menasihat adik-adiknya jangan menanggil Nadia dengan panggilan tidak elok. Tapi tidak berjaya semuanya sia-sia belaka bagaikan mencurah garam dilautan.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now