"Tu kitaorang semua tahu. Kitaorang nak tahu dia kerja apa, umur berapa." Leo mengelipkan mata beberapa kali dan Diana pun mengalah. Sampai bila dia nak simpankan rahsia itu kan.

    "Nama panjang Rowan ialah Rowan Canon. Dia bekerja sebagai tukang jaga hotel macam dari segi management, financial dan sebagainya. Umur dia aku tak tahu sebab aku tak pernah tanya." Leo dan Lewis hanya mengangguk banyak kali.

    "Nama bapak dia Canon kan?" Soal Leona.

    "Ahah." Balas Diana.

    "Dia anak Xavier Canon ke? Bekas tunang kau." 

    "Bukan."

    "Kau sure?"

    "Aku dah tanya banyak kali wey. Dia kata tak. Dia cakap bukan Xavier Canon je ada nama bapak Canon. Ramai lagi dalam muka bumi ni." 

    "Ye tak ye jugak kan." Leona cuba fahamkan keadaan sekarang.

    "Tapi kan korang.." Leo, Lewis dan Leona terus dekatkan diri dengan Diana. "Aku rasa something tau dekat Rowan ni." 

    "Aku dah agak dah. Aku pun rasa macam sesuatu. Dia macam simpan rahsia besar." Leo dan Lewis mengangguk dengan kenyataan Leona. Mereka juga rasakan sesuatu yang pelik terhadap jejaka tampan itu. Ada satu aura yang baik yang Rowan simpan.

   "Aku pun rasa macam tu jugak. Hari tu aku terserempak dengan Rowan dalam istana tau lepastu aku tanya la yang dia nak pergi mana, sesat ke. Dah dia macam tercari-cari sesuatu tau tapi yang aku pelik ye dia macam tahu selok belok istana. Dia macam pernah datang istana tau." Leo ujar tentang perkara yang merunsingkan otaknya. Diana curi-curi tengok di kerusi hadapan takut-takut la Rowan boleh terdengar tapi sebenarnya tak boleh.

    Ada satu dinding yang memisahkan seat depan dan seat belakang. Dinding tu kalis bunyi. Dinding itu juga boleh turun dan naik. Ikut la kalau Diana tak ada benda penting nak sembang buka je la dinding tu.

    "Ye doh. Hari tu aku ternampak dia kat swimming pool tahu and guess what." Semua tertanya-tanya apa yang Lewis nak cakapkan. "Aku nampak dia bukak baju." Diana buat muka menyampah dengan lawak Lewis yang hambar itu. Sama juga dengan Leona dan Leo. Adik-beradik siapa la ni.

    "Memang la dia bukak baju. Dia kan nak mandi. Apa la kau ni." Lewis tergelak dengan lawak yang hambar itu. Kalau masuk maharaja lawak mega ni tak sempat audition dah kena halau.

    "Tapi memang aku rasa something wrong dengan laki tu." Lewis sudah berhenti ketawa dengan lawak yang  layak masuk Guinness book of records tu. Itu perli ye. 

    "I know right." Kemudian kedengaran bunyi ketukan yang luar biasa. Mereka memandang dinding itu. Diana menurunkan dinding itu hanya dengan menekan butang. 

    "Tuanku, cik dan encik kita sudah sampai di istana Gold State." Kata pemandu itu.

    "Okay."

    Mereka semua keluar dari perut kereta tapi sebelum itu Diana sempat menyarungkan spek mata hitamnya. Dia tidak mahu ada orang yang mengecam dirinya. Susah nanti. Diana berjalan ke bilik yang telah ditetapkan oleh Adrian. Adrian yang menyuruh mereka duduk di situ untuk berbual sebentar. Diana tahu dia sudah lambat tapi mereka masih ada masa cukup untuk Diana menerangkan semua yang terpahat di dada. 

    Diana berjalan bersama Leona yang hanya memerhati setiap pergerakan Diana. Tipu la kalau dia tak perasan Diana agak sedih bila melihat Adrian yang pernah berjanji dengannya kini menjadi milik orang lain. 

    Tapi Leona hanya mendiamkan diri sahaja tidak mahu menanyakan lagi sekali. Diana hanya riak biasa tapi dalam hatinya siapa yang tahu. Diana mengekori langkah Leona menuju ke bilik itu. Lewis, Leo dan Rowan tidak ikut sekali mereka tunggu di dewan majlis perkhawinan.

Princess of Alfa KingdomWhere stories live. Discover now