"Saya minta maaf tentang apa yang saya cakap malam tu. Saya  tak patut halang awak. Awak ada hak untuk tentukan hidup awak dan saya sendiri dah janji, yang saya akan bahagiakan awak." Tutur Hayden separa berbisik. Wajahnya dijatuhkan, mengelak daripada terus memandang Arabella semasa mengatakan semua itu.

"Saya terlupa yang awak bukan milik saya, Bella. Saya terlupa yang saya tak ada hak untuk tahan awak daripada apa yang awak nak. Saya sendiri cakap yang saya nak yang terbaik untuk awak."

Hayden mendongak. Dia cuba mengukir senyuman semanis mungkin buat wanita di hadapannya.

"Jadi, saya akan biarkan awak bebas. Awak layak kejar kebahagiaan awak sendiri, Bella. You always deserve the best, Cinta." Sambung Hayden walaupun ketika itu matanya sudah mula memerah. Pedih, menahan air mata daripada bergenang.

Senyuman Arabella terukir kecil. "Maksudnya saya tak perlu bayar hutang awak dan saya boleh terus melukis untuk Kai?"

Hayden mengangguk lemah. Senyumannya melebar tatkala melihat senyuman milik Arabella. "Tapi, dengan satu syarat. Awak perlu duduk sini, dengan saya sampai saya percaya yang awak mampu jaga diri awak dan awak mampu untuk hidup sendiri. Boleh?"

Arabella mengangguk laju. "Boleh saya buat syarat juga?"

"Apa dia?"

"Jadi kawan saya."

Hayden tertawa kecil. Dagunya ditompang dengan tangan, menatap wajah polos yang sedang tersenyum manis itu. Entah berapa kali Arabella mahu melamarnya sebagai seorang kawan.

"Selama ni, saya bukan kawan awak, hm?"

Arabella tersengih. "Kita mula balik? Kita kawan semula, okay?" Arabella mengeluarkan tangannya untuk berjabat. "Dan kali ini, saya janji, saya tak akan jatuh cinta dengan awak."

Senyuman Hayden bertukar hambar saat mendengar janji Arabella. Huluran tangan wanita itu direnung lama. Buku limanya digenggam erat dan air liurnya ditelan kasar.

Hanya kawan? Cuma seorang kawan? Dan janji itu...mengapa perlu berjanji seperti itu...?

Arabella yang masih menghulurkan tangannya, memandang Hayden dengan senyuman yang semakin memudar. Huluran persahabatannya masih tidak diterima.

"Tak—tak apa kalau awak tak nak berkawan dengan sa—"

Hayden menyambut pantas tangan kecil Arabella dan menggenggamnya erat.

"Kita kawan. Kawan baik sampai bila-bila."

Arabella tertawa suka. "Okay! Jom, teman saya melukis. Awak mesti suka lukisan saya sebab Ace dan Kai asyik puji je! Saya rasa kan, lukisan tu akan jadi lukisan terbaik saya! Jom, Hayden! Kita jalan kaki tau, pergi sana!"

Tangan Hayden ditarik, meminta lelaki itu berdiri dan mengikut langkahnya. Hayden di belakang cuma tertawa halus, melihat Arabella yang bersemangat itu. Genggaman tangan mereka dileraikan dan tangannya beralih, memeluk bahu Arabella dari sisi.

"Semalam pun, awak jalan kaki dengan Ace?"

"Ya, dan kitorang hampir kena tangkap sebab Ace cuba nak curi bunga."

ARABELLAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum