Derhaka - 1

250 0 0
                                    

Botak pergi ke Sarawak seramai 15 orang. 12 orang daripadanya sudah mempunyai ikatan, Ikatan Maggi. Salah seorang kawan baik Botak turut ditunangkan oleh keluarganya. Berasal dari selatan, handsome, berkulit kuning langsat, tinggi dan bergaya. Botak gelarkan dia sebagai Shah.
Shah telah ditunangkan oleh keluarganya, mengambil masa dua minggu sahaja untuk berkenalan (nama pun Maggi, bukan). Bertunang pula dengan saudara sendiri. Botak pernah bertanya pada Shah.

"Lu ni betul-betul ikhlas bertunang atau terpaksa?"

"Entah la! Terpaksa pun ada," kata Shah.

"Habis tu kenapa lu terima rancangan keluarga?"

"Susah nak cakap Botak. Mak gua sampai menangis siap kata risau la, takut la, nak mati la. Jadi gua terpaksa. Tapi sekarang ni gua memang suka sangat kat tunang gua. Cun," Shah tergelak bagaikan ada makna.

"Sekarang ni lu kira happy la?"

"Lebih kurang macam tu lah," pantas Shah menjawab.Shah pula bertanya pada Botak.

"Botak, macam mana lu boleh tolak rancangan keluarga lu?"

"Keluarga gua tak ada buat rancangan. Mereka cuma tanya je. Gua cakap tak nak. Keluarga ikut saja.

Tiga bulan di Sarawak.

Semua perkara berjalan lancar. Boleh dikatakan setiap malam Shah bergayut di public phone. Sekali bergayut, adalah habis sampai RM20-30. Tidak kisah, sayang punya pasal. Terkadang Botak saja bergurau.

"Shah hari ni, public phone rosak," Shah punya mengelabah macam pacat kena garam.

"Betul ke Botak?" Panik wajah Shah.
Botak tergelak melihatkan keadaan Shah.

"Tahi babi lu Botak!" Shah tahu dirinya jadi bahan gurauan. Botak tergelak besar.

"Kalau seminggu lu tak dapat call tunang, agaknya apa jadi?"

"Boleh gila kot," terburai gelak besar Shah sambil menjawab.
"Macam tu sekali,"

"Lu tak tahu Botak. Lu tak ada tunang."

"Yelah, gua angkat bendera putih."

Botak mengaku kalah apabila kata-kata itu Shah sebutkan.

Enam bulan berlalu. Shah sudah mula berubah. Disangkakan panas sampai ke petang tetapi banjir di tengah hari. Botak mendapat tahu Shah sudah berkawan dengan seorang perempuan (Induk) yang bekerja sebagai sales girl.

 Botak mendapat tahu Shah sudah berkawan dengan seorang perempuan (Induk) yang bekerja sebagai sales girl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hutan - DerhakaWhere stories live. Discover now