"Thaqif tu siapa?" Kaisarah mencelah.

Safa garu kening. "Suami saya, Kak Kaisarah tak tahu ke, saya yang viral kononnya kahwin kontrak tu." Agak gugup juga Safa ingin terbuka seperti itu. Tapi dia cuma mahu menguji seikhlas mana mereka berdua datang bermesra dengannya. Atau semuanya sekadar lakonan semata-mata.

"Ohh!! Oh!! Ingat!! Yang kat Twitter tu!" Hanis terlebih dahulu menepuk-nepuk meja mengingat sesuatu.

"Yang mana?" Kaisarah kerut kening memandang sahabatnya.

"Alaa ada yang dua tiga minggu lepas viral kononnya ada perempuan sanggup tinggal lelaki sebabkan harta dan setuju nak kahwin kontrak dengan laki lain. Alaa yang dia letak gambar pengantin pakai dress pengantin limited edition dari Amanda Collection tu lah.." seperti sedang membawang, Hanis bergaya betul buat Safa tergelak kecil melihat telatah wanita itu. Jujur betul responnya.

"A'ah ingat." Kaisarah menyambung serius.

"Dia ni lah! Safa ni." Hanis tunjuk ke arah dan serentak itu juga mata Kaisarah membulat.

"Dah tu nak kahwin kontrak macam mana dah anak baby sedebuk dalam perut dia tu." Kaisarah pandang Hanis.

"Gosip tu ada yang betul tapi ada yang salah. Ya saya tinggalkan kekasih lama saya tapi yang sebetulnya.."

"Dia yang curang. Yang lebih sakit dia curang dengan kawan baik saya sendiri. Orang yang saya percayakan selama ni." Safa hulur senyum pahit buat mata Hanis dan Kaisarah serentak membulat.

"Tak kisahlah awak kahwin kontrak ke kahwin apa dik. Tapi kalau tu yang buat awak terlepas dari manusia-manusia malaun tu! Akak syukur dan sokong sangat apa awak buat! Haih tergamak eh buat macam tu dekat kawan sendiri!" Kaisarah sudah naik berang mendengar cerita itu. Safa pula sekadar tergelak kecil. Apalah respon Kaisarah dan Hanis agaknya kalau dia cerita yang dia nampak dengan mata sendiri yang kawan dan kekasihnya bersama.

"Itulah, saya terkejut juga bila baca Twitter orang tulis bukan-bukan pasal saya.."

"Tak payah fikir Safa! Yang lakar hidup kita, kita sendiri dengan perancangan Tuhan. Bukan dia orang tu. Kalau difikir apa orang cakap memang tak jumpa lah kesudahannya." Hanis pula berang dengan orang yang menyampai gosip tak berasas.

"Tapi sikit sebanyak gosip tu bagi kesan juga pada saya. Lagi-lagi sekarang saya pregnant." Sampaikan Thaqif padam aplikasi Twitter dalam telefon dia.

"Akak faham. Tak apa lama-lama semua gosip tu hilang."

"InsyaAllah." Safa hulur senyum, walau borak seringkas itupun tapi dia tetap selesa.

"Safa.." ralit Safa memerhati Hanis dan Kaisarah, sapaan seseorang buat dia berpaling dan serentak itu dia melorek senyum memandang Thaqif yang menghampiri.

"Patutlah tak ada kat rumah. Ada party rumah jiran rupanya." Thaqif sengih lantas tunduk sedikit menghadiahkam kucupan di sisi dahi isterinya.

"Kau berpeluh.." Safa tolak tubuh Thaqif.

"Sorry aku baru balik dari kena dera dengan Syaqil." Thaqif tergelak kecil lantas menjarakkan sedikit tubuhnya dari Safa. Tak mahu isterinya terganggu dengan baunya.

"Syaqil buat apa?" Hanis kerut dahi menyoal.

"Paksa main futsal dengan AJK Masjid.." Thaqif garu kening serba salah.

Tempat SempurnaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt