KERJA GILA

407 12 0
                                    

Sebelum aku bergelap dengan perasaan yang menghantui aku sejak bertahun dahulu,
Lebih baik aku bergerak agar aku temui sinar cahaya
Di lorong lorong kecil yang mana aku elakkan sedaya upaya.

Kerana aku tahu lorong-lorong kecil itu merupakan penghubung jalan besar.
Samada aku dilanggar atau aku diselamatkan.

Dengan segala sangkaan,
Hanya satu pegangan aku,
Terus redha, percaya dan hadapi segalanya.
Biar buruk pun kesan nanti,
Mudah-mudahan ini peluang aku untuk lari terus ke hadapan tanpa singgah ke lorong gelap itu lagi.

Tapi jika tidak,
Jika lorong itu petunjuk dan cahaya,
Aku juga terima tanpa rasa kecewa dan bangga.

Punyalah lama aku kumpul kekuatan untuk dihantar dua perkataan.
Bertahun juga rasanya.

Sekali lagi, aku terima
Aku tidak akan kecewa.
Kalau hendak maju ke hadapan,
Melangkah adalah satu keperluan
Bergerak bukan statik.
Kalau rasa tersesat jalan,
Lari dengan pecutan agar kau tak terperangkap lagi dalam dunia fantasi yang telah lama kau huni.

21 march 2015

Monolog sendiriΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα