Kamu memang dasar isteri tidak berg-

Andre tersenyum melihat isterinya. Semenjak mengandung ni, makin tembam. Comel gitu.

Sampai sahaja di hotel yang mereka akan menginap, Andre terlebih dahulu turun untuk check in hotel. Dia tidak mahu mengejutkan isterinya yang masih di alam mimpi itu.

Selesai semua urusan, Andre kembali ke kereta dan Nina masih tidur mati ye. Andre pun mencempung isterinya naik ke bilik hotel mereka.

Sampai sahaja di bilik, Andre terus meletakkan Nina di katil dengan perlahan, tiba-tiba...

"Thank you abang dukung sayang. Love youuu." Nina berkata sambil merangkul leher suaminya itu.

"Nina tak tidur ke?" Andre sedikit terkejut.

Baru nak kiss senyap-senyap, bangun pula.

"Tak pun. Saja je nak abang angkatkan. Malaslah nak jalan. Heee." Nina tersengih tanpa bersalah.

Andre terus mencubit hidungnya lalu berkata,

"Nakal kan sayang ni. Kemain dia mainkan abang."

"Apa salahnya? Bwekkk." Nina menjelirkan lidahnya mengejek.

"Yelah. Nanti sayang pakai this dress dalam kotak tu tau and turun bawah tau. Just sebut Mrs Kim, they will know you." Andre menunjuk ke arah kotak yang berada di atas meja solek bilik itu.

Dengan pantas Nina bangun dan mengambil kotak itu.

"Cantik baju ni." Nina berkata apabila terlihat sehelai gaun berwarna baby blue.

"Thank you abang." Nina mencium pipi suaminya sebelum beredar ke bilik air untuk bersiap.

Andre tersentak dengan perlakuan isterinya itu, terus tersenyum.

'Dapat free kiss eheee.' Bisik hati Andre yang masih tersengeh itu.

🌹🌹🌹

Usai selesai mandi, Nina pun keluar dari bilik air, tapi kelibat suaminya tidak kelihatan.

'Mana pula suami aku ni?'

Tiba-tiba telefonnnya berdering.

"Sayang, abang turun dulu tau, nak prepare something. Kul 8 baru sayang turun tau."

Belum sempat Nina menjawab, panggilan tersebut terus dihentikan oleh Andre.

"Eee laki aku ni. Baru aku nak cakap, dia pergi end call, nasib sayang."

Usai solat maghrib, Nina pun turun ke lobi dan ada seorang lelaki bodyguard terpacak di situ.

"Mrs. Kim?"

"Yes. Where is my husband?"

"Lemme show you the way, Mrs Kim."

Mereka pun berlalu pergi ke tepi pantai.

Dan wowww. Banyak lampu-lampu. Bunga pun ada sepanjang perjalanan ke tepi pantai itu. Candlelight dinner gitu.

"Mrs Kim, please sit here first. Young master will come later. I gotta go first." Lelaki itu membantu Nina duduk sebelum berlalu pergi.

Tinggal lah Nina seorang diri.

Sedang enak melayari dunia sendiri, tiba-tiba kedengaran bunyi gitar. Nina dengan pantas mencari dari mana datangnya bunyi itu.

Dan akhirnya jumpa.

Andre.

Dengan suit.

Memegang gitar.

ANDRE LORENZO KIM | COMPLETEDTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon