09

3.2K 285 28
                                    

Nina yang baru sahaja ingin membuka pintu biliknya terhenti apabila suara seorang lelaki menegurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nina yang baru sahaja ingin membuka pintu biliknya terhenti apabila suara seorang lelaki menegurnya.

"Miss Nina?"

Nina memalingkan badannya melihat gerangan lelaki itu. Ohh dispatch. Dalam bahasa melayu penghantar barang kan?

"Yes. Why?" Persoalan Nina itu dibalas dengan huluran. Lelaki itu memberi sekotak kotak yelah kotak lah. Pening jap.

Nina teragak-agak untuk menerima kotak berwarna baby blue tu. Manalah tahu ada bom ke. Dia tak nak mati dulu, dia nak kahwin dengan mafia dulu. Eh? Pehal kau nyah.

Lelaki itu perasan Nina yang was-was pun berkata, "This... is... from... Mr... Andre." Satu-satu perkataan dilontarkan oleh lelaki itu. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris, jadi dia hafal. Macam tulah jadinya. Yang penting effort dia. Tak gitu?

"Who's Andre?" Tanpa menjawab pertanyaan Nina, lelaki itu melepaskan tangannya yang memegang kotak sebelum berlalu pergi. Nasib Nina sempat menyambar kotak itu daripada terjatuh. Kalau barang mahal rugi wehh.

Tanpa berlengah Nina pun masuk ke dalam biliknya. Tanpa dia sedari, ada sosok seseorang memerhatikannya dari jauh dengan satu senyuman.

'My first gift for you.'

Masuk sahaja Nina ke dalam biliknya, terus dia letakkan kotak itu di atas katilnya sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Penat belajar pun tak habis lagi kelas full pula.

Usai habis bersiap dengan pakaian rumah, Nina duduk di birai katil sambil menenung kotak yang berada di ribanya.

"Packaging pun dah lawa. Apatah lagi isi dia. Tapi... ish kau ni, tak kan lah orang nak bagi benda tak elok kan? Lagipun siapa Andre eh? Seperti pernah ku dengar tapi di mana ya?" Sedang Nina cuba mengingatkan di mana dia mendengar nama itu, bunyi orang menaip(?) password biliknya. Alia lah tu.

Bingkas dia bangun dan sorokkan kotak itu di bawah katil. Nasib cadarnya melondeh(?) ke bawah. Bolehlah sorok. Alia yang menutup pintu itu memandang Nina yang tergopoh-gapah membetulkan cadarnya.

"Kau pahal nyah? Sorok sesuatu ehhh?" Alia dengan wajah 'ada sesuatu ehh', berjalan mendekati Nina. Belum sempat Alia merentap untuk mengangkat cadar Nina, pintu bilik mereka diketuk dari luar.

Dengan pantas Nina menolak Alia jauh dari katil dan pergi membuka pintu. Terpampang lelaki yang sama tadi. Kali ni dengan sejambak bunga Rose.

Nina mengeluh sebelum menerimanya itu. Dia pun menutup pintu dan masuk ke dalam bilik dengan perasaan ingin tahu membuak-buak. Siapa gerangan orang yang memberi semua ni? Siapa Andre?

"Kau okay ke Nina? Asal diam je? Siapa datang tadi?" Tanya Alia yang melihat Nina tercengang berdiri tak bergerak haa ambik kau semua aku tulis.

"Dispatch. Dia bagi aku ni." Nina menunjukkan sejambak bunga Rose merah. Cantik weh. Bukan fake tau, fresh punya.

"Mamat Korea ke? Wahh asal tak cakap do. Melepas aku nak tengok muka dia. Kacak tak?." Sempat lagi si Alia ni menggatal eh.

ANDRE LORENZO KIM | COMPLETEDWhere stories live. Discover now