"Nama dia Lee Jaeyong, bukan yongyong. Apalah kau ni suka hati tukar nama orang", balas Nina.

"Ala kau ni. Manalah aku dengar sangat dia sebut nama dia apa tadi. Aku dengar yong je belakang. Tu yang aku panggil yongyong tu. Bukannya salah aku pun kan?"

"Yelah, Alia ku. Aku baru je pun kenal dia. Entah tiberr je datang."

"Jodoh kedua kau kot weh." Selamba Alia lalu menongkat dagu di atas meja.

"Jodoh kedua? Engkau ni apa benda ni? Siapa pula jodoh pertama aku?"

"Ohh jodoh pertama kau, lelaki yang kita jumpa haritu yang pandai cakap malay tu, yang muka mix tu. Haaa aku rasa jodoh kau kuat do dengan dia."

Nina yang mendengarnya terus menampar lengan Alia. Kuat juga.

"Banyaklah kau. Simpang malaikat 44 weh. Tak nak aku, aku tengok dia semacam je. Risau pula, aku rasa dia non muslim. Susah ah nanti."

"Apa yang susah? Sebab berlainan agama? Sistur ku, benda boleh tukar kan. Suruh lah dia masuk Islam, dia dapat pahala, dengan kau sekali dapat pahala. Aku pun boleh tumpang dapat pahala sebab bagi cadangan ni. Marilah kita ke syurga." Ali mendepakan tangannya usai berkata itu.

"Yelah. Aku malas lah nak fikir pasal cinta semua ni. Aku nak fokus belajar dulu. Lagi pun memang niat aku nak banggakan parents aku dulu. So faham-faham lah eh."

"Yelah tu. Padahal kau tak boleh move on dari Jun lagi kan? Kau suka dia kan?"

"Mana ada. Aku dah anggap Jun tu macam kawan aku je weh. Dia pun dah lama tak contact aku. Hidup ke tak entahlah aku tak tau." Nina dah menundukkan kepalanya.

Tipulah cakap dia tak rindu si Jun, budak nakal yang selalu kacau dia, kawan baik dia.

Sejak peristiwa mereka memberitahu keputusan kemasukan ke universiti, sejak itulah mereka tidak lagi berjumpa.

Telefon? Lagilah tak. Tambahan pula, Jun sudah menukar nombor telefonnya. Nina masih dibelenggu dengan banyak tanda tanya.

'Aku ada buat salah ke dengan dia?'

"Woi kau berangan apa? Dengar tak aku tanya ni?"

Nina yang sedang mengelamun tadi terus tersedar apabila disergah oleh Alia.

"Hah? Oh sorry weh. Aku teringat.. parents aku haaa. Rindu do." Nina menipu memberi alasan.

"Yelah. Aku tanya kau tahu tak nama lelaki yang pandai cakap melayu tu?"

"Lelaki mana pula ni?"

"Ya Allah bengapnya kau. Kau ingat kau popular ke ramai lelaki nak? Eeee geramnya aku. Yang semalam kita jumpa kat mall tu, yang kita jumpa kat Namsan tower haritu. Jodoh pertama kau. Lupa ke?"

"Ohh. Entahlah. Lagi pun baru tiga kali jumpa. Tak penting pun untuk aku tahu siapa dia."

Selamba Nina berkata sebelum menyedut airnya.

"Takpelah kalau macam tu. Nanti aku tolong carikan maklumat pasal dia untuk kau eh?"

Alia dengan senang hati memberi bantuan kemanusiaan, eh? Bantuan mencari maklumat jodoh Nina, eh?

Nina hanya memandang sepi muka Alia yang terlebih semangat itu. Siapa yang melebih sekarang ni?

🌹🌹🌹

"I'm sorry, boss. But Miss Nina refuse to be my friend."

"Benda simple pun kau tak boleh buat. Aku bagi kau masa seminggu. Kalau tak keluarga kau mati."

ANDRE LORENZO KIM | COMPLETEDWhere stories live. Discover now