Kawan siapa ni? Tolong kutip balik.

"Kau ni, lupa ke kau couple dengan Adib tu? Menggatal je kerja kau kan." Nina menjeling sebelum berjalan masuk semula ke dalam biliknya.

"Aku sebenarnya... tak pernah pun bercinta dengan Adib tu. Aku..." Nina yang mendengarnya terus berpusing dan memandang Alia yang sudah menundukkan kepalanya.

"Kau cakap apa? Kau tipu aku ke selama ni Alia?" Nina jalan mendekati Alia. Kena tipu?

"Aku.. aku.. err... HAHAHAHAHA kau gila ke aku nak tipu kau haa. Aku gurau je. Nak tengok reaction kau. Sayang juga eh kau dengan aku." Alia berkata sebelum memeluk lengan Nina.

Nina dah geleng kepala. Penat tau kadang-kadang dengan Alia ni. Melawak tak kena tempat, gurau tak kena tempat. Otak dia pun salah tempat. Tu yang bebal bin bongok bin bangang tu. Astaghfirullah kan dah carut.

Nina malas nak layan si Alia, dia pun duduk di birai katil, dan menilik bunga itu. Dia ternampak sepucuk surat berwarna hitam. Dia pun membuka surat itu untuk melihat isinya. Dan ianya tertulis,

'Beautiful roses for My Rose'

Alia yang melihat Nina terdiam tak bergerak itu pun lantas merampas surat yang dipegang Nina sebelum dibacanya kuat.

"Beautiful roses for My Rose? Wahhh bukan besye besye eh. Siapa ni weh?"

Nina yang mendengar kata-kata Alia itu lantas teringat sesuatu. Dia pun bingkas bangun dan menarik cadarnya ke atas lalu mengambil kotak yang dia sembunyikan tadi.

"Aku dah agak dah. Siapa bagi weh. Orang yang sama dengan yang bagi bunga ni kan?" Alia bertanya usai melihat kotak itu. Nina hanya mengangguk.

Nina pun membuka kotak itu untuk melihat apa yang ada. Alangkah terkejut apabila dia melihat sebaldu cincin permata. Berkilat. Berjenama Habib Jewel yang ditempah khas di Malaysia tau, haa jauh dia travel. Dan sekali lagi ada sepucuk surat.

'Lemme be your man. Will you marry me? -Andre'

"Lahhh tiberrr. Siapa ni weh. Andre? Sedap nama dia. Macam nama jodoh kau je." Sempat pula si Alia ni.

"Diamlah kau. Serabut aku nak fikir. Tidur lagi bagus." Nina pun menyimpan kotak cincin ke dalam laci meja di sebelah katilnya sebelum baring membelakangi Alia yang masih berdiri.

Alia hanya mampu menggeleng kepala je. Dia tahu sangat perangai Nina tu. Bercinta? Memang idok lah. Alangkah lelaki sekacak Jun yang menjadi idaman kaum hawa pun tidak dipandangnya. Nak kata les...

"Nina... kau lesbian ke?" Tiba-tiba Alia bertanya.

Nina yang mendengar pertanyaan Alia itu lantas bangkit dari pembaringannya dan menatap wajah Alia yang agak curious itu.

Tiba-tiba idea nakal Nina muncul. Dia bangun dan mula mendekati Alia dengan senyuman menyenget (smirk). Alia yang perasan perbuatan pelik Nina itu pun berjalan reverse untuk pastikan jaraknya dengan Nina agak jauh.

Alia yang kebelakang itu tersentak apabila belakangnya terkena dinding. Dengan pantas Nina mengepung Alia. Dia meletakkan kedua-dua tapak tangannya di dinding. Sekarang Alia tersepit di antara tangan Nina.

Nina tinggi sikit dari Alia. Ketinggian Nina 172cm manakala Alia 160cm. Boleh imagine tak? Eheee

Alia menelan air liur memandang wajah Nina yang jaraknya kurang 3 inci dari wajahnya. Nina tersenyum sebelum mendekati telinga Alia. Dia pun menghembuskan nafasnya tepat pada telinga Alia yang menyebabkan Alia sedikit menjauhi kerana geli.

Nina yang melihat reaction Alia itu pun tergelak kecil sebelum berkata,

"Kalau aku lesbian, kau orang pertama yang aku buat bersama."

ANDRE LORENZO KIM | COMPLETEDDove le storie prendono vita. Scoprilo ora