"Now! " arah Arya.

Setelah anak buah Joker hampir selesai memindahkan kotak-kotak yang berisikan senjata api itu, Arya sudah bertindak. Hayden juga sudah menghalakan tepat ke arah anak buah Joker.

Adrian mengikuti langkah Arya yang sudah berlari ke hadapan secara senyap ke arah musuh mereka yang sedang sibuk berurusan dengan anak buah Silver Bullet itu.

Arya dan Adrian berlari pantas sambil memegang pistol.

Nasib baik kawasan pantai ini tiada orang, ianya memudahkan kerjanya.

Supp-

Supp-

Supp-

Bunyi tembakan dari Hayden tidak terlalu kuat, dan Hayden sudah menumbangkan anak buah Joker.

Anak buah Silver Bullet terkejut apa yang berlaku dan ingin cepat-cepat mengeluarkan pistol mereka namun mereka tidak sempat kerana Arya dan Adrian sudah menghalakan pistol ke arah mereka bertiga itu.

"Don't move! " arah Arya tegas. Anak buah Silver Bullet mengangkat kedua tangannya ke atas tanda tidak akan bergerak. Arya dan Adrian mendekati mereka bertiga lalu menyuruh mereka tunduk ke bawah.

"Barang tu milik Red Phoenix. Joker curi dari kami. Jadi aku nak ambil balik barang tu" ujar Arya yang masih menghalakan hujung pistol di kepala salah seorang Silver Bullet itu.

Arya memandang ke arah orang itu yang berada di hadapannya. Seorang perempuan yang memakai topi hitam dan mask hitam juga.

Perempuan itu mengangkat wajah lalu memandang Arya.

"But aku dah beli dengan Joker, jadi barang tu sudah jadi milik aku bukan Red Phoenix lagi-" balas perempuan itu. Mata mereka bertembung.

Manakala Adrian masih menghalakan pistol ke arah dua orang lelaki Silver Bullet itu. Hayden pula sedang berlari menuju ke arah mereka kerana anak buah Joker sudah tumbang.

"Well aku akan ambil semula juga barang tu-" ujar Arya dan dengan pantas perempuan dari Silver Bullet itu memukul Arya. Gerakkannya sedikit pantas.

Pistol yang dipegang oleh Arya sudah terjatuh di atas pasir. Arya dan perempuan dari Silver Bullet itu mula berlawan.

Bang!

Bang!

Manakala dua orang lelaki Silver Bullet sudah tumbang kerana Adrian sudah melepaskan tembakkan. Salah mereka kerana ingin melawan Adrian setelah rakan perempuannya bertindak.

Hayden yang baru sampai ke tempat Adrian sudah menepuk tangan dengan bangga.

Dia telah melihat Adrian yang bertindak dengan pantas itu.

"Kau dah kenapa cacat? " soal Adrian.

"Aku kagum tengok kau buat kerja laju je. Ada pula cakap aku cacat, aku bagi kang ha-" balas Hayden sambil menunjuk-nunjuk sniper rifle di tangannya ke arah Adrian.

Adrian menggeleng kepala.

"Tahu takut-" balas Hayden puas.

"Arghhh! " Hayden dan Adrian terkejut dengar jeritan itu. Dia baru teringat yang Arya sedang berlawan dengan orang Silver Bullet.

"Oi boss boss!" ujar Hayden laju lalu mencari Arya. Adrian mencari Arya juga.

"Fuhh-"Hayden dan Adrian menghembus nafas lega kerana Arya dalam keadaan okey.

Arya sedang meletakkan kakinya ke bahu kanan perempuan itu. Perempuan itu sudah duduk tersandar di tepi kereta hilux miliknya.

Di tangan Arya sudah memegang pisau rambo kesayangannya. Kelihatan darah mengalir minitis dari pisau itu.

[OG]Drowning Love | Mafia • DLM Where stories live. Discover now