♡ 1 ♡

125 20 60
                                    


Sepasang mata coklat pekat sedang fokus ke arah komputer yang berada dihadapannya, manakala jari pula sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.

"Bos" seseorang mengetuk meja membuatkan lelaki itu tersedar dari terus fokus ke arah komputernya. Pandangan dialihkan ke arah gerangan yang mengetuk mejanya sebentar tadi.

"Bila awak masuk? Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Dua soalan ditanya sekali gus. Gadis yang berada di hadapannya tergamam seketika sebelum memberi jawapan.

"Er saya dah ketuk banyak kali dah..mungkin bos yang pekak?" lancang sahaja mulut gadis itu mengutuk majikannya sendiri. Bangchan membuat muka tidak puas hati apabila dikutuk oleh pekerjanya sendiri. Secara berdepan pulak tu.

"Tak ada la, saya gurau je ehehe..oh ni, saya lupa pulak ehehehe" gadis itu menghulurkan sebuah fail yang agak tebal kepada Bangchan.

"Okay thank you Mira" ucap Bangchan kemudian memberikan senyuman. Gadis yang bernama Mira itu hanya mengangguk kemudian berlalu pergi.

'Bzzzz! Bzzz!'

Bangchan melihat ke arah telefonnya yang sedang bergetar menandakan seseorang sedang membuat panggilan. Segera dia mencapai telefon tersebut lalu menjawab apabila dia melihat nama yang tertera di panggilan tersebut.

"Daging atau ayam?" Bangchan tersenyum sehingga ke telinga apabila ditanya soalan begitu.

"Tentulah daging..aku dah lama tak makan daging" jawab Bangchan kepada si pemanggil.

"Kalau macam tu datang la cepat" panggilan dimatikan dengan segera. Bangchan mengemas mejanya yang sedikit berselerak dengan fail. Komputer yang menyala di shutdown terlebih dahulu sebelum dia bangun dari duduk. Kot yang tersangkut elok di kerusi diambil lalu memakainya dengan kemas dan dengan segera dia keluar dari bilik pejabatnya.

Apabila sampai di pintu utama bangunan, seseorang menyapanya dengan sopan.

"Annyeonghasaeyo hyungnim" sapa orang itu sambil menunduk hormat. Sebuah senyuman tidak lupa juga diberikan kepada Bangchan.

"Nae" Bangchan sekadar hanya mengangguk.

"Hyungnim baru nak pergi makan ke?dengan Minho hyungnim?" tanya pekerjanya sopan.

"Yup, hyung pergi dulu ye..oh ya Jay, nanti tolong aturkan mesyuarat esok tau" sempat Bangchan memesan kepada pekerjanya sebelum pergi dari situ. Manusia yang bernama Jay itu hanya mengangguk kemudian menyambung perjalanannya masuk ke pejabat semula.

Bangchan mengambil tempat di hadapan rakannya iaitu Lee Minho sambil tersenyum lebar. "Aku lambat ke?" Soalnya.

"Ermm lebih dari satu minit dikira lambat la" terbit rasa tidak puas hati dalam diri Bangchan. Ingin sahaja dia mengetuk kepala rakannya itu.

"Aku gurau je bang..ni, aku dah order makanan untuk kau..berterima kasih dekat aku" dengan angkuhnya Minho berkata sambil tangan memeluk tubuh manakala badan disandarkan di kerusi.

"Terima kasih" ucap Bangchan tetapi kedengaran seperti tidak ikhlas. Order makanan pun nak tunjuk diri dia angkuh. Setakat order makanan, dia pun boleh la.

✿✿✿

"Misun, jom la pegi beli air..aku dahaga ni" Sunghoon menarik tangan rakannya dari terus berjalan. Mereka berhenti seketika.

"Alah kau ni..nah" Misun memberi botol air yang bercorak unicorn berwarna biru kepada Sunghoon. Tekaknya tidak terasa dahaga, jadi lebih baik dia memberi kepada orang yang memerlukan darinya.

[OG] Fallin' || BangchanWhere stories live. Discover now