Ace yang masih kekal dengan mata membulat di muka pintu itu, memandang Arabella dan Hayden bergilir. Dia mengangkat kening saat pandangannya dan Hayden bertembung sebelum kaki diangkat, melarikan dirinya dahulu daripada soalan yang dia fikir Arabella akan tanya.

Fokus Hayden tertumpu kepada Arabella yang sedang berdiri di hadapannya, masih tersenyum manis. Tangannya dibawa merangkul pinggang ramping itu. Senyumannya terukir.

"I'm happy for you, Cinta." Ucapnya sebelum mendaratkan satu kucupan pada dahi Arabella.

"Boleh saya pinjam Ace sekejap? Saya nak keluar beli baju untuk Sashimi. Saya ada tengok arnab pakai baju, dorang comel sangat-sangat! Boleh, saya keluar lepas ni?" Pinta Arabella sambil menggenggam kedua-dua tangan Hayden. Matanya bersinar memandang lelaki itu, menunggu jawapan.

Senyuman Hayden memudar. Belakang kepalanya digaru. "Err...Bella, boleh kita pergi hari lain? Saya janji, saya akan teman awak, tapi bukan hari ini. Saya ada hal dekat pejabat dan...saya perlukan Ace. Kita pergi hari lain, okay?" Hayden mengangkat tangan dan mengelus lembut rambut ikal milik Arabella.

Arabella membisu seketika. Renungannya masih tidak teralih daripada Hayden yang tampak serba salah di hadapannya.

"Maksud awak, awak nak keluar dengan Lucia?" Tanya wanita itu tenang.

Hayden tersentak. Matanya membulat. "A—awak dengar?" Soalnya kembali. Arabella mengangguk sekali.

"Suara Ace boleh tahan kuat." Jawab Arabella bersahaja. "Kenapa awak tak beritahu saya? Boleh saya pergi melawat Lucia? Saya nak ikut awak lepas ni, boleh?"

Jeda.

Hayden tidak menjawab permintaan Arabella. Dia cuma terkaku di situ dengan kepala yang sudah ditundukkan ke bawah.

"Tak." Jawabnya ringkas sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Arabella yang terpinga-pinga mendengar jawapan Hayden, terus mengejar langkah lelaki itu.

"Tapi, kenapa?" Tanya Arabella sambil mencebik. Kakinya dilajukan, cuba untuk menyaingi langkah kaki panjang Hayden.

Hayden berdecit perlahan. "Sebab awak, dia masuk hospital, Bella. Macam mana awak boleh fikir yang Lucia akan gembira bila dia jumpa awak? You almost killed her."

Langkah Arabella terhenti. Tangannya yang cuba menggapai lengan Hayden, kembali dijatuhkan ke sisi. Mata biru itu merenung belakang tubuh Hayden yang semakin menjauh, sebelum hilang di sebalik pintu biliknya yang ditutup rapat.

Kakinya perlahan-lahan menapak ke belakang, tubuhnya dipalingkan dan langkah dibawa ke luar semula.

Hayden di dalam bilik, hanya diam berdiri dan bersandar pada belakang pintu. Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya. Sedar bahawa perkataannya tadi pasti telah menyakiti hati Arabella, tetapi dia betul-betul tidak mahu wanita itu bertemu dengan Lucia.

Hatinya masih berbolak balik. Antara kehilangan Arabella atau Lucia, dia masih tidak dapat membuat keputusan.

Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari. Itu adalah mimpi ngerinya.

















































































DI hadapan tasik, Arabella hanya menyibukkan dirinya, bermain bersama-sama Sashimi. Matanya mengerling sekilas ke arah halaman rumah apabila mendengar langkah tapak kasut Ace dan Hayden yang beriringan menuju ke arah kereta.

Hayden menghentikan langkahnya buat seketika sebelum menukar arah kepada Arabella yang sedang duduk membelakanginya di tasik itu. Badannya ditundukkan sedikit dan bahu Arabella dipeluk dari belakang.

ARABELLAWhere stories live. Discover now