" y/n nak air!! " jeritan mikey memutuskan percakapan hina

Mikey yang berpeluh itu berlari seperti budak budak yang keletihan bermain.

Dia berlari menuju ke arah y/n.

Kemudian dia terus duduk di sebelah y/n.

Sementara draken dan yang lain berjalan perlahan lahan menuju ke pondok.

Masing masing kehilangan tenaga setelah bermain bola selama 10 round itu.

" nasib baiklah round yang last ni sekejap je.." kata chifuyu. Rambutnya yang agak basah kerana peluh itu ditolak ke belakang.

" sekejap la sebab mikey tak sabar nak jumpa dengan -" kata baji terhenti melihat mikey merenungnya tajam.

Rasa rasanya kalau dia habiskan ayat dia tu apa jadi?

Mikey menghulurkan tangannya ke arah y/n.

" aku mana bawak air." kata y/n selamba.

" alaaaa... " mikey memuncungkan mulut.

Y/n tersenyum sinis melihat mikey yang sudah acah acah merajuk itu.

Dia kemudiannya mengeluarkan air dari totebagnya.

Dia berpura pura ingin memberikan kepada mikey

Namun air mineral itu diberikan kepada baji.

" woii! " marah mikey.

" rilek aa." kata y/n lagi lalu terus mengeluarkan lagi air mineral daru totebagnya dan menghulurkannya kepada mikey.

Air yang lain juga diberi kepada mitsuya draken dan chifuyu.

" arigatou!" ucap mereka hampir serentak.

" lain kali aku nak jadi orang first kau bagi air" kata mikey perlahan.

" ha?" y/n yang membelakangi mikey menoleh. Dia tidak dengar.

Mikey menggeleng.

Melihat takemichi yang mendiamkan diri itu, y/n senyum.

" ohayou! Saya hirai y/n. Yoroshiku onegaishimasu!" kata y/n kepada takemichi dan hinata tachibana.

Sekali lagi hina tergelak, diikuti oleh rakan rakan mikey yang lain.

Takemichi pula blur seperti member yang tak faham lawak member.

" oi y/n tak payah la formal sangat" kata mikey.

Y/n menjeling mikey. Tumpuannya dialihkan kepada takemichi.

" ettooo.. Takemichi." kata takemichi.

" takemichi? Hmmm jap.. Biar aku teka... Mesti mikey panggil kau take... Eh tak.. Takemitchi?" tanya y/n konfiden.

Takemichi mengangguk laju.

" so.. Hirai y/n ni girlfriend mikey kun ke...?" tanya takemichi.

Mendengar itu, baji tersedak.

Mereka semua memandang baji serentak.

" gomen.." kata baji.

Chifuyu mengusap usap belakang baji yang tersedak air itu.

Y/n memandang Mikey, mikey memandang y/n.

" memang taklah." kata mereka serentak.

_____

Tak lama selepas itu, emma datang dengan muka mamainya.

" emma chan!" panggil hina teruja.

" oi. Kalau ngantuk tak payah la datang." tegur draken.

" ehhh...? Korang dah tak gaduh? ." kata emma lalu terus duduk di sebelah draken.

Sebelum pulang, emma dan y/n menemani emma meluahkan sesuatu kepada takemichi.

" cepatlah cakap" kata emma lembut.

" 3 ogos takemichi sibuk tak?"

" oh?"

" hina nak ajak kau gi festival" kata y/n pula dengan tersengih sengih.

" okay." jawab takemichi dengan tersenyum.

Hina yang sudah muka kemerahan itu tersenyum manis.

" hora. Kan dah cakap, dia akan terima." kata emma.

" dia kan boyfriend hina" kata emma lagi.

Y/n mengangguk setuju.

" etto - y/n tak pergi ke  festival?" tanya takemichi.

Y/n menggeleng.

"malaslah."

_______________

" berapa lama kau kena gantung sekolah?" tanya mikey di sebelah.

Mereka berdua berjalan bersama sama pulang menuju ke rumah.

Tangan mikey diletakkan di belakang kepalanya sambil menikmati pemandangan di langit.

" entah. Seminggu kot." kata y/n perlahan.

Mendengar suara y/n yang perlahan itu mikey menoleh.

" daijoubu?"

Y/n hanya mengangguk sambil tersenyum.

Mikey menoleh dari memandang y/n.

Dia tahu yang y/n tipu. Dia tak okay.

Suasana sunyi seketika.

" ettoo.. Aku rasa takemichi tu budak baiklah.." kata y/n.

" memangla. Takda sapa cakap dia jahat" usik mikey

Y/n menjelingnya membuat kan dia tergelak kecil.

" dia buat aku teringat dekat.. -"

" abang shinichiro.. Aku tahu." mikey memotong ayat y/n.

Sedang mereka berjalan, budak lelaki berambut kuning memakai cermin
mata menegur y/n.

" y/n chan!" panggil nya.

Y/n dan mikey menoleh. " eh kisaki! Konbanwa! "

" Konbanwa. " kata mikey sepatah.

" etto.. Er.. Y/n chan.. N- na-nampak ccc-comel.. Harini.." kata kisaki menggosok gosok rambutnya.

Mukanya kemerahan sambil menunduk.

Mikey menoleh ke arah y/n.

" eh err.. Hahah a-a-arigatou? " kata y/n awkward.

" err.. Sebenarnya nak tanya... Ma.. malam festival nanti... Y/n free.. - "

" kita orang dah lambat ni. Jaane!" kata mikey riang lalu terus berlari sambil menarik y/n.



KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt