7

637 71 31
                                    

Air mata yang keluar daripada matanya tidak dilap. Kepalanya ditutup dengan bantal sambil terbaring di atas katil.

Dia buat selamba je walaupun dia tahu dia la yang nak jumpa aku. Kata y/n dalam hati.

Telefon bimbitnya dicapai.

(one message from sachiko)

Aik. Sejak bila pulak dia ni..

Y/n membuka ruang mesej.

Sachiko - y/n san! Daijoubu?

Ni pelik ni. Sejak bila ada orang kisah pasal aku.

Y/n - okay je kenapa? :)

Sachiko - etto.. Y/n dah tengok laman web sekolah? Eh takpayah la tengok kalau belum..

Membaca mesej itu, y/n terus membuka laman web sekolah.

____HANGAT!!! ___

PELAJAR PEREMPUAN MEMBULI!

DIKATAKAN MEMBULI ANAK VICE PRINCIPAL SERTA RAKANNYA, SEORANG PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH KITA DENGAN SELAMBA MENINGGALKAN RUANG BELAKANG SEKOLAH SETELAH MEMBELASAH DUA PELAJAR TIDAK BERSALAH TERSEBUT!!

DIKATAKAN LAGI PELAJAR PEREMPUAN ITU MEMANG SEBELUM NI SUDAH BUAT BANYAK MASALAH DI SEKOLAH!

- beberapa pelajar telah menyediakan petition sokongan untuk mengeluarkan pelajar tersebut dari sekolah kita. Bebas musuh!
-klik link di bio dan daftar untuk tanda setuju!

______

Dingg!!

Sebuah mesej yang keluar dari notifications membuatkan y/n berhenti merenung paparan laman web itu.

Sachiko - y/n san! Y/n tengah baca ke? Daijoubu?

Y/n is typing..

Y/n - yup. Okay je. Arigatou sachiko san sebab bagitahu.

Y/n terus menutup telefon bimbitnya. Dia menuju ke tandas dengan mata yang bergelinang air mata.

Y/n terus keluar daripada bilik air setelah mendegar jeritan emaknya dibawah.

Laju dia turun ke tingkat bawah.

" kamu ni kenapa ha?!" marah maknya yang masih berpakaian kerja itu. Beg kerjanya di letak di atas meja sambil matanya masih merenung y/n.

"tapi tu salah fa-"

"salah faham?! Kamu nak cakap semua tu salah faham?"

Y/n mendiamkan diri dan hanya menunduk.

"mama terpaksa balik daripada kerja! Kena pergi jumpa cikgu kamu! Mama tak ajar la kamh buat semua ni?! Eh buat malu betullah!" marah puan hirai.

"tapi laki tu yang kacau y/n dulu.."kata y/n menunduk.

" yeye jela tu kamu ni! Mama tak percaya kamu dah! Selama ni mama papa kerja sampai malam nak sara kamu! Ini yang kamu buat ke sekolah?! "marah puan hirai lagi geram. Dia merenung anak perempuannya itu.

Beg kerja dicapai. Dia terus berjalan ke pintu rumah.

Y/n mengekorinya dari belakang.
" mama nak pergi mana? "tanya y/n.

Puan hirai menoleh." kerjalah nak pergi mana lagi haish. "katanya lalu terus memasuki kereta dan memecut laju.

___________

Y/n menghulurkan sebuah air kepada pelanggan terakhir di kaunter.

Dia merenggangkan pinggang nya.

Ding! Loceng di kaunter ditekan menandakan ada customer.

Y/n yang membelakangi meja kaunter itu menoleh.

Seorang pelajar lelaki dari sekolah tidak diketahui dengan kaca mata tersenyum memandangnya.

"ye? Order apa ya cik?" tanya y/n formal.

"etto.. Awak hirai y/n kan?" tanya lelaki itu dengan tersengih.

"hai." y/n mengangguk.

"macam mana boleh kenal ek? Oh mesti tengok nametag kan hehe" kata y/n sambil tersengih.

"saya kisaki."

"saya tak tanya" kata y/n selamba.

Mendengar respon y/n lelaki itu bertukar wajah.

Aduh ni lah sebab kau takde kawan y/n... Marah y/n pada diri sendiri.

"eh tak tak gurau je. So kisaki nak order apa?" tanya y/n.

_____________

"tch." mikey menyepak nyepak perut musuh banyak kali dengan riak wajah yang geram.

"oi mikey. Dahla tu" tegur draken dari belakang.

Mikey mengendahkan draken. Sepakan nya semakin kuat.
"baka!" jerit mikey sementara membelasah musuh itu.

"oi oi oi mikey!" marah draken lalu terus menarik rakannya dari terus membelasah lawan yang sudah terbaring itu.

Mikey menolak tangan yang menariknya itu.

"daijoubu? " tanya chifuyu pula risau

" kalau aku tahu sapa yang plan tu aku nak sepak dia sampai puas" jujur mikey.

"sapa ni? Plan apa ni?" tanya baji pula dengan blurnya.

"ah.. Pasal y/n la ni kan?" tanya mitsuya yang sudah tahu apa yang difikirkan sahabatnya itu.

"chotto matte. Y/n? Hirai y/n? Eh mikey kau dah berbaik dengan dia ke?" tanya baji teruja.

Chifuyu menyiku baji. "mana ada. Kau tak ingat ke selama ni kalau dia nak tolong y/n mesti dia suruh kita." bisik chifuyu perlahan.

Mikey mendiamkan diri dengan riak wajah yang menahan geram.

Mitsuya hanya menggeleng geleng kepala perlahan.

_____________

"tadaima." kata y/n perlahan memasuki ruang rumahnya sebaik sahaja selesai urusan kerjanya.

Tiada sambutan. Of course la takda sapa menyahut. What do you expect
Y/n? Tanyanya

Beberapa makanan yang dibeli sebelum balik di letak di dapur lalu dia terus menaiki tingkat atas menuju ke biliknya.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now