Y/n hanya mendiamkan diri. Kadang diam lebih baik.

Tangannya masih memegang bahu rakannya itu.

" kalau bukan sebab aku.. Pah chin.. Dia.. Dia.. Dia tak.. Dia.. Takkan.." mikey tergagap gagap sambil menangis

Melihat itu y/n menggosok gosok bahu mikey.

" takpe mikey, its okay.." pujuk y/n.

Mendengar itu, mikey mengangguk perlahan.

Suasana kembali sunyi. Cuma yang mengisi kesunyian hanyalah bunyi esak tangis mikey sementara y/n berada di sebelah.

Setelah puas mikey menangis, dia menoleh ke arah y/n.

" kau.. "
Katanya memandang y/n

"hmm?"

" kenapa kau still baik dengan aku walaupun aku dah jauhkan diri dari kau?"

" kenapa kau baik dengan aku walaupun aku still kasar dengan kau?"

Tanya mikey. Matanya merah kerana baru lepas nangis.

Tapi thanks to y/n, kini dia berasa lebih lega kerana dapat melepaskan semua rasa sedih di hatinya.

Y/n tersenyum manis.

Senyuman y/n tanpa sedar membuatkan pipi mikey kemerahan

' baka! Time ni la kau nak blushing' marah mikey pada diri sendiri.

" jahat macam mana pun kau, kau still kawan aku.." kata y/n.

" oh kau nak cakap aku jahat la ni" kata mikey.

"eh mana ada kau yang-"

"hahahahahhaha" mikey tergelak kecil.

Gelak tawa mikey membuat kan y/n yang confuse itu juga turut tergelak.

" gomen." kata mikey setelah tergelak gelak.

" ehh?"

" sebab selama ni aku jauhkan diri dari kau, aku kasar dengan kau.."

Kata mikey memandang y/n.

" oh tahu pun nak minta maaf... Hahahaha takdelah. Aku okay je." kata y/n menolao bahu mikey perlahan.

Dia tergelak kecil. Mikey juga hanya tersenyum.

Kedua dua mereka memandang bintang di langit tanpa berkata apa apa.

" kau mesti anggap aku lemah kan sebab selalu menangis depan kau "
Kata mikey tiba tiba.

" haah lemah. Hahahhaa takdelah. Gila ke? Kau kan ketua touman" kata y/n pula.

'aku tak pernah pandang rendah kat kau mikey, sikit pun tak pernah' katanya dalam hati.

"y/n..."

"nani?"

" lepasni kalau nak lepak sama sama jomla. Aku harap kita boleh kawan balik macam dulu."

Y/n terkejut.

Dengan laju dia terlompay lompat di stesen bas itu.

"yeke mikey? Serious lah?! Arghh!!" jerit y/n teruja.

Dia mendepakan tangan ke arah Mikey untuk dipeluk.

Sempat dia berhenti.

Mikey juga terdiam.

" eh er... Gomen.. Aku excited" kata y/n menggaru garu rambutnya yang tidak gatal itu.

"tch. Dahla jomla balik. Mak kau tak marah ke?" kata mikey lalu terus berdiri diikuti oleh y/n.

Tanpa y/n sedar, mikey yang berdiri di hadapannya itu tersenyum melihat gelagatnya itu.

Sambil berjalan y/n menjawab, "mak ayah aku kerja overnight lagi harini."

_______________

Di sekolah..

Mikey lebih ceria berbanding bari yang lain.

Dia bergelak tawa sepanjang hari.

-------------------Waktu rehat - - - - - - -

Setelah sensei mata pelajaran terakhir keluar, mikey terus berdiri.

Draken terkejut. Lah sejak bila budak ni. Kalau tak mesti dah tidur ni.

" oi. Nak pergi mana" tanya draken melihat mikey yang tersenyum senyum sambil berdiri itu.

" jumpa member la" kata mikey lalu terus keluar dari kelas.

Tak sampai beberapa minit, dia memasuki semula kelasnya.

Draken tergelak.

"ha mana membernya?"

" mana y/n?" tanya mikey.

Dia memuncungkan mulut sambil berjalan menuju ke mejanya.

Dia duduk. Kepala nya diletakkan di atas meja dengan tidak bersemangat.

" dia kan kena gantung sekolah." jawab rakan sekelasnya tiba tiba.

Mikey yang meletakkan kepala itu menoleh ke arah lelaki itu yang duduk di meja belakang.

" tch. Tak tanya kau pun." kata mikey perlahan

Dia menjeling lelaki itu.

Lelaki itu menelan air liur.
Salah ke apa yang aku cakap.

Draken pula hanya tergelak gelak melihat mereka.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now