"Macam mana dengan maruah Safa? Macam mana dengan maruah anak kami!! Dia dituduh! Dia dibuli sekarang mental dia menderita!" Tengking Dato' Azham lagi.

"Kami akan selesaikan semua ini di dalam sekolah sahaja. Semua yang buli Safa akan kami dijatuhkan hukuman."

"Semudah itu? Semudah itu kamu semua tutup kesakitan anak saya..." Datin Khadija geleng kepala hingga air matanya jatuh kepipi.

"Saya akan tetap bawa kes ini ke mahkamah!" Dato' Azham sudah hilang sabarnya.

"Kalau begitu maafkan kami Encik Azham kami tak boleh beri kerjasama. Dan sebaiknya Encik tak besarkan perkara ini ke mahkamah kerana kes kebunuhan Dini boleh kembali dibuka dan mungkin akan bahayakan Safa juga."

Thaqif kelu.

"Hari demi hari berlalu dengan kesakitan, sampaikan Safa terpaksa jalani rawatan di klinik sakit Jiwa." kata-kata Datin Khadija buat Thaqif tersentak.

"Rawatan pesakit mental?" Soal Thaqif sekali lagi.

"Ya, Safa kemurungan. Dia kerap menangis sendiri dan ada hari dia menjerit mengadu dia kesakitan walaupun segala luka dia dah sembuh."

Thaqif tunduk wajah. Sanggup kau Thaqif! Sanggup kau fikir buruk pada isteri kau sendiri! Rawatan sakit mental itu setelah kejadia itu berlaku! Bukannya sebelum kejadian!

"Tapi kamu jangan risau, Safa dah sembuh setelah 7 bulan dia jalani rawatan."

"Bukan itu yang Thaqif risaukan. Thaqif cuma rasa sakit.." Thaqif raup rambut sendiri, nafas dilepas kasar.

Datin Khadija bangun berdiri menatap wajah redup menantunya. Senyuman terukir manis dibibir.

"Tahniah.." tangan naik menyentuh bahu menantunya

"Thaqif akan jadi ayah nanti. Mama yakin  Thaqif dapat bahagiakan Safa lebih dari papa dan mama buat."

Thaqif ketap gigi menatap ke perut Safa. Perasaannya bergelodak.

"Terima kasih mama."

Datin Khadija menghembus nafas lega lantas menarik kepala Thaqif ke bahunya. Bahu menantunya diusap menghulur kekuatan.

_________

"T...Tha..." Dengar sahaja bisikan lemah Safa, Thaqif yang hampir terlelap dengan merebah kepala di birai katil isterinya segera bangun menegak.

"Safa!"

Safa teguk air liur rasa perit. Tangan berat diangkat menyentuh lengan suaminya.

"Oh air! Kejap!" Thaqif laju menuang air ke dalam gelas sambil dia menekan tombol loceng memanggil jururawat. Jam menunjukkan angka 3 pagi. Isterinya baru sedar setelah pengsan lama.

"Minum pelan-pelan." Thaqif perlahan-lahan menarik isterinya bangun bersandar pada tubuhnya sambil dia melabuh duduk di birai di atas katil.

"Bismillah.." perlahan dan jelas bisikan Thaqif sebelum menyua gelas ke mulut isterinya.

Bunyi ketukan pintu barulah Safa siap meneguk air. Dia diam memandang dirinya dikelilingi jururawat memeriksa tubuhnya.

Adakah penyakit itu datang lagi?

Penyakit sakit tidak terluka, menangis tiada sebabnya. Adakah sakit itu datang menyerangnya lagi? Ketika dia bersama Thaqif?

Tempat SempurnaOnde histórias criam vida. Descubra agora