Pukul 2 petang.

Perlawanan untuk ujian kedua kembali disambung dan kini masih tersisa 20 perlawanan lagi.

"Perhatian kepada wakil guru, anda diminta untuk memastikan semua peserta sudah berada di Stadium. Kita akan meneruskan ujian sebentar lagi." Pengumuman kedengaran

Kawaze dan Awabe memberi signal bahawa kesemua peserta dari kerajaan masing masing sudah berada di Stadium.

"Baiklah kalau begitu, tanpa membuang masa mari kita saksikan perlawanan ke-21 yang akan ditampili oleh Saito Shiro dan Tsukiko Yuuho!!!!"

Para penonton bersorak sebaik sahaja nama disebutkan.

"Akhirnya, giliran aku..." Ujar Shiro kemudian berdiri dengan yakin.

"Goodluck Shiro." Ucap Rin.

Shiro hanya mengangguk dan melangkah turun ke gelanggang.

Sebaik sahaja kedua duanya saling bertemu, mereka saling memperkenalkan diri.

"Saito Shiro.18 tahun." Ucap Shiro sambil tersenyum

"Yuuho, 18 tahun juga." Yuuho juga membalas senyum Shiro.

Kemudian mereka mengambil tempat masing masing.

"Perlawanan dimula dari sekarang.!!!" Gendang turut dibunyikan setelah itu.

"Jurus penerapan element" Gumam nya kemudian dia menyentuh pijakan nya.

Shiro menerapkan element tanah nya pada seluruh tanah di gelanggang. Oleh kerana tanah yang ada mereka pijak sekarang telah diterapkan kekuatan element milik Shiro, dia dapat mengawal tanah itu mengikut kemahuan nya.

Yuuho cuba bergerak, namun sebaik sahaja dia melangkah.. tanah itu bergerak dengan sendiri nya menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan seimbang.

"Aku tak sangka pula kekuatan dia boleh menyatu dengan alam." Katanya dengan wajah cemas.

"Huh.. keturunan Murni Auzora memang hebat." Ujar Jouda.

"Ability telepati aku tak berguna dalam pertempuran macam ni. apa aku nak buat?" Gumam nya.

Sedang dia berfikir dengan keras, Shiro mengawal tanah yang ada di pijakan Yuuho sehingga Yuhoo terbuang jauh dari gelanggang.

"Erkk!! Dah tamat ke???" Ujar Penonton.

Pengacara juga sempat terkejut seketika..

"Wahh, bangsawan murni kerajaan Aozora memang hebat.. perlawanan ke-21 tamat dan Saito Shiro memenangi perlawanan ini!!" Ulas pengacara.

Para penontok bertepuk tangan dengan meriah walaupun masih merasa terkejut setelah melihat perlawanan dari 3 bangsawan Murni Aozora yang berakhir dengan sekejap dan satu nya lagi bertarung seimbang melawan Putera kerajaan Gesshoku.

Shiro dah Yuuho bertemu kembali di tengah gelanggang.

"Hebat lah kau.. perlawanan 3bangsawan Murni pagi tadi pun hebat sangat. " Ujar Yuuho.

"Takde lah hebat mana pun." Balas Shiro sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Yuuho hanya tersenyum kepada Shiro kemudian mereka kembali ke kerusi penonton.

***

Perlawanan ke-22 hingga ke-27 berakhir dengan pantas. Kini Auzora meraih 11 kemenangan dan 3 seri, manakala Gesshoku meraih 13 kemenangan dan 3 seri.

"Baiklah, seterusnya mari kita saksikam perlawanan ke-28 yang akan ditampili oleh Tsukiko Akiko dan Miura Asyura." Ucap pengacara

"Erhh perempuan tu?" Ujar Asyura

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now