BAB 48

132 34 0
                                    

JAM loceng yang berdering disebelahnya diambil . Rungutan kecil dilepaskan sebelum dia mematikan jam loceng tersebut . Nadirah mula bangkit dari baringannya dengan matanya terpisat pisat .

"Baru nak bangun ?" darimana munculnya suara itu , Nadirah segera mencari dimana suara itu datang . Kelibat Aarif yang bertuala separas pinggang disebelahnya membuatkan dia terkesima .

Laju matanya memandang ketempat lain apabila mata lelaki itu meliar merenung keseluruhan wajahnya yang baru bangun dari tidur itu . "Sibuklah . Keluar sekarang dari bilik ni ."

"Aik ? senang hidup kau suruh aku keluar ? ni rumah siapa ?" Nadirah melepaskan keluhan kecil . Sudah mengagak bahawa jawapan ini juga yang akan Aarif berikan padanya .

"Semalam kata taknak girlfriend tahu apa apa yang berlaku diantara kita , tup tup pagi ni dah terbaring dekat sini ?" sindir Nadirah dengan beriak selamba . Aarif ketawa kecil .

"Munirah tak ada dekat rumah . Sekarang ni , hanya kita berdua saja ." Bibir Aarif mengorak senyuman sinis . Nadirah sudah menelan air liurnya ketakutan . Inilah padahnya apabila dia sendiri yang membuka langkah untuk melakukan perbuatan terkutuk .

"I-Irwan m-ma-mana ?" tergagap Nadirah seketika apabila renungan lelaki itu padanya sangat tajam . "Dia dah keluar ."

Terbungkam apabila Nadirah mendengarkannya . Ini bermakna hanya dia dan Aarif sahaja berada didalam rumah ini ? dengan hatinya yang bergetar hebat , Nadirah segera bingkas bangun dari duduknya .

"Nak pergi mana ?" suara itu mula berubah ton dan lengannya ditarik duduk semula diatas katil itu . Bulu roma Nadirah mula mencanak naik . Ketakutannya mula menguasai diri .

"Aku tak habis dengan kau lagi ." perlahan lahan jari jemari kasar lelaki itu mengelus tangannya . Baru saja Nadirah ingin mengambil tangannya jauh dari terus dielus , tangannya ditarik kuat sehingga Nadirah terdorong ketubuh itu .

"Jangan berani nak apa apakan saya ! ."

"Bukan kau yang goda aku dulu ke ? ingat tak yang dalam perut kau tu dah ada benih aku ? ." Pegangan tangan Aarif ditangan Nadirah semakin kuat sehingga ianya bertukar kecengkaman yang erat .

"Tapi itu haritu ! pagi ni saya tak buat apa apa kan !" nada suara Nadirah mula bertukar marah . Wajahnya sudah bertukar merah menahan marah yang teramat . Lelaki itu melentuskan ketawa yang kuat .

"Once kau dah buka satu langkah saja , aku akan sambut langkah kau beribu kali . Jadi pandai buat , pandai tanggung . Faham ?"

"Tapi saya taknaklah !" sekali lagi Nadirah mengertak geram . Tidak banyak bicara yang dikata , bibir diantara mereka hampir saja bertaut namun sempat Nadirah mengelak darinya .

Jangan bayangkan tau .

"I'll make you obey all my commands after this ." Setelah merasakan cengkaman ditangannya mulai longkar , Nadirah segera bangun dari atas tubuh itu .

"I swear that it wouldn't happen ." Sehabis berkata , cepat cepat Nadirah membuka langkah laju memasuki kedalam bilik air . Pintu ditutup dan dikunci rapat sebelum dia mendengus marah disitu .

"Kenapa dia juga yang aku pilih untuk aku lepaskan rasa serba sebal dan lelahnya pada hari itu ? bodohnya aku !" Nadirah terduduk diatas permukaan lantai bilik air yang masih kekeringan itu .

"Terlajak perahu boleh diundur , terlajak perbuatan terimalah padahnya~ ." Terdengar Aarif sedang seronok menyanyikan peribahasa didalam alunan lagu . Nadirah mengusutkan rambutnya kasar , Mungkin makin gila otaknya selepas ini .

Dia akui ini adalah perbuatan yang salah dan teramat kutuk disisi agama islam mahupun segi undang undang negara . Tetapi mampukah dia untuk meneruskan hidupnya sebagai seorang isteri yang sentiasa mencintai , menaruh harapan yang tinggi dan menyemai akan benih benih setia pada seorang lelaki yang sedang seronok berfoya foya bersama perempuan lain ?

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now