Ataupun dirinya yang kelihatan miskin membuatkan orang jijik untuk mendekatinya ?

Fikirnya , selepas dia memberikan permaafan dan peluang pada suaminya , Aidan akan insaf dan sentiasa menunggunya pulang .

Malahan , lelaki itu sudah melupakan dirinya . Apatah lagi mengakuinya hanya sebagai kawan dihadapan seorang perempuan yang bukan mahram baginya .

Hebat benar permainan manusia pada ketika ini sehingga mampu membuatkan kepercayaannya yang dibina dengan kasih sayang dari ketulusan hatinya runtuh begitu sahaja .

Tidak diduga akan terjadi perkara sebegini dihadapan matanya dan didengari oleh ditelinganya sendiri . Benarlah , Allah Maha Kuasa . Semuanya berlaku dengan sekelip mata .

Sesampai sahaja dirumah dan selepas menolong membawa barang yang dibeli kedapur , Nadirah segera meminta izin untuk naik keatas . Entah mengapa hatinya tidak betah untuk berada berlama lamaan bersama orang lain didalam masa yang sama yang telah menyeksa jiwanya .

Didalam bilik , air matanya yang ditahan agar tidak tertumpah akhirnya jatuh juga . Esakkannya mula kedengaran sebelum dirinya jatuh semula .

Dia tidak dapat mengawal keseimbangan dirinya tatkala hatinya dirundung kesedihan yang tidak berpenghujung . Hari yang disangka akan berlalu dengan indah , rupanya terselit satu kisah yang tidak indah sebagaimana yang terlakar diminda .

"Sudikah sayang menjadi milik abang buat kali kedua ?"

Jika aku tak menerima lamaran kau pada malam itu , mesti pada waktu ini aku tak rasa sesakit begini bukan ?

"I love you ."

Andai aku tahu itu adalah hanya dusta...

"You're the only my angel in this world , i love you sayang ."

Andai aku tahu setiap tutur katamu itu adalah palsu semata mata...

"Terima kasih sebab sabar dengan perangai abang , dan tak pernah berdendam dengan abang . How lucky i am to have you as my wife ." Sekali lagi satu kucupan hinggap dipipi kanan Nadirah pula .

Andai aku tahu pada ketika itu adalah lakonan yang dibuat agar kepercayaanku berbalik semula pada kau...

Tetapi perancangan Allah itu lebih indah dari yang dibayangkan . Allah sudah menyusun takdir kita cantik sebagaimana hari ini .

Mungkin Allah mahu menyedarkan aku bahawa engkau bukanlah milik aku secara tetap .

Akan ada satu masa , engkau akan berpaling dari aku . Sejauh mana kisah cinta kita berlalu , ianya tidak dapat teguhkan setia didalam diri masing masing .

Aku juga adalah manusia biasa , Aidan .

Masih mempunyai hati dan perasaan .

Adakah kau berfikir perempuan selemahku tidak mempunyai perasaan dan layak dipijak sebagaimana maruahku diremehkan sebentar tadi ?

Cinta yang bersulamkan dusta ini seharusnya aku campak jauh dari hidup aku .

Tetapi mengapa aku masih bodoh lagi mahu mengenggamnya ?

· · • • • ✤ • • • · ·

"Irwan , boleh aku nak keluar sekejap ?" pinta Nadirah dengan suara yang kedengaran lemah . Irwan yang sedang ralit membuat kerja didalam biliknya memusingkan kepalanya kearah Nadirah . "Nak pergi mana ?"

"Adalah . Nanti aku balik ya ?" Irwan segera bingkas bangun lalu menuju laju kearah Nadirah yang sedang berdiri dipintu biliknya . "Tipu . Munirah kata kau menangis dekat Supermarket . Sekarang ni mesti kau stress kan ? kalau kau stress , macam macam benda buruk boleh jadi . So , duduk rumah je ."

Cinta Yang TerabadiWhere stories live. Discover now